Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Sunday, 28 July 2013

Gadis Itu





[kredit]


 Gadis itu.
aku duduk di situ memerhatikan dia.
lama
lama sekali sujudnya
langsung tidak dihiraukan manusia lain
hatiku lantas berbisik
bagaimana khabarnya?
bagaimana khabarku?
apa yang dibisikkannya
sehingga dia lama sebegitu
cemburu
dan
dia masih di situ
meneruskan momen bersama Si Dia,
Si pemilik Agung.

270713

Tuesday, 4 June 2013

Ihsan

bismillahirrahmanirrahim.



Ihsan.

Biasa saja kita dengar tentang ihsan. Bahkan dalam Hadis Jibril juga ada dirakamkan perihal ihsan. Memang sepanjang hidup kita, perkataan ihsan bukanlah suatu perkataan asing.

Suatu pagi, alkisahnya. Sungguh simple tapi jujur saya terpana.

Usai bersarapan pagi itu, saya menumpang kereta seorang junior. Beliau menaiki keretanya dan terus menarik seatbelt.

 Bersahaja, dan saya tergelak.



Oh, bagusnya awak. Dalam kampus pun awak pakai seatbelt?

Senyum je dia. Tenang je jawab.

Berlaku ihsan pada diri sendiri kak. Kita tak tahu bila nak jadi. Kat dalam kampus pun boleh je eksiden.

Dan..paap. saya tak pernah fikir macam ni.

Malu.

Aah, simple, perjalanan yang tak sampai 400m pun. Allah tunjukkan pada saya pada ketika itu, sekecil-kecil benda yang saya pandang remeh selama ni sebenarnya macam ni.

Berlaku ihsan pada diri sendiri. Secara automatik fail dalam kepala seakan beratur.

What have you done up until now? Apa definisi ihsan saya selama ni?

Glup.

Tak payah disebut di sini kan?

Bila matlamat kita dikaburi, bila niat kita terseleweng, bila hati dan aqal kita hilang keselarasan dengan kehendak Dia. Ketuk-ketuklah hati kita, jangan biar dia senang dengan yang salah.

Ihsan tak perlu tunggu benda besarkan? Even pakai seatbelt pun kira ihsan pada diri sendiri. Apalagi bila kita bazirkan masa buat benda-benda yang tak sepatutnya. ^^
Thanks to them, Thank God. 

Masa untuk muhasabah balik definisi ihsan kita. Masih belum terlambat kan?

Allaha'lam.  

Monday, 15 October 2012

Doa


bismillahirrahmanirrahim.


Sebahagian daripada petikan kata-kata ibn qayyim,

 “sesungguhnya di dalam hati, terdapat sebuah koyakan yang tak bias dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Di dalamnya juga terdapat keterasingan yang tak mampu diubati melainkan bersendiri bersama Allah.

Ada juga kesedihan yang tak mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengannya. Juga terdapat sebuah kegelisahan yang tak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan gelisah itu menuju Allah.

Ada juga gelojak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan  akan perintah,larangan, dan keputusan Allah yang mana diiringi dengan keabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengannya.

Dalam hati jua terdapat tuntutan kuat yang tak akan berhenti sebelum Allah menjadi satu-satunya tujuan. Di dalamnya un ada kebutuhan yang tak akan terpenuh kecuali dengan kecintaan kepada Allah, ingatan terus-menerus padanya serta keikhlasan penuh padanya. Bahkan jika diberikan seisi dunia pada hati ini, kebutuhan tersebut tetap tidak terpenuh andai tanpa menghadap penuh pada Rabb”

kita hambaNya yang kerdil[doodle dakwah ]


Semuanya terubat andai hati-hati ini dihadapkan kepada Allah. Kerana hanya Dia yang mampu mengubat segala ketidaksenangan yang muncul didalam hati kita. Dengan  berdoa hati-hati ini mampu dibawa  menghadapnya.

Alangkah bertuahnya bilamana kita mampu mengarahkan pandangan, menadah tangan dan menggerakkan bibir  kepada yang Maha Pengasih. Ini tandanya dalam hati kita kita mengiakan bahawa kita sememangnya perlukannya.

