Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Saturday, 6 April 2013

#Jaulah-Indonesia#finale

Bismillah.

Dah finale, padahal yang di depan cuma dua. tak mengapa, sengaja saya ringkaskan perjalanan hari ke 2,3 dan hari terakhir di sana. Tanah seberang.

Musafir mencari inspirasi masih diteruskan. Hari ke-3 kami ke Anchol, YAI dan ke Toko Buku Al-Ihtisom. perjalanan kami diselitkan dengan perkongsian berharga dari Pak Ade yang boleh saya  ringkaskan di sini yang mana keseimbangan memainkan peranan penting dalam dakwah dan juga kehidupan seharian kita. Kita perlu bijak mengawal keadaan dalam masa yang sama perlu mengetahui kekurangan dan juga kelebihan kita.


Anchol









YAI



Diizinkan Allah untuk kami teruskan perjalanan pada hari berikutnya ke Bandung. Bandar bunga (terjemahan ke bahasa Malaysia) diberi jolokannya mungkin kerana kecantikan wanita-wanita di sana mengikut salah satu sumber. Sempat meluangkan masa kurang lebih tiga jam di Pasar Baru sebelum meneruskan jelajah ukhuwah kami. Alhamdulillah sambutan yang luar biasa hanagtnya oleh sahabat-sahabat di Bandung. walau kami tak pernah berhubung apa lagi bersua muka.




Highway ke Bandung. Subhanallah



Adakalanya pluang terlebih dahulu datang sebelum kita bersedia- murobbi

ITB

POLBAN- kami ibarat Ansor dan kalian adalah Muhajirin- ust Lutfi




Hari terakhir kami di bumi penuh budaya ini, perjalanan pulang kami ke Malaysia. 5 hari yang dirasakan amat pendek, namun padat dengan isinya. pengalaman yang manis buat kami. Masih terlalu banyak yang ingin dikongsi mungkin bukan lagi pada entri ini.


Sampe ketemu lagi
makasih pak :)
Uhkwah itu walaupun hanya sebentar kita bersua tapi kemanisannya tetap kita rasai.  Ini susunannya Allah, mempertemukan kami, menautkan hati-hati kami melancarkan langkahan kami. Sungguh, kerna muslim itu bersaudara. Kami menyaksikannya. Pemusafiran kami mencari inspirasi.

Allahua'lam

Saturday, 30 March 2013

#Jaulah-Indonesia#2

Bismillah

Kembara diteruskan pada hari kedua, kali ini kembara bertemu dengan para belia, ke Sekolah Alam dan ke YAPIDH. semangat berkobar-kobar meneruskan perjalanan ditemani Pak Ade dan Pak Priono.

di sini, Be IUC ataupun Bekasi Islamic Youth Club, kami diberi pendedahan tentang kegiatan mereka. Nyata   mereka adalah pemuda-pemuda yang banyak memberikan sumbangan dalam membangunkan masyarakat islam di sana.

Sempat diberikan pencerahan tentang peranan pemuda dan keharusan untuk sentiasa siap berada di hadapan. Meletakkan pemudah osem sebagai contoh iaitu sahabat-sahabat, Sultan Muhammad Al-Fateh, Salehudin Al-Ayyubi dsb kita inginkan semangat mereka bukan saja mengalir dalam jasad kita bahkan menggerakkan kita dalam dakwah.

bersama teman-teman Be IUC


Seterusnya kami ke Bantar Gerbang melawat Sekolah Alam Tunas Mulia. Susah untuk digambarkan perasaan berada di sekolah tersebut. tak mustahil jika anda yang berkunjung mengalirkan air mata melihat mereka. Pagi mereka akan bersama-sama ibu bapa mereka bekerja dan petang mereka akan ke sekolah ini. Melihat keadaan sekolah yang sememangnya takkan kita jumpa di Malaysia tapi dengan pelajar dan guru-guru yang punya semangat dan motivasi luar biasa cukup untuk menundukkan hati.

Bukit di belakang sana adalah timbungan sampah dari pelbagai tempat di Indonesia,
pondok-pondok kecil itu tempatnya mereka tinggal bersama keluarga masing-masing.

Kita terlalu mewah dalam nikmat Allah. Mereka bak kata teman saya masih bisa senyum dalam kesusahan. Kesusahan bukan penghalang buat mereka. Semoga Allah permudahkan mereka menerima setiap pelajaran yang dipelajari.

"kak pusing ngak belajar matematik? saya pusing kak." Jannah

She's strugling. I know. Jauh lebih lagi daripada kita di Malaysia, lebih lagi dari adik hensem saya yang bakal ambik SPM tahun ni. tapi semangatnya? Kalau boleh saya nak stay kat sekolah tu sekejap lagi untuk ajar, tapi sayang agenda kami masih berbaki.

