Friday 30 September 2011

Baik :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Jadi baik oh jadi baik.

“saya nak jadi budak baik. ” saya terbaca ayat ni lebih kurang setahun lepas,ayat yang kawan saya tulis. Masa tu saya tertanya-tanya sendirian kenapa, kawan saya ni tak cukup baik ke? Tengok orangnya bukan dalam kategori nakal. Saya salin balik ayat dia, tak tahu kenapa saya salin semula.Tapi saya diamkan saja pertanyaan tu, biarkan bermain-main dalam benak sendiri.



Kita biasa dipuji dengan perkataan baik, contohnya  “ala, awak kan baik.” Ditakdirkan Allah, saya jumpa lagi ayat “saya nak jadi orang baik”. Ok. Jumpa dalam novel milik adik saya.  Novel Hlovate tajuknya Versus.

Jadi baik tu macam mana?

Kita tahu, kita nak jadi baik. Setakat ni tak pernah pulak jumpa orang yang nak jadi jahat. Tapi macam mana?

When you got stuck,get back to definition.” Pinjam ayat Dr Jesni sikit. Sangat mendalam makna ayat ni. praktikal dalam ruang lingkup kehidupan.

Jadi, kalau kita nak jadi baik, kita kena jugak tahu baik tu apa. Ciri-ciri dia macam mana. Sebab maknanya 
terlalu abstrak. Baik anda lain dari baik saya. Baik orang islam lain dari baik orang bukan islam. Baik bila kita ikut apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Tu apa yang saya dapat daripada buku tu. Tak ada apa yang lebih baik dari buat yang Allah suruh dan tinggal yang Allah larang.


Kalau kita berkawan, kita tahu macam mana kawan kita kan? Kalau contohnya kita nak jadi ahli matematik, mesti kita kena tahu ciri-ciri dia kan? Kalau nak jadi pensyarah, penyelidik, cikgu, kita memang kena tahu tentang perkara-perkara tu. Sebab bila kita kenal baru kita tahu kan?.

Tak semestinya bila kita pakai tudung, kita dah cukup baik. Tak semestinya kita solat kita dah cukup baik. Tak semestinya bila kita tak mencuri harta orang lain kita baik. Tak semestinya bila kita senyap kita baik. Sebab baik  kita tak dapat nak ukur, baik yang nampak di mata tapi bila orang tu ikhlas buat baik, baik tu akan menyentuh mesra hati kita. Tak semestinya yang baik pada kita tu baik pada orang lain.

Jadi, di situlah perlunya panduan kepada kita. Panduan yang Allah dah siapkan untuk kita. Panduan yang Rasulullah dah tinggalkan untuk kita. Panduan yang ulama formulasikan untuk kita. Segalanya dah tersedia. Cuma kita, terpulang pada kita untuk ambil atau untuk tidak mempedulikan panduan-panduan itu.

Betapa aman dan damainya kita apabila dikelilingi orang baik. Rasa selamat bila berada di sekitaran mereka. Itu pentingnya kawan-kawan yang baik, tapi bukan bermakna orang yang kita kata tak baik itu perlu kita tinggalkan. Sebab kita bukan nak jadi baik sorang-sorang. Kita nak ramai-ramai jadi baik. Jadi baik yang dalam erti kata yang sebenar.

Allahu a’lam.





Friday 16 September 2011

Episod baru...

Alhamdulillah, baru saja melangkah ke tahun kedua pengajian. Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat yang tak terhingga.

Impresi pertama untuk minggu pertama-= menakutkan. Semangat yang berkobar-kobar kecut, hilang entah ke mana. Takut sungguh dengan subjek-subjek teras yang ditawarkan. Kepala dah mula membayangkan macam-macam benda tak elok. Nauzubillah. Jauhkan.

Perkongsian daripada kak Uswah, kita kena set target untuk mudahkan kita memantau diri sendiri. Betul, bila ada target, bila ada matlamat kita akan tahu mana hala tuju kita. Kita akan mula merangka strategi untuk membolehkan matlamat kita tercapai.  Supaya kita tahu kekurangan dan apa yang perlu kita kekalkan.

Semuanya milik Allah, kita merancang Dia juga merancang dan sudah tentu perancanganNya adalah yang terbaik. Tapi bukan bermakna kita hanya perlu duduk tanpa perlu melakukan apa-apa.

Perkongsian daripada kelas Dr Joharry. Segalanya memang ada pautan dengan Allah. Dia mengetahui segalanya dan mengetahui segala apa yang terbaik untuk kita. Ingat padaNya dalam suka atau duka. Kita adalah unik. Kita tak sama dengan yang lain dan kita punya keistimewaan masing-masing. Allah tetapkan kita berada di sesuatu tempat atau keadaan tu sebab Dia tahu kita mampu mengharunginya.

Minggu pertama sudah selesai. Minggu kedua sudah mengintai-intai. Masa tidak akan menunggu kita. Tugasan juga sudah sedia menunggu untuk disiapkan. Kumpulkan kekuatan, kentalkan semangat kami Ya Allah. Bak kata Tehah "kalau kita boleh lepas algebra, yang ni pun tak mustahil kan?".mindset!Semoga kami berhasil untuk mengharungi sesi ini dan seterusnya. Amin.