Friday, 25 November 2011

Ada Pelangi Selepas Hujan =)

Bismillahirrahmanirrahim.

Entry ni sebenarnya dah lama nak dipostkan, tapi baru hari ni dapat disiapkan sepenuhnya. Alhamdulillah. walauapapun selamat membaca ^-^,

 Usai menikmati makan tengah hari, tiba-tiba mulut gatal nak bertanya.

Saya: emm..nak tanya boleh?

Kak A: tanya ape?

Saya: xpe lah, x jadi..
sambil sengeh-sengeh..serba salah nak bertanya kononya ^.^

Kak A: isy, tanye cepat.

-Kononnye marah la tu. Langsung tak takut :P

Saya: pernah tak rasa putus asa?

Kak A: ha?

Saya: pernah x..rasa putus asa..

Kak A: maksud?

Saya: ye la..putus asa, berhenti dari buat apa yang kita dah buat tu.. bukan pasrah, bukan redho..tapi terus 
berhenti, dah taknak lagi teruskan. Pernah?

Kak A: emm, tak kot. Kenape? Rasa cam dah putus asa ke?

Saya: xde..saje tye..bukan pe, tibe-tibe terfikir. Just wonder. Ye la..duk sorang-sorang macam-macam benda terfikir. Hehe, terfikir macam manalah rasanya kan..

Kak A: aah kan. Entahla tak tahu macam mana rasa dia.

Saya: tu lah..kadang-kadang rasa nak give up je. Tapi fikir balik… nak pergi mana kalau give up. Kalau nak lari dari susah yang ni, benda yang kita nak pergi tu pun susah jugak.

Kak A: betul jugak tu. Setiap benda, ada susah senang masing-masing.

Saya: haha, kalo tak susah, cam tak menarik je. Susah dan senang sama-sama mewarnai hidup.

Kadang-kadang rasa nak  putus asa tu datang menjengah. Mungkin keletihan dalam perjalanan kita. Macam-macam masalah timbul baik dalam akademik, persahabatan, keluarga dan sebagainya.  Padahal diri sendiri yang salah. Perjalanan yang masih berbaki, pendek atau panjang tapi tetap berbaki. Dah jadi tugas kita untuk memaknakan perjalanan kita. "To live life to the fullest" bak kata orang.

Takkan kita sanggup biarkan perjalanan kita tanpa sebarang makna. ‘redho’ kita kata. Tapi apa usaha kita  sebelum kita redho tu. Life itself is a test. Dan hidup ni penuh ujian. Takkan dibiarkan hambaNya tanpa ujian. Ujian penguat keimanan kita. Pengukur sejauh mana kentalnya iman kita.

don't give up..[kredit]


Tak kisah banyak mana pun air mata yang terlerai, tak kisah banyak mana peluh yang menitis, harta yang dibelanjakan. Yang penting usaha kita. Kita tak dapat nak baca masa depan kita, kita sekadar boleh mengagak, tapi tidak untuk memastikannya.

Ada pelangi selepas hujan.  Cepat-cepat istighfar..Kerap saya dengar, bila kita kuat ‘dalam’ kita akan kuat kat ‘luar’. Bila ada motivasi dalaman, memang kita akan jadi bersemangat. Bila mind set kita positif, lebih senang untuk kita harungi perjalanan tu. setiap masalah ada penyelesaiannya.

Macam-macam tip yang orang beri, yang kita dengar, yang kita baca, yang kita terilham. "It’s easier to say that I give up, but at the end we would say if and only if I tried harder". Hah. Pepatah melayu, menyesal kemudian tiada gunanya. Betul? Dalam konteks ni memang betul, pilih untuk tidak berputus asa daripada kita menyesal sebab kita awal-awal lagi dah putus asa.