Hakikat manusia, kita ini fakir di hadapanNya. Fakir tanpa mengira status social,akademik dan sebagainya. Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung dan dia suka hambanya meminta padanya.berdoalah, pasti dia akan perkenankan doa kita.

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. (surah mukmin:60)

Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang menyombong diri yaitu golongan yang tidak mahu berdoa pada Allah. there's nothing to lose if we pray to Allah, tambah lagi Allah suka mendengar rayuan hambaNya. jadi apa lagi yang kita tunggu, Jom berdoa ^^ 

Allahua'lam.


Tuesday, 22 May 2012

Beautiful reminders for you and me =)

Assalamualaikum.

Dakwah + Grafik = Menarik

Menarik untuk dipandang maksud saya selain dapat menjadi medium untuk menarik lebih ramai orang (tapi depends juga pada individu). Tapi yang penting, grafiknya mematuhi syariat yang dah Allah tetapkan sama ada dari segi perkataannya (tidak bercanggah dengan akidah umat islam) atau ilustrasi watak di dalamnya (perlu menutup aurat).

Seharusnya kita berhati-hati dan perlu bijak memilih mana-mana grafik sekalipun.

Secara peribadinya, itu rumus yang boleh saya buat. Psikologi manusia yang kadang-kadang tak mahu membaca tulisan yang panjang,  jadi inilah solusinya. Pendek dan ringkas tapi padat.

Syabas :)



REPAIR 
 


Apabila kamu teringatkan seseorang

perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR..

apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari
perbanyaklah SALAWAT..

apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang
perbanyaklah SOLAT DHUHA..

apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati
perbanyaklah TAHAJUD..

dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan
hendaklah kamu senantiasa berada dalam keadaan berwudhu..


[sumber fb]

IKHTILAT 


Keadaan sebegini banyak sangat, sangat banyak berlaku. =.='
Jadi, tak salah kalau kita sama-sama berubah dan mula meninggalkan perbuatan sebegini.

Kita sama-sama usaha jadi orang yang Allah redho. amin, InsyaAllah.

SUMBER : https://www.facebook.com/iqra.utm

p/s: Dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang. Ingat Allah dalam susah atau senang and have faith that He is always close to us. InsyaAllah.

Monday, 7 May 2012

Noda Hitam di Hati


Assalamualaikum.

............................................................

“Saya sudah berhenti merokok sejak beberapa minggu, seperti yang kita tahu, ketagihan bukanlah sesuatu  senang untuk dibuang, jadi saya berusaha menjauhkan diri darinya untuk mengelak daripada saya mengambilnya semula.”

Quote dari iklan radio yang saya dengar dalam perjalanan ke kelas. Amat terkesan dengan “ ketagihan bukanlah sesuatu  senang untuk dibuang, jadi saya berusaha menjauhkan diri darinya untuk mengelak daripada saya mengambilnya semula.” Seakan-akan ada panah menusuk di hati.

Dosa.

Pabila hati sudah tidak berusaha memeranginya, tak mustahil akan kita ulangi lagi untuk kesekian kalinya. Saya analogikan dosa dengan ketagihan. Konsep yang sama, bila kita didekati tak mustahil untukk ita mengulanginya.

[kredit]


Tapi manusia tidak terlepas dari membuat dosa. Sudah menjadi sifat manusia untuk jadi pelupa. Jika tidak mana mungkin adanya konsep penyucian jiwa andai manusia bebas dari dosa. Persoalannya adakah kita ingin terus hanyut dengan dosa? Mampukah kita mencapai ketenangan andai diri sarat dengan dosa? Di mana letaknya keberkatan dalam hidup kita?

Berubah dan meninggalkannya atau terus tetap di situ?