Rombongan bersama anak-anak dan staf Sekolah Alam

Sekolah Alam Tunas Mulia-

Perpustakaan kalau tak silap =D

Kumpulan kecil kami- kami juga punya mimpi

Destinasi terakhir kami di YAPIDH. Salah satu institusi pengajian islam yang menyediakan pendidikan tahfiz dari pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar dari segenap pelusuk Indonesia dan ada juga beberapa pelajar dari Singapura dan Malaysia. Menariknya tentang institusi ini, semua guru-gurunya wajib untuk mengikut halaqah. Yang mana sangat hebat bagi saya secara peribadi.

Potensi pelajar tidak dibiarkan berkubu begitu saja. Pelajar yang berpotensi akan terus digarap potensinya oleh pihak institusi tak kira potensi dari aspek sukan atau lain-lain.

...............................................
"syukur kita sepatutnya membuahkan amal."-Syida
"jangan lupakan Dia biar apapun situasi kita"-Pak Cik Zameran


-aku melihat potensi pada mereka, anak-anak Bantar Gerbang.
-aku juga melihat potensi bagi sesiapa saja yang ingin berubah.
-it's hard but it's not impossible. He's always there with us, even closer than our vein.

yabbi yassir ya Allah.

pic kredit to kak amal.

Thursday, 28 March 2013

#Jaulah-Indonesia#1


Bismillah.

Alhamdulillah, baru selesai berjaulah ke negeri seberang. Perjalanan yang luar biasa indahnya, yang padat dengan pengisiannya. Memang takkan habis dengan kata-kata tentang apa yang yang kami lalui sepanjang perjalanan 5 hari di Indonesia.

musafir mencari inspirasi


Rata-rata kami terinspirasi melihat kegigihan masyarakat di sana bekerja. Baik untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup mahupun dari segi dakwah mereka sendiri.

“mohon ambil yang baik-baik saja, yang tidak baik jangan diambil”- Pak Ade

Jika dilihat di tepi-tepi jalan, kita akan temui banyak penjual-penjual baik toko-toko  ataupun gerai bergerak (yang saya tak tahu namanya). Dengan keadaan jalan yang sentiasa jam, mereka tetap sabar menjalani kehidupan. Sememangnya jika kita bandingkan dengan keadaan di negara kita ini jauh bezanya.

Himmah(semangat) mereka sangat luar biasa. Pada hari pertama sempat bertemu dan mendapat pengisian dari  syuyukh- Pak Izzuddin.


dari kiri- Pak Bugi, Pak Izzuddin n Pak Cik Zameran


Tanggungjawab dakwah itu bukan saja terletak pada orang-orang tua. Melihat masa depan islam juga tanggungjawab orang-orang muda. Dan kita harus mengenali sahabat kita sehingga kita ini mampu untuk sama-sama memikul tanggungjawab dan sedia untuk menghadapi akibatnya. Masa depan Islam letaknya pada pemuda yang yakin dalam menegakkan Islam dan pasti Allah akan membantu hamba-hambaNya yang menegakkan Islam”- Pak Izzuddin

Usai makan tengah hari dan pencerahan, kami ke taman mini Indonesia dan sempat melawat dunia air tawar.

“Malaysia dan Indonesia sama saja kan.” Kerap kali diungkapkan kata-kata ini. Ya muslim itu bersaudara dari mana pun kita berasal dan di mana pun kita pergi.

Ke mana pun kita pergi, percayalah akan ada orang lain yang juga bersama kita. Dakwah kita bukan sedirian, kita punya teman.

Allahua'lam.

Monday, 31 December 2012

Penghujung yang tak berpenghujung


Bismillahirrahmanirrahim.

Malam tempoh hari, ketika dalam perjalanan menghadiri perjumpaan bersama akhawat sempat memanjangkan ta'aruf sesama kami.

Awak course ape? Medic eh?

Tergelak kecil. Medic and siti zaharah. Memang tak lah jawapannya.

Taklah kak, kite ambik math kawan ni biotech.

Oo, math. Susah tak?

Jujur dari dalam hati. Boleh tahan la kak, ade la juga sampai rasa nak pecah kepala (dan ini adalah hyperbola yang saya buat).

Akak tu sambung lagi.

Mesti orang yang minat je kan boleh ambik math ni. Ye la, kalau pharmacy ngan medic ni tak minat pun boleh terima lagi(maybe sebab kakak ni ambik pharmacy dan suaminya ambik medic).

Tak de nak minat sangat pun kak.phew.

