Thursday 7 November 2013

Crystal

bismillah

When you get stuck, get back to definition.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, quote ni paling femes dan paling melekat dalam hati saya.
quote orang maths pada mulanya. Hanya pada sangkaan saya. Sebab higher math yang saya pursue ni guna banyak definition dan teori.  Tapi lama kelamaan, memang quote ni bukan terhad dalam maths sahaja, malah dalam hidup.

But one thing is, orang yang selalu jelas dengan definasi dia, takkan mudah stuck. begitu apa yang saya perasan. Orang-orang ni memang hebat dan i'm hoping to be among them. ^^

Get back to definition, make it crystal clear. tak kiralah dalam hidup, dalam subject dalam apa-apa saja.
Anda tahu apa yang anda mahukan.

Allahua'lam.

Tuesday 29 October 2013

Wake Up

bismillah.

after sometimes, we'll be weakening by the odd feeling.

get back to definition.

definitely, that's the only way.

think about why are we here.

what should actually do.

what have we forgotten.

oh, Allah.

have you ever feel that you are defeated by your own self. for not being able to get hold to ourselves. feeling that our own selves have betray us.

feeling that you are weakening, bit by bit. after all, it's a bless from Allah. a bless because we still have the feeling that something  we should do to correct the wrongness.

wake up.

wake up

wake up

prioritize ourselves, plan ahead, organize everything tough sometimes it might turn to unexpected event. but at the very least we are trying. so don't stop trying.


Allahua'lam. a note to my self. may Allah bless us.

Monday 30 September 2013

Right Track

bismillahirrahmanirrahim.


akak, are we on the right track?

maksudnya?

ye la, we know all those theories, tapi dari segi pelaksanaannya, kita macam tak buat ape pun.

senyum.

yes indeed we are on the right track. yang tu akak pasti. tapi bila datang bab pelaksanaan, sure benda tu adalah cabaran yang sebenar. amalinya adalah cabaran. then, berbalik pada kita untuk melaksanakannye. ok?

................
hidup sebagai pelajar, memang takkan berpisah dari segala macam teori. dan hidup sebagai seorang muslim juga, kita dibekalkan dengan teori yang banyak. contohnya macam mana untuk menjadi muslim yang berakhlak mulia, menjadi anak solehah dan soleh, dan sebagainya.daripada sekecil-kecil benda seperti bermanis muka sampai ke sebesar-besar benda seperti tauhid, semuanya tersedia.

along the way untuk buat kebaikan sure kita akan jumpe segala macam rintangan. yang kadang-kadang cukup untuk bagi kita alasan lari dari jalan kebaikan, buat kita takut untuk teruskan perjalanan ni, yang kadang-adang kita rasa sesak atau pun kita takde rasa apa-apa langsung. dan ini semua sekali lagi adalah alasan. heh

tapi semua tu biasa terjadi. akan ada fasa bila kita rasa semuanya tak kena. bak kata Syeikh Hamed, semua ni perlu dirawat, jangan sampai terlambat. Jangan putus harapan.

paling penting, kita sedar yang kita sebenarnya perlu dirawat.

perjalanan panjang ni perlukan orang-orang yang sanggup tarik kita, oarang yang sanggup nak doakan kita, nak bagi pesan-pesan keimanan kat kita, sanggup sabar dengan kita dan sesekali ketuk kepala kita. sebab sorang-sorang, kita takkan mampu nak harunginya.

biala kita jelas dengan tujuan kita, bila kita selalu ingatkan diri kita untuk apa kita berbuat sesuatu, kita takkan mudah goyah. pastinya dengan izin Dia yang Maha Kuasa.

Dan jazakumullah hu khairan katsira untuk mereka yang sudi teman saya. banyak benda lagi saya perlu cedok dari kalian, dan semoga kita terus tsabat pada jalan yang Allah redho. InsyaAllah.

Allahua'lam.

Sunday 28 July 2013

Gadis Itu





[kredit]


 Gadis itu.
aku duduk di situ memerhatikan dia.
lama
lama sekali sujudnya
langsung tidak dihiraukan manusia lain
hatiku lantas berbisik
bagaimana khabarnya?
bagaimana khabarku?
apa yang dibisikkannya
sehingga dia lama sebegitu
cemburu
dan
dia masih di situ
meneruskan momen bersama Si Dia,
Si pemilik Agung.