Kita mungkin ditipu dengan ‘indahnya’ nikmat melakukan dosa, hati dan aqal bertingkah. Kadang-kala kita memenangkan yang batil daripada yang haqnya. Berubah bukan senang, tapi tidak juga mustahil. Bukan kerana kita tak mampu, tapi kerana kita tak mahu. Bukan tak sedar, tapi takut akan kehilangan kepentingan yang tak kekal. Melainkan kita memang tidak mengetahuinya.

Dosa tak memerlukan sesuatu yang besar untuk digelar dosa. Tidak perlu untuk kita membunuh barulah dipanggil dosa, tidak perlu kita merompak baru dipanggil dosa, terlalu banyak contohnya. Sebarang tindakan menderhakai Pencipta Alam ini didefinisikan sebagai dosa. Contohnya meninggalkan solat, puasa, tak menutup aurat, membuang masa, perhubungan lawan jenis yang tak bermanafaat dan sebagainya.

Dosa, bila hati melaziminya maka parahlah keputusannya. Nauzubillah. Moga diri kita tidak tergolong dalam golongan ini. Mungkin menghindari dosa tidak semudah yang dikhabarkan (memang benar bukan semudah itu) tapi, kita wajib berusaha menghalang diri kita dari mendekatinya. Saya juga melalui perkara yang sama. 

Saban hari ada palitan noda hitam di hati. Astaghfirullah.

Tapi sahabatku, usah putus asa.

Katakanlah: wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Penampun, lagi Maha Mengasihani [az-zumar: 53].

Masih belum terlambat untuk kita membasuh hati kita dengan taubat. Masih belum terlambat untuk kita berusaha menjauhinya. Buktikan hati kita masih lembut untuk kembali ke jalan yang benar. Benar hidayah itu milikNya, tapi kita perlu berusaha mencarinya bukan hanya menunggu diberikan hidayah olehNya.

Katakan anda mampu lakukannya ^.^

Perkongsian berkenaan mengindari dosa Insha’Allah  akan saya bawakan dalam artikel seterusnya. 

Allahua’lam. Semoga bermanafaat.

Friday, 30 September 2011

Baik :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Jadi baik oh jadi baik.

“saya nak jadi budak baik. ” saya terbaca ayat ni lebih kurang setahun lepas,ayat yang kawan saya tulis. Masa tu saya tertanya-tanya sendirian kenapa, kawan saya ni tak cukup baik ke? Tengok orangnya bukan dalam kategori nakal. Saya salin balik ayat dia, tak tahu kenapa saya salin semula.Tapi saya diamkan saja pertanyaan tu, biarkan bermain-main dalam benak sendiri.



Kita biasa dipuji dengan perkataan baik, contohnya  “ala, awak kan baik.” Ditakdirkan Allah, saya jumpa lagi ayat “saya nak jadi orang baik”. Ok. Jumpa dalam novel milik adik saya.  Novel Hlovate tajuknya Versus.

Jadi baik tu macam mana?

Kita tahu, kita nak jadi baik. Setakat ni tak pernah pulak jumpa orang yang nak jadi jahat. Tapi macam mana?

When you got stuck,get back to definition.” Pinjam ayat Dr Jesni sikit. Sangat mendalam makna ayat ni. praktikal dalam ruang lingkup kehidupan.

Jadi, kalau kita nak jadi baik, kita kena jugak tahu baik tu apa. Ciri-ciri dia macam mana. Sebab maknanya 
terlalu abstrak. Baik anda lain dari baik saya. Baik orang islam lain dari baik orang bukan islam. Baik bila kita ikut apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Tu apa yang saya dapat daripada buku tu. Tak ada apa yang lebih baik dari buat yang Allah suruh dan tinggal yang Allah larang.


Kalau kita berkawan, kita tahu macam mana kawan kita kan? Kalau contohnya kita nak jadi ahli matematik, mesti kita kena tahu ciri-ciri dia kan? Kalau nak jadi pensyarah, penyelidik, cikgu, kita memang kena tahu tentang perkara-perkara tu. Sebab bila kita kenal baru kita tahu kan?.