Komen merobek hati. Tapi alhamdulillah, bila dah sampai tahap ni, Allah saja yang mengetahui apa yang kat dalam hati.

Saya survive mungkin berkat doa mak. Bukan tak pernah rasa hampir putus asa, bukan tak pernah sakit kepala sampai berminggu-minggu tapi "course yang berfikir ni sesuai sangat dengan saya" katanya. Dalam hati, saya aminkan saja doanya. sememangnya ini yang paling-paling saya perlukan.

This program is theoretical part of math. Name it, *statistical, financial,puremath etc. We'll cover the theoretical part of it. Mak tahu walaupun saya memang tak pernah cerita secara langsung padanya, mungkin spy mak dah cerita balik  keadaan saya selepas saya ceritakan padanya. Memang kamu yang mahu atau berkira-kita nak menceburkan diri dalam bidang ni mesti dan perlu bersedia mental dan fizikal. Heh.

Saya sendiri tak pernah mimpi dan langsung tak pernah terfikir, terlintas dan sebagainya untuk pilih program ni. Tapi segala-galanya berubah bila dapat tawaran asasi uiam. Dan kehidupan 4 tahun brgelumang dengan dunia that so called matematcian's world ni dah banyak melakar dan mewarnai hidup saya tak kiralah pahit atau manis, tawar pun ada.



^.^ saya setuju sangat [kredit]




Kalau boleh, saya tak nak hanya sekadar jadi mathematician biasa. Hidup kami bukan sekadar nak tengok simbol-simbol pelik dan teori yang macam-macam je. Tapi saya percaya program ni boleh bawa suatu yang berbeza bila islam tu diletakkan bersama. Bila Allah yang satu kita menifestasikan melaui program ni.

Pernah kami tanya pensyarah kami peri pentingnya kami mengambil tahu teori-teori matematik termasuk juga tahu bagaimana untuk membuktikan teori tersebut, katanya " you might not be able to use it, frankly there's no application on this theorem. But, it'll generate your critical thinking."

Kecewa.

Sekali fikir, memang saya kecewa dengar part "there's no application for this theorem" tapi bila difikirkan kembali, "it'll generate ur critical thinking", part ni dah grab kekecewaan tu pergi. Kenapa? Sebab kita, orang islam memang perlu berfikir secara kritikal. Dengan keadaan sekarang yang boleh dikatakan 'spoon feeding' macam mana kita nak hasilkan umat yang berkualiti.

Macam mana, macam mana,dan macam mana kita nak hasilkan umat yang berfikir, yang boleh merangka yang bukan hanya menunggu jika fikirannya hanya statik. Dan mungkin juga kita-kita ini kurang dari segi rasa ingin tahu. Allahu a'lam.

regardless who we're [kredit]



It's not just by taking math that you'll become a great muslim, whatever program that you choose, you should make it worth. Ambiklah mana-mana program sekalipun, asalkan kita applykan islam padanya dan syurga Allah itu motivasi utama kita, insyaallah, allah akan bantu kita.

*bergantung pada pilihan

P/s: entry ni 'macam' bias kan? Eh. But, what to do since i'm the one who's taking math. Takkan boleh nak bercerita tentang program lain dengan sepenuh perasaan.tak gitu? ^.^

Last day of 2012, few days to go before my final exam. Rasa baru semalam sitting dengan circlemates bercerita tentang azam 2012, tapi dah hampir setahun berlalu. Walauapapun, bittaufiq wannajah, untuk kamu yang sedang berperang. Moga Allah pelihara iman kita dalam kesibukan sementara ni. Insyaallah. Amin.  

Monday, 15 October 2012

Doa


bismillahirrahmanirrahim.


Sebahagian daripada petikan kata-kata ibn qayyim,

 “sesungguhnya di dalam hati, terdapat sebuah koyakan yang tak bias dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Di dalamnya juga terdapat keterasingan yang tak mampu diubati melainkan bersendiri bersama Allah.

Ada juga kesedihan yang tak mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengannya. Juga terdapat sebuah kegelisahan yang tak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan gelisah itu menuju Allah.

Ada juga gelojak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan  akan perintah,larangan, dan keputusan Allah yang mana diiringi dengan keabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengannya.

Dalam hati jua terdapat tuntutan kuat yang tak akan berhenti sebelum Allah menjadi satu-satunya tujuan. Di dalamnya un ada kebutuhan yang tak akan terpenuh kecuali dengan kecintaan kepada Allah, ingatan terus-menerus padanya serta keikhlasan penuh padanya. Bahkan jika diberikan seisi dunia pada hati ini, kebutuhan tersebut tetap tidak terpenuh andai tanpa menghadap penuh pada Rabb”

kita hambaNya yang kerdil[doodle dakwah ]


Semuanya terubat andai hati-hati ini dihadapkan kepada Allah. Kerana hanya Dia yang mampu mengubat segala ketidaksenangan yang muncul didalam hati kita. Dengan  berdoa hati-hati ini mampu dibawa  menghadapnya.