270713

Tuesday 4 June 2013

Ihsan

bismillahirrahmanirrahim.



Ihsan.

Biasa saja kita dengar tentang ihsan. Bahkan dalam Hadis Jibril juga ada dirakamkan perihal ihsan. Memang sepanjang hidup kita, perkataan ihsan bukanlah suatu perkataan asing.

Suatu pagi, alkisahnya. Sungguh simple tapi jujur saya terpana.

Usai bersarapan pagi itu, saya menumpang kereta seorang junior. Beliau menaiki keretanya dan terus menarik seatbelt.

 Bersahaja, dan saya tergelak.



Oh, bagusnya awak. Dalam kampus pun awak pakai seatbelt?

Senyum je dia. Tenang je jawab.

Berlaku ihsan pada diri sendiri kak. Kita tak tahu bila nak jadi. Kat dalam kampus pun boleh je eksiden.

Dan..paap. saya tak pernah fikir macam ni.

Malu.

Aah, simple, perjalanan yang tak sampai 400m pun. Allah tunjukkan pada saya pada ketika itu, sekecil-kecil benda yang saya pandang remeh selama ni sebenarnya macam ni.

Berlaku ihsan pada diri sendiri. Secara automatik fail dalam kepala seakan beratur.

What have you done up until now? Apa definisi ihsan saya selama ni?

Glup.

Tak payah disebut di sini kan?

Bila matlamat kita dikaburi, bila niat kita terseleweng, bila hati dan aqal kita hilang keselarasan dengan kehendak Dia. Ketuk-ketuklah hati kita, jangan biar dia senang dengan yang salah.

Ihsan tak perlu tunggu benda besarkan? Even pakai seatbelt pun kira ihsan pada diri sendiri. Apalagi bila kita bazirkan masa buat benda-benda yang tak sepatutnya. ^^
Thanks to them, Thank God. 

Masa untuk muhasabah balik definisi ihsan kita. Masih belum terlambat kan?

Allaha'lam.  

Saturday 27 April 2013

Ikhlas


Kalau saja kita tahu nilaian ikhlas itu,
tentunya kita tak ingin jauh darinya.
Ikhlas itu satu perjalanan katanya.
Ikhlas itu kunci istiqamahnya amal.
Mungkin juga di awalnya kita berhasil untuk ikhlas tapi gagal di pertengahan
Mungkin juga di awalnya ada yang tak bisa tapi berhasil di hujungnya
Ia rahsia Ilahi
Ia tak terduga
Yang pasti, hati-hati ini Dia yang memiliki.
Yang lebih dari pasti,
Ikhlas itu mahu digapai.

~lailah imaniyyah 270413

Saturday 6 April 2013

#Jaulah-Indonesia#finale

Bismillah.

Dah finale, padahal yang di depan cuma dua. tak mengapa, sengaja saya ringkaskan perjalanan hari ke 2,3 dan hari terakhir di sana. Tanah seberang.

Musafir mencari inspirasi masih diteruskan. Hari ke-3 kami ke Anchol, YAI dan ke Toko Buku Al-Ihtisom. perjalanan kami diselitkan dengan perkongsian berharga dari Pak Ade yang boleh saya  ringkaskan di sini yang mana keseimbangan memainkan peranan penting dalam dakwah dan juga kehidupan seharian kita. Kita perlu bijak mengawal keadaan dalam masa yang sama perlu mengetahui kekurangan dan juga kelebihan kita.


Anchol









YAI



Diizinkan Allah untuk kami teruskan perjalanan pada hari berikutnya ke Bandung. Bandar bunga (terjemahan ke bahasa Malaysia) diberi jolokannya mungkin kerana kecantikan wanita-wanita di sana mengikut salah satu sumber. Sempat meluangkan masa kurang lebih tiga jam di Pasar Baru sebelum meneruskan jelajah ukhuwah kami. Alhamdulillah sambutan yang luar biasa hanagtnya oleh sahabat-sahabat di Bandung. walau kami tak pernah berhubung apa lagi bersua muka.




