Tuesday 22 May 2012

Beautiful reminders for you and me =)

Assalamualaikum.

Dakwah + Grafik = Menarik

Menarik untuk dipandang maksud saya selain dapat menjadi medium untuk menarik lebih ramai orang (tapi depends juga pada individu). Tapi yang penting, grafiknya mematuhi syariat yang dah Allah tetapkan sama ada dari segi perkataannya (tidak bercanggah dengan akidah umat islam) atau ilustrasi watak di dalamnya (perlu menutup aurat).

Seharusnya kita berhati-hati dan perlu bijak memilih mana-mana grafik sekalipun.

Secara peribadinya, itu rumus yang boleh saya buat. Psikologi manusia yang kadang-kadang tak mahu membaca tulisan yang panjang,  jadi inilah solusinya. Pendek dan ringkas tapi padat.

Syabas :)



REPAIR 
 


Apabila kamu teringatkan seseorang

perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR..

apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari
perbanyaklah SALAWAT..

apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang
perbanyaklah SOLAT DHUHA..

apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati
perbanyaklah TAHAJUD..

dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan
hendaklah kamu senantiasa berada dalam keadaan berwudhu..


[sumber fb]

IKHTILAT 


Keadaan sebegini banyak sangat, sangat banyak berlaku. =.='
Jadi, tak salah kalau kita sama-sama berubah dan mula meninggalkan perbuatan sebegini.

Kita sama-sama usaha jadi orang yang Allah redho. amin, InsyaAllah.

SUMBER : https://www.facebook.com/iqra.utm

p/s: Dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang. Ingat Allah dalam susah atau senang and have faith that He is always close to us. InsyaAllah.

Monday 7 May 2012

Noda Hitam di Hati


Assalamualaikum.

............................................................

“Saya sudah berhenti merokok sejak beberapa minggu, seperti yang kita tahu, ketagihan bukanlah sesuatu  senang untuk dibuang, jadi saya berusaha menjauhkan diri darinya untuk mengelak daripada saya mengambilnya semula.”

Quote dari iklan radio yang saya dengar dalam perjalanan ke kelas. Amat terkesan dengan “ ketagihan bukanlah sesuatu  senang untuk dibuang, jadi saya berusaha menjauhkan diri darinya untuk mengelak daripada saya mengambilnya semula.” Seakan-akan ada panah menusuk di hati.

Dosa.

Pabila hati sudah tidak berusaha memeranginya, tak mustahil akan kita ulangi lagi untuk kesekian kalinya. Saya analogikan dosa dengan ketagihan. Konsep yang sama, bila kita didekati tak mustahil untukk ita mengulanginya.

[kredit]


Tapi manusia tidak terlepas dari membuat dosa. Sudah menjadi sifat manusia untuk jadi pelupa. Jika tidak mana mungkin adanya konsep penyucian jiwa andai manusia bebas dari dosa. Persoalannya adakah kita ingin terus hanyut dengan dosa? Mampukah kita mencapai ketenangan andai diri sarat dengan dosa? Di mana letaknya keberkatan dalam hidup kita?

Berubah dan meninggalkannya atau terus tetap di situ?

Kita mungkin ditipu dengan ‘indahnya’ nikmat melakukan dosa, hati dan aqal bertingkah. Kadang-kala kita memenangkan yang batil daripada yang haqnya. Berubah bukan senang, tapi tidak juga mustahil. Bukan kerana kita tak mampu, tapi kerana kita tak mahu. Bukan tak sedar, tapi takut akan kehilangan kepentingan yang tak kekal. Melainkan kita memang tidak mengetahuinya.

Dosa tak memerlukan sesuatu yang besar untuk digelar dosa. Tidak perlu untuk kita membunuh barulah dipanggil dosa, tidak perlu kita merompak baru dipanggil dosa, terlalu banyak contohnya. Sebarang tindakan menderhakai Pencipta Alam ini didefinisikan sebagai dosa. Contohnya meninggalkan solat, puasa, tak menutup aurat, membuang masa, perhubungan lawan jenis yang tak bermanafaat dan sebagainya.

Dosa, bila hati melaziminya maka parahlah keputusannya. Nauzubillah. Moga diri kita tidak tergolong dalam golongan ini. Mungkin menghindari dosa tidak semudah yang dikhabarkan (memang benar bukan semudah itu) tapi, kita wajib berusaha menghalang diri kita dari mendekatinya. Saya juga melalui perkara yang sama. 

Saban hari ada palitan noda hitam di hati. Astaghfirullah.

Tapi sahabatku, usah putus asa.

Katakanlah: wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Penampun, lagi Maha Mengasihani [az-zumar: 53].

Masih belum terlambat untuk kita membasuh hati kita dengan taubat. Masih belum terlambat untuk kita berusaha menjauhinya. Buktikan hati kita masih lembut untuk kembali ke jalan yang benar. Benar hidayah itu milikNya, tapi kita perlu berusaha mencarinya bukan hanya menunggu diberikan hidayah olehNya.

Katakan anda mampu lakukannya ^.^

Perkongsian berkenaan mengindari dosa Insha’Allah  akan saya bawakan dalam artikel seterusnya. 

Allahua’lam. Semoga bermanafaat.