Saturday 30 July 2011

Hulurkan tanganmu..

Bismillahirrahmanirrahim…

Orang tak tegur saya, saya pun tak tegur orang tu

“kalau orang tak kacau saya, saya pun takkan kacau orang tu. Atau pun yang lebih tepat, kalau orang tak tegur saya, saya pun tak tegurlah orang tu.” Jelas seorang siswi di pertengahan diskusinya bersama rakan halaqahnya.

Fasilitatornya hanya mengerling. Tidak memberikan sebarang komen, tetapi riak muka yang mungkin tidak bersetuju dengannya.

“aik? Salah ke?” getusnya di dalam hati.

“ ah, biarlah. Betul apa tindakan aku tu.”

Sesi itu, mereka berbincang perihal interaksi sesama manusia. Bagaimana perhubungan mereka dengan orang lain termasuklah dalam soal persahabatan.

Siswi ini tetap mempraktikkan prinsipnya meskipun apabila bertemu dengan rakan-rakan sekelasnya. Tidak nampak di mana harus dipersoalkan tindakannya itu. Masakan tidak, sudah bertahun ini yang dia praktikkan dalam hidupnya. Sejak mula bersekolah sehingga sekarang di universiti.

Sering saja dia menerima komen dari kawan-kawan yang dulunya mereka pernah berada di dalam kelas yang sama selama satu semester, tapi hanya sekali dua saja mereka bertegur sapa. Itupun kerana bertanyakan jawapan.

“ dulu, akak ingat kamu tu berlagak.” Begitu kira-kira komen kawannya itu.

Siswi itu hanya tergelak kecil mendengarnya. Sudah lali diperkatakan sebegitu oleh orang yang tidak rapat dengannya. Dia hanya menanti untuk ditegur, dan hanya sesekali menyapa itupun jika terpaksa. Tiada siapa lagi yang dia kenali di situ.

Malu

Alasannya malu dan tidak mahu mengganggu orang lain. Ya, malu memang perlu. Tidak mengganggu ketenteraman orang lain juga penting. Tapi praktikal kah digunakan dalam konteks ini?.  Praktikalkah digunakan apabila bersama rakan-rakan yang sudah satu semester atau lebih berada di kelas yang sama? Atau dengan jiran-jirang sebelah bilik? Cuba fikirkan..

Tak tahu nak tanya apa

 “ saya tak tahu la nak tanya apa kalau jumpa dengan orang yang baru kenal..” juga sering dia gunakan.

Logiknya orang yang baru dikenali yang terlalu banyak soalan yang kita tanya contohnya nama, asal, kerja ke belajar lagi dan sebagainya. Pendek kata kita hanya membina satu ruang yang besar antara kita dan mereka. Membuatkan kita terlalu susah untuk memulakan perkenalan.

Ego?

Ada dinding besar yang membatasi antara siswi ini dan mereka yang baru atau lama dia kenali. Terlalu memperjuangkan malu, tidak mahu mengganggu ruang orang lain dan tidak tahu apa untuk ditanyakan. Malu tak salah andai betul pada tempatnya. Dan alasan-alasan selainnya itu pun betul dengan syarat diletakkan pada tempat yang betul. Setuju?

Bersederhanalah dan sambunglah tali itu

Islam mengajarkan kita untuk bersederhana dan menyambung silaturrahim. Bersederhana dalam bertanya, tidak terlalu menjurus kepada sesetengah perkara yang mungkin tidak sesuai untuk orang lain ketahui. Kita hormati hak mereka yang kita kenali sama ada baru atau lama, rapat atau tidak.

ukhuwah fillah =)


Saya sendiri kadang-kadang menggunakan alasan malu. Tapi, fikirkan andai malu itu berada di tempat yang sebetulnya, teruskan dengan rasa malu itu. Pedulikan apa saja yang orang sekeliling nak kata. Andai tidak, mungkin rasa malu itu patut kita ketepikan.  Tempatkan alasan-alasan itu pada tempat yang sebetulnya. Yang pada ketikanya perlu digunakan, teruskan. ^_^



 Peringatan untuk diri saya juga, untuk kita sama-sama fikirkan asas tindakan kita. ^_^ selamat berpuasa, semoga ramadan kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ni..aminn..

Tuesday 26 July 2011

Jom =)

Bismillahirrahmanirrahim..