Highway ke Bandung. Subhanallah



Adakalanya pluang terlebih dahulu datang sebelum kita bersedia- murobbi

ITB

POLBAN- kami ibarat Ansor dan kalian adalah Muhajirin- ust Lutfi




Hari terakhir kami di bumi penuh budaya ini, perjalanan pulang kami ke Malaysia. 5 hari yang dirasakan amat pendek, namun padat dengan isinya. pengalaman yang manis buat kami. Masih terlalu banyak yang ingin dikongsi mungkin bukan lagi pada entri ini.


Sampe ketemu lagi
makasih pak :)
Uhkwah itu walaupun hanya sebentar kita bersua tapi kemanisannya tetap kita rasai.  Ini susunannya Allah, mempertemukan kami, menautkan hati-hati kami melancarkan langkahan kami. Sungguh, kerna muslim itu bersaudara. Kami menyaksikannya. Pemusafiran kami mencari inspirasi.

Allahua'lam

Saturday 30 March 2013

#Jaulah-Indonesia#2

Bismillah

Kembara diteruskan pada hari kedua, kali ini kembara bertemu dengan para belia, ke Sekolah Alam dan ke YAPIDH. semangat berkobar-kobar meneruskan perjalanan ditemani Pak Ade dan Pak Priono.

di sini, Be IUC ataupun Bekasi Islamic Youth Club, kami diberi pendedahan tentang kegiatan mereka. Nyata   mereka adalah pemuda-pemuda yang banyak memberikan sumbangan dalam membangunkan masyarakat islam di sana.

Sempat diberikan pencerahan tentang peranan pemuda dan keharusan untuk sentiasa siap berada di hadapan. Meletakkan pemudah osem sebagai contoh iaitu sahabat-sahabat, Sultan Muhammad Al-Fateh, Salehudin Al-Ayyubi dsb kita inginkan semangat mereka bukan saja mengalir dalam jasad kita bahkan menggerakkan kita dalam dakwah.

bersama teman-teman Be IUC


Seterusnya kami ke Bantar Gerbang melawat Sekolah Alam Tunas Mulia. Susah untuk digambarkan perasaan berada di sekolah tersebut. tak mustahil jika anda yang berkunjung mengalirkan air mata melihat mereka. Pagi mereka akan bersama-sama ibu bapa mereka bekerja dan petang mereka akan ke sekolah ini. Melihat keadaan sekolah yang sememangnya takkan kita jumpa di Malaysia tapi dengan pelajar dan guru-guru yang punya semangat dan motivasi luar biasa cukup untuk menundukkan hati.

Bukit di belakang sana adalah timbungan sampah dari pelbagai tempat di Indonesia,
pondok-pondok kecil itu tempatnya mereka tinggal bersama keluarga masing-masing.

Kita terlalu mewah dalam nikmat Allah. Mereka bak kata teman saya masih bisa senyum dalam kesusahan. Kesusahan bukan penghalang buat mereka. Semoga Allah permudahkan mereka menerima setiap pelajaran yang dipelajari.

"kak pusing ngak belajar matematik? saya pusing kak." Jannah

She's strugling. I know. Jauh lebih lagi daripada kita di Malaysia, lebih lagi dari adik hensem saya yang bakal ambik SPM tahun ni. tapi semangatnya? Kalau boleh saya nak stay kat sekolah tu sekejap lagi untuk ajar, tapi sayang agenda kami masih berbaki.

Rombongan bersama anak-anak dan staf Sekolah Alam

Sekolah Alam Tunas Mulia-

Perpustakaan kalau tak silap =D

Kumpulan kecil kami- kami juga punya mimpi

Destinasi terakhir kami di YAPIDH. Salah satu institusi pengajian islam yang menyediakan pendidikan tahfiz dari pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar dari segenap pelusuk Indonesia dan ada juga beberapa pelajar dari Singapura dan Malaysia. Menariknya tentang institusi ini, semua guru-gurunya wajib untuk mengikut halaqah. Yang mana sangat hebat bagi saya secara peribadi.

Potensi pelajar tidak dibiarkan berkubu begitu saja. Pelajar yang berpotensi akan terus digarap potensinya oleh pihak institusi tak kira potensi dari aspek sukan atau lain-lain.