Tak semestinya bila kita pakai tudung, kita dah cukup baik. Tak semestinya kita solat kita dah cukup baik. Tak semestinya bila kita tak mencuri harta orang lain kita baik. Tak semestinya bila kita senyap kita baik. Sebab baik  kita tak dapat nak ukur, baik yang nampak di mata tapi bila orang tu ikhlas buat baik, baik tu akan menyentuh mesra hati kita. Tak semestinya yang baik pada kita tu baik pada orang lain.

Jadi, di situlah perlunya panduan kepada kita. Panduan yang Allah dah siapkan untuk kita. Panduan yang Rasulullah dah tinggalkan untuk kita. Panduan yang ulama formulasikan untuk kita. Segalanya dah tersedia. Cuma kita, terpulang pada kita untuk ambil atau untuk tidak mempedulikan panduan-panduan itu.

Betapa aman dan damainya kita apabila dikelilingi orang baik. Rasa selamat bila berada di sekitaran mereka. Itu pentingnya kawan-kawan yang baik, tapi bukan bermakna orang yang kita kata tak baik itu perlu kita tinggalkan. Sebab kita bukan nak jadi baik sorang-sorang. Kita nak ramai-ramai jadi baik. Jadi baik yang dalam erti kata yang sebenar.

Allahu a’lam.





Tuesday, 21 June 2011

Demam..demam berjangkit :D

Bismillahirrahmanirrahim, salam.

 Malam  semalam saya dan cik fatehah , roommate saya demam.  Demam berjangkit dengan si roommate. Bukan demam panas, tapi demam buat origami. Seronok buat benda ni, harapnya penerima-penerima bunga tu bahagia menerimanya. Buat origami ni simple tapi besar signifikannya pada saya.

ros merah 

Garis penamat vs. usaha ke garis penamat

Memandangkan kami tiada buku untuk dijadikan tempat rujukan, kami browse je web site yang ada. Jumpa banyak sangat cara, berbeza-beza caranya macam tu dan macam ni. Pilih je mana-mana yang berkenan, nak yang untuk beginner ke intermediate ke, advance level ke. Terlampau banyak. step dia pun boleh tahan panjang la jugak.

Cara untuk buat origami dah disediakan, ada yang bergambar dan yang beranimasi. Dah jadi tabiat saya agaknya tengok sepintas lalu je apa-apa yang ada depan mata. Sama jugak dengan instruction yang ditunjukkan. Sepintas lalu je tengok, tak de nak cuba faham, for 1st and maybe sampai 4th step ok lagi, tapi bila dah panjang-panjang tu, mula lah, sekadar tengok sepintas lalu macam tu je. Tahu nak cepat siap je.
Tengah semangat-semangat buat, tersekat pulak, panggil si roommate, mintak bantuan.

Bila tengok sepintas lalu, tanpa memberikan fokus terhadap subjek, mana mungkin misi akan bejaya. Yang pastinya, misi akan tergendala. Kalau berjaya pun ia bukan kejayaan sempurna.

Begitu juga hidup, bila kita tengok sepintas lalu je,  banyak aspek yang akan kita tinggalkan. Sepintas lalu, mustahil untuk kita capai segalanya dalam hidup. Tak mustahil , aspek yang ditinggalkan tu ialah aspek terpenting. 

“kamu terlalu pentingkan untuk dapatkan jawapan, tapi kamu tak risaukan cara yang kamu guna untuk dapatkan jawapan tu”. komen pensyarah matematik saya di matrik dulu. 

Ya, kami nak cepat siapkan kuiz kami, tapi kami kurang pedulikan penyelesaian kepada masalah matematik yang perlu kami selesaikan tu. ‘ Janji siap’ itu slogan yang diguna sejak sekian lama.

Kita nak sampai ke garis penamatnya, kita sangat tergesa-gesa untuk sampai. Tanpa kita melihat keadaan sekeliling. kita terlalu peduli untuk cepat sampai ke garis penamat, sampai kita lupa yang penting bukan cepatnya masa kita ambil untuk ke garis penamat, tapi usaha kita ke garis penamat itu. Bagaimana cara yang paling berkesan untuk ita sampai ke garis penamat tersebut.