Alangkah bertuahnya bilamana kita mampu mengarahkan pandangan, menadah tangan dan menggerakkan bibir  kepada yang Maha Pengasih. Ini tandanya dalam hati kita kita mengiakan bahawa kita sememangnya perlukannya.

Hakikat manusia, kita ini fakir di hadapanNya. Fakir tanpa mengira status social,akademik dan sebagainya. Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung dan dia suka hambanya meminta padanya.berdoalah, pasti dia akan perkenankan doa kita.

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. (surah mukmin:60)

Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang menyombong diri yaitu golongan yang tidak mahu berdoa pada Allah. there's nothing to lose if we pray to Allah, tambah lagi Allah suka mendengar rayuan hambaNya. jadi apa lagi yang kita tunggu, Jom berdoa ^^ 

Allahua'lam.


Tuesday, 22 May 2012

Beautiful reminders for you and me =)

Assalamualaikum.

Dakwah + Grafik = Menarik

Menarik untuk dipandang maksud saya selain dapat menjadi medium untuk menarik lebih ramai orang (tapi depends juga pada individu). Tapi yang penting, grafiknya mematuhi syariat yang dah Allah tetapkan sama ada dari segi perkataannya (tidak bercanggah dengan akidah umat islam) atau ilustrasi watak di dalamnya (perlu menutup aurat).

Seharusnya kita berhati-hati dan perlu bijak memilih mana-mana grafik sekalipun.

Secara peribadinya, itu rumus yang boleh saya buat. Psikologi manusia yang kadang-kadang tak mahu membaca tulisan yang panjang,  jadi inilah solusinya. Pendek dan ringkas tapi padat.

Syabas :)



REPAIR 
 


Apabila kamu teringatkan seseorang

perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR..

apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari
perbanyaklah SALAWAT..

apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang
perbanyaklah SOLAT DHUHA..

apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati
perbanyaklah TAHAJUD..

dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan
hendaklah kamu senantiasa berada dalam keadaan berwudhu..


[sumber fb]

IKHTILAT 


Keadaan sebegini banyak sangat, sangat banyak berlaku. =.='
Jadi, tak salah kalau kita sama-sama berubah dan mula meninggalkan perbuatan sebegini.

Kita sama-sama usaha jadi orang yang Allah redho. amin, InsyaAllah.

SUMBER : https://www.facebook.com/iqra.utm

p/s: Dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang. Ingat Allah dalam susah atau senang and have faith that He is always close to us. InsyaAllah.

Monday, 7 May 2012

Noda Hitam di Hati


Assalamualaikum.

............................................................

“Saya sudah berhenti merokok sejak beberapa minggu, seperti yang kita tahu, ketagihan bukanlah sesuatu  senang untuk dibuang, jadi saya berusaha menjauhkan diri darinya untuk mengelak daripada saya mengambilnya semula.”

Quote dari iklan radio yang saya dengar dalam perjalanan ke kelas. Amat terkesan dengan “ ketagihan bukanlah sesuatu  senang untuk dibuang, jadi saya berusaha menjauhkan diri darinya untuk mengelak daripada saya mengambilnya semula.” Seakan-akan ada panah menusuk di hati.

Dosa.

Pabila hati sudah tidak berusaha memeranginya, tak mustahil akan kita ulangi lagi untuk kesekian kalinya. Saya analogikan dosa dengan ketagihan. Konsep yang sama, bila kita didekati tak mustahil untukk ita mengulanginya.

[kredit]


Tapi manusia tidak terlepas dari membuat dosa. Sudah menjadi sifat manusia untuk jadi pelupa. Jika tidak mana mungkin adanya konsep penyucian jiwa andai manusia bebas dari dosa. Persoalannya adakah kita ingin terus hanyut dengan dosa? Mampukah kita mencapai ketenangan andai diri sarat dengan dosa? Di mana letaknya keberkatan dalam hidup kita?

Berubah dan meninggalkannya atau terus tetap di situ?

Kita mungkin ditipu dengan ‘indahnya’ nikmat melakukan dosa, hati dan aqal bertingkah. Kadang-kala kita memenangkan yang batil daripada yang haqnya. Berubah bukan senang, tapi tidak juga mustahil. Bukan kerana kita tak mampu, tapi kerana kita tak mahu. Bukan tak sedar, tapi takut akan kehilangan kepentingan yang tak kekal. Melainkan kita memang tidak mengetahuinya.