Biar kita tak menang, tapi asalkan kita berusaha. Kalah tak semestinya sesuatu yang buruk. Kurang-kurang kita pernah merasa kalah, dan tentunya ada hikmah tersembunyi disebalik kekalahan itu. Yakinlah ujian itu bukan sia-sia bukan saja-saja Allah berikan pada kita.


Ya Allah berikanlah kami kekuatan jauhkanlah kami daripada berputus asa, sungguh hanya padaMu tempat kami mengadu.

Allahua’lam..

 - kredit to kak A sebab sudi melayan kerenah dan soalan saya,bila-bila masa di mana jua.=) uhibbukifillah <3

Friday, 11 November 2011

Sibuk itu Indah ^_^

Assalamualaikum..

Untuk jiwa-jiwa yang dilanda kesibukan, daripada hasil tulisan Solikhin Abu Izzuddin untuk tatapan kalian.. =)

SIBUK ITU INDAH

Jangan sampai ada ruang kosong dalam
hidup kita tanpa karya dan amal nyata,
sebab di sinilah
hukum kevakuman akan berbicara.
“kalau kita tidak mengisi ruang dengan sesuatu,
maka ruang itu pasti akan diisi dengan sesuatu yang lain.”
Kalau kita tidak aktif menyibukkan diri dengan kebaikan,
nescaya kita yang lagi pasif akan disibukkan dalam keburukan.


Betul, sibuk itu indah andai sibuk itu terancang. Berada dalam keadaan sibuk dengan benda-benda yang bermanafaat memang buat kita rasa terisi. Tapi sibuk ini berbeza dengan sibuk sebab kerja yang ditangguh-tangguh. Kita punya 24 jam yang sama, terserah bagaimana untuk kita gunakannya. Moga kesibukan ini dekatkan kita padaNya bukan menjauhkan kita daripadaNya. allahu a'lam

Sunday, 23 October 2011

Membersihkan diri, mengaut keuntungan sejati



Bismillahirrahmanirrahim,

artikel yang di'copy & paste' dari langitilahi.com. untuk ingatan buat diri sendiri yang terkadang alpa. 


Tetapi ramai yang tidak bertemu dengannya. Bagaimana mencarinya pun, tetap akhirnya ketenangan dan kelapangan yang didapati itu tidak bertahan. Maka ramai yang tertanya-tanya, apakah yang perlu dilakukan, untuk mendapatkan ketenangan sejati.

Jika soalan ini diberikan kepada saya, maka saya akan menjawab:

“Dengan membersihkan diri.”

Hati itu milik siapa?

Di manakah letaknya ketenangan, kelapangan, dan kesenangan di dalam diri manusia? Dari manakah rasa itu terbit? Dari tangan? Kaki? Perut? Tidak dan tidak.

Tetapi daripada hati. Bukan hati organ. Tetapi ‘hati’. Roh. Yang tidak kelihatan itu.
Kita kembali bertanya, hati itu milik siapa?

Ya, siapakah pencipta kepada hati?

“Allah.” Dan roh kita menjawab.

Maka perjalanan mencari ketenangan adalah bermula dengan jawapan kita itu.

Punca keresahan dan kegelisahan

Mengapakah hati yang diciptakan Allah SWT itu resah dan gelisah? Ya, kenapa?

Kerana hati itu terpisah jauh dengan penciptaNya.

Hati adalah tempat terkandungnya fitrah asal manusia. Sejahat mana pun manusia, apabila mereka melakukan kejahatan mereka, tidak dapat tidak mereka akan dapat mendengar ‘suara hati’ mereka membantah perbuatan mereka. Ya, ini adalah realiti. Tinggal, mereka tetap terus melakukan kejahatan kerana mereka tidak menyahut seruan hati mereka itu.

Fitrah hati adalah taat dan tunduk kepada Allah SWT.

“Bukankah Aku ini Rabb kamu? Mereka menjawab: Iya, kami menjadi saksi.” Surah Al-A’raf ayat 172.

Itulah dia perbualan Allah dengan roh-roh sebelum roh-roh dimasukkan ke dalam tubuh kita.