Bukan masa yang kita ambil untuk sampai semata-mata. Apa strategi yang kita gunakan untuk sampai ke garisan itu. Mungkin saja kemenangan bukan milik kita, tapi yang penting kepuasan yang kita peroleh hasil usaha kita. Kemenangan bukan segalanya. Itu bagi saya.

Life is just full of surprise,kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada kita, tidak walaupun sesaat di hadapan.

Jangan mudah putus asa

Buat sesuatu yang kita jarang buat, semestinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi kalau anda adalah seorang yang tahan sabar, tiada masalah untuk anda saya kira. Percubaan pertama saya terkulat-kulat mengikut step yang ditunjukkan. Keadaan kertas, tak payah cerita, hampir saja terkoyak kertas yang digunakan. Bukan satu, bukan dua tapi lebih daripada itu. Saiznya pelbagai.  Percubaan pertama gagal, entah berapa kali cubaan baru nampak hasilnya tapi belum lagi diperindah hasil tersebut.

pelbagai warna, saiz dan bentuk

Sunnatullah, siapa yang berusaha dia akan berjaya. Mungkin bukan pada percubaan pertamanya, mungkin juga bukan untuk kali kedua, mungkin kali kesepuluh. Siapa tahu kan? Kita mungkin keletihan, tak mengapa untuk kita berehat seketika. Kita recharge tenaga kita, ayuh bangkit! Perjalanan masih jauh.

Be creative, berani untuk mengubah

Ada orang memang tak suka ikut arahan, langsung tidak mahu tunduk pada arahan sesiapa.  Ada orang terlalu suka mengikut arahan sampai hilang kemampuan  untuk  buat keputusan sendiri. Ada orang  tu fleksible, ikut arahan dan boleh mencadangkan yang lebih baik apabila dirasakan perlu.Kita bukan robot. Kita tak diprogramkan untuk ikut saja atur cara yang diberi. Kalau arahannya begitu, tidak ada salahnya kalau kita mengubah selagi ianya masih tidak melanggar syariat yang ditetapkan dan caranya juga perlu berhikmah.


ros hijau permintaan kak ammar

Semasa menyiapkan origami ni tak semestinya, apa yang ditunjuk oleh instructor itu perlu kita ikut seratus peratus. Kadang-kala kita kena sesuaikan dengan keadaan kita, mungkin caranya terlalu rumit untuk kita ikut sampai tension untuk  benda-benda yang sepatutnya memberikan kepuasan untuk kita. So, be creative and beranilah untuk mengubah. Kita takkan rugi kalau kita berekperimen. Bahkan menguntungkan kita, sebab kita akan tahu apa hasilnya kalau kita buat begini dan begitu.

Semangat berpasukan

“untung jugak kalau dapat roommate yang sama minat ea” tu komen atikah.

Kes origami ni, saya berjangkit dengan fatehah, macam menarik je, apa lagi. Mulakan projek!. Kalau saya tersangkut kat mana-mana step, fatehah jadi mangsa. Kertas kejap dengan saya, kejap dengan dia, selagi saya tak faham, selagi tu lah hidup dia takkan aman :D. sabar je melayan saya ya kamu. terima kasih ye fatehah.
hasil kerjasama - daun roommate yang punya
Bila ada sokongan, kita takkan mudah nak rasa lemah sebab kita tahu, kita tak keseorangan. Kita ada cinta hati kita di sekeliling kita, yang penting kita ada Allah bersama kita.

Sungguh, saya sangat bertuah dapat roommate seperti roommate saya ni. Fatehah, Kak Rawai, Pa’in and not to forget, Huna. Ada saja mereka untuk menyokong. Bertuah ada kawan-kawan yang baik hati. Sayang korang sangat.