...............................................
"syukur kita sepatutnya membuahkan amal."-Syida
"jangan lupakan Dia biar apapun situasi kita"-Pak Cik Zameran


-aku melihat potensi pada mereka, anak-anak Bantar Gerbang.
-aku juga melihat potensi bagi sesiapa saja yang ingin berubah.
-it's hard but it's not impossible. He's always there with us, even closer than our vein.

yabbi yassir ya Allah.

pic kredit to kak amal.

Thursday 28 March 2013

#Jaulah-Indonesia#1


Bismillah.

Alhamdulillah, baru selesai berjaulah ke negeri seberang. Perjalanan yang luar biasa indahnya, yang padat dengan pengisiannya. Memang takkan habis dengan kata-kata tentang apa yang yang kami lalui sepanjang perjalanan 5 hari di Indonesia.

musafir mencari inspirasi


Rata-rata kami terinspirasi melihat kegigihan masyarakat di sana bekerja. Baik untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup mahupun dari segi dakwah mereka sendiri.

“mohon ambil yang baik-baik saja, yang tidak baik jangan diambil”- Pak Ade

Jika dilihat di tepi-tepi jalan, kita akan temui banyak penjual-penjual baik toko-toko  ataupun gerai bergerak (yang saya tak tahu namanya). Dengan keadaan jalan yang sentiasa jam, mereka tetap sabar menjalani kehidupan. Sememangnya jika kita bandingkan dengan keadaan di negara kita ini jauh bezanya.

Himmah(semangat) mereka sangat luar biasa. Pada hari pertama sempat bertemu dan mendapat pengisian dari  syuyukh- Pak Izzuddin.


dari kiri- Pak Bugi, Pak Izzuddin n Pak Cik Zameran


Tanggungjawab dakwah itu bukan saja terletak pada orang-orang tua. Melihat masa depan islam juga tanggungjawab orang-orang muda. Dan kita harus mengenali sahabat kita sehingga kita ini mampu untuk sama-sama memikul tanggungjawab dan sedia untuk menghadapi akibatnya. Masa depan Islam letaknya pada pemuda yang yakin dalam menegakkan Islam dan pasti Allah akan membantu hamba-hambaNya yang menegakkan Islam”- Pak Izzuddin

Usai makan tengah hari dan pencerahan, kami ke taman mini Indonesia dan sempat melawat dunia air tawar.

“Malaysia dan Indonesia sama saja kan.” Kerap kali diungkapkan kata-kata ini. Ya muslim itu bersaudara dari mana pun kita berasal dan di mana pun kita pergi.

Ke mana pun kita pergi, percayalah akan ada orang lain yang juga bersama kita. Dakwah kita bukan sedirian, kita punya teman.

Allahua'lam.

Friday 22 March 2013

Uji

bismillah..

Sempat sembang lewat malam dengan seorang cik kak.

Allah uji awak sebab Dia yakin awak boleh hadapinya~

.....
Kita di uji itu biasa, bersyukur kita diuji. kita tak diuji, mungkin sepatutnya risau. tiada yang tiada hikmah di dunia ni. Allah Maha Mengetahui lebih, lebih jauh dari pengetahuan kita yang sekelumit ni.

tapi, bukan masalah kita diuji atau tidak. ia hanya bagaimana kita react dengan ujian yang ada atau ketiadaan ujian (yang juga satu ujian). so, get ourselves prepared!

......
~ sedang berdebar-debar untuk ke jaulah lusa. doakan rombongan kami selamat tiba dan pulang ke Malaysia. Rabbi yassir Ya Allah.

Sunday 17 March 2013

Seluas Hamparan

bismillah.

serius lama tak terisi blog ni. bila jalan-jalan tengok blog kawan-kawan cukup untuk membuatkan saya tersenyum. gembira untuk mereka yang masih gagah menulis saban hari.

well, hidup kita, kita jumpa ramai orang. kita kawan dengan macam-macam jenis orang perangainya, kesukaannya dan sebagainya. dan elemen asas dalam berhubungan tak kira hubungan dengan Allah tuhan kita atau bila berhubungan sesama manusia.

buktikan!
jadi, sama-sama kita lapangkan dada, jadi setenang dan serasional yang boleh semestinya. semoga kita tergolong dalam golongan-golongan yang sentiasa berlapang dada. amin.