Dosa tak memerlukan sesuatu yang besar untuk digelar dosa. Tidak perlu untuk kita membunuh barulah dipanggil dosa, tidak perlu kita merompak baru dipanggil dosa, terlalu banyak contohnya. Sebarang tindakan menderhakai Pencipta Alam ini didefinisikan sebagai dosa. Contohnya meninggalkan solat, puasa, tak menutup aurat, membuang masa, perhubungan lawan jenis yang tak bermanafaat dan sebagainya.

Dosa, bila hati melaziminya maka parahlah keputusannya. Nauzubillah. Moga diri kita tidak tergolong dalam golongan ini. Mungkin menghindari dosa tidak semudah yang dikhabarkan (memang benar bukan semudah itu) tapi, kita wajib berusaha menghalang diri kita dari mendekatinya. Saya juga melalui perkara yang sama. 

Saban hari ada palitan noda hitam di hati. Astaghfirullah.

Tapi sahabatku, usah putus asa.

Katakanlah: wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Penampun, lagi Maha Mengasihani [az-zumar: 53].

Masih belum terlambat untuk kita membasuh hati kita dengan taubat. Masih belum terlambat untuk kita berusaha menjauhinya. Buktikan hati kita masih lembut untuk kembali ke jalan yang benar. Benar hidayah itu milikNya, tapi kita perlu berusaha mencarinya bukan hanya menunggu diberikan hidayah olehNya.

Katakan anda mampu lakukannya ^.^

Perkongsian berkenaan mengindari dosa Insha’Allah  akan saya bawakan dalam artikel seterusnya. 

Allahua’lam. Semoga bermanafaat.

Saturday, 17 March 2012

Sesuci Ikatan

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, selamat pulang daripada jaulah ke Johor. Menghadiri walimah Kak Aliya dan Akh Saifudin. Berkonvoi dari Uiam Kuantan menuju ke Skudai bersama akhwat tercinta. Dah lama teringin nak menghadiri walimah rakan, Alhamdulillah Dia permudahkan juga.

Penyatuan dua keluarga. Pembinaan baitul muslim, selangkah maju Kak Aliya dan suami menapak. Moga kekal hingga ke syurga. Penyatuan ini memerlukan matlamat yang jelas. Bukan setakat bersatunya dua insan dan majlisnya sahaja, tapi lebih daripada itu.

Penyatuan yang memerlukan persedian yang teliti. Sebelum dan selepas.

Pengantin Baru kita :) [kredit to kak sayang for the pic]

Bak kata Puan Zaini,  ‘takat kursus kawin aja belum cukup.’

Sebab keluarga bukan benda kecik yang boleh kita main-main. Bukan umat islam yang hanya pada namanya ingin kita hasilkan. Tapi umat islam yang benar-benar faham dan mempraktikkan ajaran islam yang mulia itu sendiri yang kita mahukan.

Seringkali saya kagum melihat pasangan-pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mampu bersama hingga berpuluh-puluh tahun. Hubungan mereka tetap erat, bergurau senda, si suami menghantar si istri ke tempat yang ingin di tuju, si istri menjahit baju raya untuk dipakai oleh suaminya. Sungguh, mereka bahagia. Mungkin ketiadaan itu yang mengingatkan mereka, ‘aku masih di sisi kamu.’ Mungkin. Tapi, ayat itu hanya spekulasi je ^-^Tersenyum sendiri melihat pasangan yang sudah agak veteran tapi masih mengusik mesra antara satu sama lain.

Tapi yang seharusnya kita tahu, memburu cintaNya adalah cinta yang paling utama. Kerana cintaNya sahaja yang kekal abadi. Menyayangi makhlukNya bukan bermakna kita mengenetepikan cintaNya. Tapi sebaliknya membuatkan cinta kita padaNya lebih mendalam kerana Dia telah mengurniakan mereka.

Cinta yang dilandaskan pada landasanNya, insyaAllah Dia akan permudahkannya. Cuma perlu berhati-hati dalam mengatakan ‘cinta pada landasanNya’ kerana kalimah ini risau tinggal sebagai hanya pemanis bibir. Biar yang haq (benar) itu tetap haq dan yang batil itu kita buang. Kalimah ‘islami’ tidak perlu bersekongkol dengan kalimah-kalimah yang kurang enak didengar.

Cukup saja setakat ini buat kali ini. Moga-moga, kita ini dikurniakan orang-orang yang mencintaiNya dan moga kita ini juga mencintaiNya. insyaAllah.

Allahua’lam.