Fitrah kita adalah rapat denganNya. Menjauhi Allah, adalah punca keresahan dan kegelisahan kita. Apakah 
perkara-perkara yang menjauhkan kita daripada Allah SWT?

Hendak menyenaraikannya pasti panjang. Maka cukup saya konklusikan semua jawapan dengan satu kalimah.

Dosa.

Bersihkan diri, rapati Ilahi, dapatkan ketenangan sejati

Kadangkala kita hairan melihat Rasulullah SAW yang menghadapi ujian dan dugaan yang amat hebat, tetapi baginda kekal tenang di dalam kehidupan. Tidak pernah kedengaran baginda tertekan hingga memarahi isteri dan anak-anak. Tidak pernah kedengaran baginda ‘lost control’, tidak pernah kedengaran baginda mengeluh dan merungut. Baginda tenang, hatta di tengah kancah peperangan.

Mengapa?

Kerana baginda menjaga hubungan dengan Allah SWT.

Kadangkala kita hairan melihat Abdurrahman bin Auf RA, Suhaib Ar-Rumy RA, Uthman ibn Affan RA, yang merupakan golongan kaya, tetapi meninggalkan semua harta mereka ketika hijrah. Tidak pula mereka histeria, tertekan, gundah, resah dengan meninggalkan harta mereka. Bahkan, mereka kuat dan tabah membina semula kehidupan mereka, dan akhirnya kembali berjaya menjadi antara yang terkaya di jazirah arab.

Mengapa?

Kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah SWT.

Kadangkala kita hairan melihat sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang tidak banyak wang seperti Abu Hurairah RA, Abu Bakr RA, Umar RA, Bilal bin Rabah RA. Mereka tidak pula sakit jiwa, mereka tidak pula tidak bersemangat, mereka tidak pula mencuri. Bahkan mereka tenang menjalani hidup, bahkan sanggup lagi memberikan infaq dan sedekah walau diri sendiri kesempitan.

Mengaoa?

Kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah SWT.

Pastinya, orang-orang yang menjaga hubungan dengan Allah SWT ini, sering membersihkan diri mereka. Antara tanda kita menjaga hubungan dengan Allah SWT, adalah kita sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepadaNya.

“Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang sering bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri.” Surah Al-Baqarah ayat 222.

Tidakkah kita melihat?

Penutup: Dapatkanlah ketenangan sejati. Sungguh, ia milik kita

Rasulullah SAW dan para sahabat nyata adalah contoh yang terbaik. Mereka memperolehi ketenangan sejati. 

Hatta badai cabaran yang tinggi juga tidak mampu menggoncangkan manusia yang memperolehi ketenangan hati ini.

Dan ketenangan hati ini adalah milik kita. Sebab itu Allah SWT menggesa kita mendapatkannya. Isyarat gesaan ini tersembunyi di dalam ayat-ayatNya.

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb kalian dalam keadaan berpuas hati lagi diredhai.” Surah Al-Fajr ayat 27-28.

Kenapa Allah menyeru jiwa-jiwa yang tenang? Kerana jiwa-jiwa yang tenang sahaja yang mampu kembali kepada Allah dalam keadaan diredhai. Jiwa-jiwa yang tenang sahaja mampu mengharungi segala ujian dan cabaran di atas dunia ini.

Maka apakah kita tunggu lagi? Motivasi meneruskan kehidupan ini dalam keadaan terbaik dan tertinggi, adalah dengan mendapatkan ketenangan hati. Ayuh!

“Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang.” Surah Ar-Ra’d ayat 28.

Bersihkan diri, rapati Ilahi, dapatkan ketenangan sejati.

...................................................................................................

masih belum terlambat untuk kita menjauh  apa yang kita perlu jauhi, 
manusia masing-masing ada masa silam yang mungkin mahu dia lupakan.
mulakan langkah, kita mampu lakukan.