Dah hampir sebulan saya bercuti, cuti yang panjang. Sungguh panjang. Ini pun baki cuti selepas semester pendek (bunyi macam tak bersyukur je dapat cuti panjang kan?).  Teruji dengan nikmat masa yang lapang (sangat lapang). Bukan masa lapang tu yang salah, diri sendiri yang terbuai tu yang salah. walauapapun, Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat masa ni. Kerja banyak, tapi rasa macam takde kerja ~alasan semata-mata.. 

Saya selitkan sedikit pesanan daripada pihak penaja  bila rasa malas:

cuba la ingatkan diri
sebab apa kita beribadah dan beramal soleh?

..sebab Allah
tujuan kita dijadikan

jadi..
tiada sebab untuk mengurangkan ibadah dan    
amal soleh di musim cuti
sebenarnya itulah perjuangan kita
nak betul-betul ikhlas kerana Allah
ibadah bukan kerana kita ada masa lapang
atau kerana semua orang buat
tapi kerana kita hamba Allah yang perlu bersyukur...
macam mana susahnya orang lain
di negara yang berperang
betapa susahnya mereka untuk bersolat nk menyembah Allah
bukan susah kerana malas
tapi kerana tidak amannya negara mereka
kita kat sini
AMAN sangat
sampai senang sangat nk tertidur
LENA pulak tu
macam mana kita nak pikul tanggungjawab daei kalau hidup senang sikit kita dah lupa Allah..

p/s: jom kita refresh amal! kita periksa semula apa yang dah kita buat dengan masa lapang kita, jadualkan semula. =D 

Wednesday 13 July 2011

Kami Dah Boleh Terbang :)



bismillahirrahmanirrahim..


"hok lain takpo dah, buleh terbang dah"..


mak saya :)


hmm, tu apa yang mak kata "yang lain takpe dah, dah boleh terbang." tu terjemahannya sesiapa yang kurang mengerti bahasa klate. 


Kami dah besar :)


dah besar rupanya kami, kami berlima Long, Ngah, Che Keng, saya dan Nazihah. Tinggal yang masih belum mampu terbang Fatihah dan Udin. Memang dah besar, dah banyak angka pada usia kami cuma kami je yang masih ....


'Terbang' istilah yang mak gunakan,bererti kami sudah mampu untuk berdikari. Masing-masing sudah melepasi spm, spm yang mak jadikan kayu ukur untuk anak-anaknya pandai berdikari. Walaupun bukan sepenuhnya, tapi cukup untuk si anak mengenal dunia luar menjangkaui dunia sekolah yang agak terbatas. 


Anak-anak katanya akan sedikit terbuka pemikiran setelah berakhirnya zaman persekolahan. Memasuki alam matrikulasi atau pun diploma , pergi meninggalkan zaman kanak-kanak dan awal remaja.


Peperiksaan


Tatkala peperiksaan besar menjengah, mak orang yang paling risau. Mengalahkan anak-anak beliau yang akan menduduki peperiksaan itu sendiri. Dari mula penggal pertama persekolahan (tahun peperiksaan) sehingga tiba saat keputusan peperiksaan diumumkan, mak ialah insan yang paling berdebabr-debar. Anak-anak?... :D 


Cuti


Cuti, kawan-kawan lain kebanyakannya kerja. Kerja macam-macam, ada yang jadi cikgu, kerja kat pusat beli-belah dan sbg. Saya? masih setia di rumah. Hanya rumah tempat saya bila cuti. 


"Masa cuti ni lah anak-anak boleh luangkan masa tolong mak ayah. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga." tu kata kedua-dua mak dan ayah saya. Ya, ada betulnya. Anak-anak perempuan memang digalakkan untuk berada di rumah, tak kira lah berapa lama tempoh  cuti yang kami ada. Andai lima bukan sekali pun, ya, kami akan setia di rumah. Tapi sebaliknya untuk abang-abang saya. 




Si anak akan tetap selamanya si anak 






Aidil Samuel 


Walau setinggi mana pun peringkat kami belajar, walau berapa banyak pun angka pada usia kami, kami masih anak-anak kecil bagi mak dan ayah kami. Anda juga rasanya. :)


Ada saja yang perlu diperbetul dan dinasihati. Manusia, memang kita ini memerlukan nasihat yang berpanjangan dan berterusan. Untung mereka masih ada untuk menasihati kita. Untung nasihat mereka masih tersemat di jiwa kita.


Penutup


Terlalu besar jasa mak ayah kita dalam mendidik kita dalam perjalanan kita menjadi insan berguna. Kita setidak-tidaknya perlu berusaha memberikan yang terbaik untuk mereka walaupun susah payah mereka membesarkan tidak mampu kita balas.
Allahu a'lam..