Thursday, 8 March 2012

Mengimbas Sejenak Keadaan di Syria

assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan izinNya, isnin lepas telah diadakan sesi penerangan tentang Syria oleh Ustaz Ali bin Nayef Al Shahood pensyarah UMP. Sukalah kiranya untuk saya kongsikan penerangan tersebut.  penenrangan tersebut dibahagikan kepada sembilan bahagian penting.

Berjuang, Berjuang dan terus berjuang [kredit]



1.       Kelebihan syam

Damsyik ialah ibu kota bagi Negara Syria. Yang dahulunya terkenal dengan nama ‘negeri syam’. Dimana negeri syam ini adalah pada hakikatnya meliputi 4 buah Negara. Iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Tetapi telah melalui proses pemecahan dan pengasingan sempadan oleh kerajaan kafir eropah suatu ketika dahulu.

a.        Disebut di dalam al-quran dalam surah al-anbiya:71
b.       Pernah tersebut di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang mendoakan keberkatan negeri syam. Maksud sebuah hadis: Rasulullah s.a.w berdoa:  ”Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. 
c.       Selain itu di dalam Al-quran juga membuktikan bahawa negeri syam ialah kawasan yang diberkati oleh Allah. Maksud dari surah al-isra’ ayat 1: “Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. Maksud ‘sekelilingnya’ yang terdapat di dalam ayat ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai bumi syam. Selain dari hadis dan ayat al-quran ini, masih banyak hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan negeri syam dan damsyik.

2.       Sebab berlakunya revolusi (baru)


Punca kebangkitan adalah : ada sekumpulan kunkanak-kanak dalam lingkungan 28 orang bermain-main dan menulis sesuatu di dinding sekolah mereka iaitu

"Rakyat mahu jatuhkan kerajaan"

Pasukan keselamatan syria telah mengangkap kanak-kanak ini dan mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. salah seorang daripada kana-kanak tersebut telah meninggal dunia dan keluarganya memunta kakan-kanak itu dan kawan-kawannya yang lain dilepaskan.

Kerajaan telah meletakkan syarat di mana mereka perlu memberi wanita-wanita dari kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan syria ini, maka bermulalah kebangkitan rakyat.

3.       Sebab berlakunya revolusi (Hafez al Assad)

a.        Penyerahan Bukit Golan kepada yahudi dan selama 43 tahun penyerahannya, tiada sebutir peluru pun terkena pada yahudi
b.       Pembuangan general dan askar yang mempunyai fikrah islamiyah
c.        Mengubah pelembagaan Negara :- islam dibuang dari menjadi agama rasmi Negara
d.       Sistem pembelajaran berbentuk secular
e.       Pengeluaran filem iklan yang berbaur kemaksiatan (untuk merosakkan rakyat)

4.       Sebab berlakunya revolusi (Basyar al Assad)

a.        Memegang tampuk kepimpinan tentera
b.       Memperbanyakkan kemungkaran spt tempat aksiat dan kedai arak
c.        Banyak menabur janji manis yang tidak dilaksanakan
d.       Mengaharamkan pemakaian niqab
e.       Rasuah berleluasa
f.         Robohkan rumah rakyat sendiri
g.        Menghasilkan tentera yang sanggup mati untuknya

5.       Sebab berlakunya revolusi (pengaruh asing)

Rentetan revolusi Negara islam lain seperti tunisia dan lubnan yang tersebar luas di media,rakyat Syria merasakan mereka juga mampu berbuat demikian.

6.       Reaksi terhadap rakyat

a.        Rakyat sengaja dibunuh
b.       Rumah rakyat dirobohkan
c.        Masjid dirobohkan atau ditukar menjadi tempat maksiat
d.       Haling bantuan dari luar untuk sampai kepada rakyat

7.       Tindak balas rakyat pada sistem

Walau bagaimana perit sekali pun keadaan mereka, mereka terus tsabat pada jalan ini.

8.       Kemenangan yang dijanji

Janji Allah yang kemenangan adalah milik orang-orang yang berjuang pada jalanNya mendorong mereka untuk meneruskan perjuangan mereka.

9.       Apa yang boleh kita sumbangkan pada mereka

a.        Sumbangan dari segi material seperti duit, pakaian, makanan dan sebagainya.
b.       Doa semoga mereka akan terus tsabat pada perjuangan mereka.
c.        Sebagai penuntut seharusnya kita mengambil tahu keadaan sebenar di sana dan cuba menyampaikan pada sahabat-sahabat kita yang lain.


Allahua’lam. Semoga bermanafaat. Hidup yang hanya sementara ini, ayuh kita maknakannya. Katakan "aku peduli akan saudaraku."

Sumber
Ustaz ali
Ikram.org

Tuesday, 27 December 2011

M.A.A.F

salam 'alaik..