Konklusinya

Banyak ibrah yang kita boleh ambil walaupun kita hanya buat benda yang simple,mudah dan menyeronokkan. Cuma kita perlu menyelami apa yang berlaku. Banyak cara untuk Allah didik jiwa kita, untuk kita bukakan mata kita melihat KeagunganNya. Untuk kita bukakan minda  dan mata hati kita melihat kehidupan ini. Sekian.


credit to cik fatehah untuk gambar-gambar ni

Saturday, 14 May 2011

Kekuatan Ruh Optimis dan Positif

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum.

perkongsian dari seorang ustaz mungkin ringkas dan mudah tajuknya, tapi padat isinya. penyampaiannya begitu dekat di hati. Allahamdulillah, jadi saya kongsikan bersama penyampaian beliau.

Mengikut pandangan Islam, manusia itu pada asasnya adalah :
1.     Makhluk suci.
2.     Dilahirkan dalam keadaan suci.
3.     Mampu kembali lagi kepada kesuciannya.

Pandangan tersebut merupakan pandangan yang sangat positif dan optimis tentang manusia.
Di dalam Al Qur’an, Allah swt menyebut manusia sebagai makhluk yang paling baik atau paling sempurna.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (QS At-Tin : 4) 

Islam juga mengakui bahwa manusia adalah makhluk yang diberikan kemuliaan.

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan.” (QS Al Isra’ : 70)

Salah satu contoh aplikasi pandangan positif dan optimis Islam tentang manusia adalah penyebutan hati (qalbu) dengan istilah ‘nurani’ .

Perkataan ini berasal dari kata ‘nuur’ yang ertinya cahaya. Jadi, ‘nurani’  bererti memiliki sifat cahaya. Oleh yang demikian, ketika kita menyebut ‘hati nurani’ sesungguhnya terkandung maksud bahwa hati kita itu memiliki kemampuan untuk ‘memberi cahaya’ atau ‘menerangi’ jalan hidup kita.  

Oleh kerana itulah Rasulullah saw, ketika ditanya seseorang tentang cara untuk membezakan mana perbuatan yang baik dan mana perbuatan yang buruk, baginda menjawab ;
“Tanyalah kepada hatimu!”

Dari jawaban Rasulullah saw tersebut (bahwa hati kita memiliki kemampuan untuk menerangi jalan hidup kita), ulama’ tasauf sering menyebut hati sebagai “ad-diin” (agama). Maksudnya, agama yang ditanam di dalam diri manusia dan sangat bersesuaian dengan agama yang diturunkan dari langit iaitu‘Al Islam’.

Sunday, 3 April 2011

Mengintai Langit

Bismillahirrahmanirrahim..


mengintai langit

Pernah kita terfikir bagaimana pengakhiran kita? Adakah nanti kita mendapat pengakhiran yang baik atau sebaliknya. Dan bagaimana pula usaha kita menuju ke pengakhiran. Mana mungkin manusia menginginkan pengakhiran yang tidak  baik. Mustahil kita mahukannya.
Kita bercakap tentang mati. Adakah kita mendalami dengan sewajarnya kejadian itu? Ataupun hanya berlalu di tepi telinga  kita sahaja. Ramai yang takut mati, mungkin kerana tidak mahu meninggalkan nikmat duniawi yang sementara ini. Ramai yang bertanggapan, mati itu hanya untuk orang tua sahaja. Orang muda takkan mati. Jadi, untuk berbuat kebajikan pun, “tunggulah aku tua sikit”. Itu biasa kita dengar. Tapi hakikatnya mati tidak mengenal siapa anda, tidak mengenal berapa usia anda, tidak mengenal status kewangan anda. Mati boleh datang bila-bila masa. Tanpa kita undang.
Bertuahnya seseorang itu andai disebut tentang mati, hatinya terus insaf. Hebat bukan? “aywah!” bak kata ustaz saya semasa di pusat asasi dulu.Mati menjadi motivasi untuk menggapai kejayaan, menjadi booster untuk berbuat kebajikan. Sungguh, kenikmatan dunia ini, sukar untuk kita tinggalkan. Begitu lazat untuk kita lepaskan. Iyalah, sifatnya manusia suka akan kesenangan.
Mati hanya sementara. Barzakh adalah persinggahan sebelum kita dibangkitkan kelak. Kita akan dibangkitkan semula selepas mati untuk berada pada hari di mana semua amalan kita dihitung. Bagaimana perbuatan kita sepanjang usia kita, adakah kita sudah menggunakan usia yang dipinjamkanNya dengan sebetul-betulnya? . bagaimana hidup kita? Sepanjang 20 tahun lebih kita hidup di dunia ini. Dosa atau pahala yang lebih banyak. Wallahu a’lam. Allah saja yang mengetahuinya.
Hidup kita tidak hanya berkisarkan kegembiraan semata. Kesedihan dan ujian yang mendatang turut mewarnai hidup kita. Yang membentuk graf kehidupan kita, naik atau turun atau mungkin mendatar. Hidup yang bermakna bukan didasarkan pada pencapaian material kita ataupun selama mana kita hidup tapi pada bagaimana kita memanafaatkan kehidupan kita.
                Kita mahu pertemuan kita denganNya sebagai pertemuan terbaik. Pertemuan seorang hamba dengan Tuannya. Kita ingin persembahkan persembahan terbaik untuk Dia, hanya untuk Dia. Semoga hati-hati kita kekal padaNya. Semoga kita menjadi hambanya yang baik bahkan yang terbaik. Mari kita tunaikan hakNya.=) 