Lumrah kehidupan. Akan ada hati yang terluka. Kita hanya mampu berusaha sebaik mungkin untuk menjaga hati semua pihak, termasuk hati kita. Tapi ada kalanya, mungkin perasaan sendiri terpaksa dikorbankan untuk yang lain dek kerana ingin menjaga hubungan dari terus menjadi teruk. Walaupun hati meronta keras tidak puas hati. Untuk hati yang pernah disakiti, tahniah kerana berjaya mengharungi kesakitan itu. Untuk hati yang sering menyakiti, berpadalah. Hati itu mungkin akan menyakiti dirinya sendiri.

Terlalu banyak perkara yang kita lalui dalam hidup, dan setiap perkara itu sedar atau tidak mendewasakan kita.  Ya, hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian yang mungkin tidak dapat kita rungkaikan pada ketika ini dan mungin tiada logiknya pada asas pemikiran kita. Tapi Dia punya perancangan yang terbaik untuk kita. Kita bertuah punya kitab petunjuk untuk kita jadikan panduan. Saat hati butuhkan ketenangan ada ayat-ayat cinta dari Dia.

“ tetapi barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sungguh demikian termasuk dalam perbuatan yang mulia” (QS asy-syura:43)

Siapa tidak mahu jadi mulia? Saya percaya, takkan ada pembaca yang mengangkat tangan bersetuju dengan persoalan saya tadi. Demikian Allah memujuk kita supaya bersabar dan memaafkan. Supaya kita tergolong dalam kalangan mereka yang punya perwatakan mulia. Subhanallah.

Ada kalanya dalam tak sedar, ada hati yang terluka. Kita bukan manusia sempurna. Kita manusia, yang ada kurangnya. Ada kalanya ego menguasai, masing-masing tak mahu mengalah. Masing-masing sudah penat mengalah katanya. “asyik-asyik saya je yang nak kena mengalah. Penat lah, sampai bila saya nak kena mengalah.” Kadang-kadang sebab perkara remeh orang berkelahi, sebab penat. ^_^

Saya tak tahu, tapi buat orang susah hati atau sakit hati memang sangat tak best. Serius. Sungguh tak best. Semacam hati sendiri pula yang disakiti. Sebab itu seboleh-bolehnya, saya cuba tak  sedaya upaya untuk tak sakitkan hati orang walaupun banyak kali saya gagal dan tergolong dalam golongan perenggan di atas. Ada kala, saya lupa, saya tak patut harapkan yang lebih daripada orang lain andai saya sendiri tak mampu nak berikan itu pada mereka.

“Kita tak boleh nak ubah orang, tapi kita boleh ubah diri kita.” Kata-kata hikmat daripada kak rawai saya.

Terkedu lepas dengar. Betul. Saya sokong.

 Mungkin sebab terlalu mengharapkan insan-insan yang ideal di sisi. Kita boleh ubah diri kita, jika kita mahu atau terus menerus menangkan ego kita. Dalam erti kata lain, seharusnya kita berpijak di bumi yang nyata. Jadi lebih realistik. Untuk berada di samping orang yang sudi buat baik pada kita sendiri merupakan rahmat daripadaNya.

Bersyukurlah kan?

Buat mereka yang saya dah banyak dan berulang kali sakiti, harap maafkan diri saya. Anda boleh lontarkan ketidakpuasan hati anda pada saya~ kena caranya, saya akan terima tanpa sikit pun keraguan. Kalau kurang kena caranya, saya kena tarik nafas panjang dan terima sikit demi sikit.

insyaAllah, semoga Dia permudahkan.

[kredit]


Kadang-kadang kita fokuskan sangat pada perkara yang tak masuk dengan jiwa kita, padahal dah terlalu banyak perkara yang masuk dengan jiwa kita yang kita tak ambil kisah pun. Sayalah tu. semoga kita semua, anda dan saya tergolong dalam golongan yang sabar dan memaafkan orang lain. Walaupun susah, tapi berbaloi. insyaAllah, amin..amin..amin..

Allahu a'lam. 

p/s: salam imtihan untuk sahabat-sahabat seangkatan uia dan mana-mana universiti lain yang bakal 
menempuhi peperiksaan akhir semester. bittaufiq wannajah.         

Sunday, 4 December 2011

Untuk Kamu, Bakal Ketua Bidadari Syurga

Untuk kamu, bakal ketua bidadari syurga.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.r.t.

Perbualan di talian lewat malam tadi seakan-akan terngiang di telinga.

“za, perlu ke orang baik tu semua pakai tudung labuh?” soal sahabat saya.

Berfikir sejenak, cuba menyusun sebaik-baik ayat. Walaupun sebenarnya agak terkejut dengan soalan yang sahabat saya utarakan.