Friday, 25 March 2011

Mode :: Final

bismillahirrahmanirrahim,


Demam exam dah bermula, final exam mula minggu depan, dan sememangnya, masih banyak yang perlu dicover. tapi takpe, insyaAllah, dalam progress untuk revise semua yang perlu.



Exam vs rumah, bila dah dekat exam, perkara pertama yang diingat, bukan exam, tapi rumah, bukan rumah, tapi mak ayah. rindu sungguh. nak je cepat-cepat habis exam, dan terus balik.


Sebab apa rindu? sebab teringat, sebab apa teringat? sebab kita punya memori bersama mereka. bila dah lama-lama tak jumpa, membuak-buak rasa rindu tu.


Masa kecik-kecik dulu, tak faham pun. tapi bila dah besar ni, dua bulan tak jumpa pun dah teringat-ingat, tu dua bulan, tak sampai sebulan pun dah teringat. bila dah makin dewasa ni, kita belajar banyak benda, dan antaranya ialah belajar untuk menghargai mereka yang berada di sekeliling kita. tak kesahlah mak ayah ke, kawan, cikgu-cikgu ke, sesiapa saja yang berada di sekeliling kita. kita perhatikan mereka, tingkah laku mereka, percakapan, dan segalanya tentang mereka.


Mak ayah contohnya, semakin kita dewasa, kita semakin memahami tindakan mereka, penat lelah mereka. penat lelah mereka membesarkan kita, sungguh manis. baru sekarang menyedarinya. mak ayah memang sweet. cuba perhatikan mak ayah anda, sikit tak banyak pun,  anda akan bersetuju dengan saya. tapi mungkin pada interpretasi yang berbeza-beza untuk setiap orang.








Ada perasa kasih sayang yang hanya mereka sahaja boleh berikan. ya, sebab tempat mereka, takkan dapat diganti pun oleh sesiapa. sebab mereka kalau dalam bahasa matematiknya adalah unik. tak sama dengan orang lain. ramai yang mungkin malu nak melafazkan," i luv u mum"," luv u dad". termasuk yang menulis ni. sangat tak berkemahiran untuk berbuat demikian. tapi, mungkin kita boleh mencubanya, payah tapi tak mustahil. biar orang kata kita buang tabiat, untuk benda-benda baik macam ni, apa salahnya kalau buang tabiat pun, kan?


Atau pun let action takes the word. tapi kominikasi tak lisan tidaklah seefektif komunikasi lisan. dan itu pasti. tapi tak salah kalau kita mencuba, express your love, tapi hanya pada yang benar-benar layak je. =) bersyukur pada Allah sebab kita punya mereka dalam hidup kita. jadi, jom! kita sama-sama menghargai mereka di sekeliling kita.=D