“bagi aku, kita kena tengok balik definisi menutup aurat tu” saya memulakan.

“ya, menutup bahagian dada. Tapi memang kena eh, pakai labuh-labuh? Tak cukup ke kalau setakat tak selempang, tak buat rama-rama macam aku ni?” Beliau menyambung.

“boleh, sape kate tak boleh? Nak buat rama-rama ke, nak buat kupu-kupu ke. Tapi, itu minimum requirement dia. Syarat-syarat minima dia. Kalau kita pakai tudung lagi besar, seolah-olah kita mendapat extra protection kan? Tak rasa macam tu? ”

“huhu, tak boleh eh?”nada sayu.

Saya gelak.

“selagi menutup aurat, bukannya baik ke tidak tu letaknya pada tudung.”
……………………………………………………………………………

[credit]


Nak jadi baik bukan senang, itu hakikatnya. Nak memperoleh jannah, kita kena ada usaha yang luar biasa. 

Kita kena ada kekuatan yang luar biasa. Sebab, yang kita tuju tu bukan benda yang kecik, bukan tempat yang biasa-biasa, tapi tempat yang penuh dengan nikmat Allah. Tempat yang memang kita takkan dapat terbayang macam mana rupa dan keadaannya, keindahannya. Ia melepasi pemikiran kita. Subhanallah.

“aku kan, nak sangat jadi baik. Jeles tengok korang. Tapi aku tak kuat la. Stoking pun tak lekat kat kaki.”

Ye saudari. Kekuatan tu kita kena cari. Nak jadi baik tu satu proses, proses yang berpanjangan. Bukan makan masa sehari dua. Mungkin bertahun. Kita memang akan diuji bila nak buat benda baik, bila kita terarah kepada sesuatu yang baik. Musuh kita takkan senang-senang biarkan kita sampai ke destinasi kita. 

Jadi, semangat yang kental sangat diperlukan.

Bagaimana? Ini dia, teori-teori untuk diterjemahkan menjadi realiti.

Dengan mempunyai pandangan yang jelas untuk apa yang kita tuju

Al quran dan sunah nabi kita jadikan pegangan utama kita. Beruntung amat kita orang islam, ada dua perkara ni. Pemurahnya Dia, Penyayangnya Dia. Sebab dia Dia sediakan pada kita petunjuk yang memang tak dapat ditukar ganti dan dicari di mana-mana pelusuk dunia ni sekalipun. 

Dengan adanya mereka yang budiman  di sisi

Mereka yang budiman ini ialah mereka yang sudi tunjukkan kita jalan dan tarik kita bila kita dalam kegelapan. Mereka takkan senang-senang je nak tinggalkan kita di belakang. Sorang-sorang. Tak kiralah mereka yang budiman itu dari dalam kalangan kaum kerabat ataupun kenalan.  Mereka, walaupun jauh di mata tapi senantiasa dekat di hati. Harapnya kita juga tergolong dalam kalangan mereka yang budiman. Amin.

Dengan adanya persediaan (strategi)

Tentunya kita pelukan strategi yang rapi. Kita kena ada rancangan simpanan (back up plan). Perjalanan yang kita akan tempuhi ini munkin berliku-liku. Jadi, kita kena bersedia menghadapi sebarang situasi. Supaya nanti, kita tidak berpatah balik. Rugi kalau kita berpatah balik. Teruskan, teruskan.

Dengan adanya doa

Doa senjata mukmin kan? Jangan pernah berhenti berdoa. Doalah kat mana-mana sekalipun. Mintalah pada Dia, Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui setiap apa di dalam hati kita. Dan minta juga mereka yang budiman doakan kita,terutamanya ibu kita.. Mungkin doa mereka yang Allah kabulkan dahulu. 

Dengan adanya idola (role model). ^_^

Kata orang, dengan adanya contoh kita lagi senang nak terikut. Mungkin. Boleh jadi beliau yang anda lihat itu memberi kesan yang mendalam dalam hidup anda. Tak mustahil untuk terjadi. Tapi berhati-hati dalam memilih dan jangan lupa, beliau juga manusia biasa. Tak terlepas dari silap. Mana yang baik kita ambil, yang kurang kita usahakan untuk ingatkan diri supaya tidak terikut sama.

Dengan selalu bermuhasabah

Hidup kita, kadang-kala ada masanya yang seolah-olah kita tidak menyedari yang kita buat silap. Kita manusia. Itu normal. Setiap manusia memang takkan terlepas daripada kesalahan. Yang penting kita sedar dan kita ambil langkah untuk tidak kembali mengulanginya. Kita belajar dari kesalahan. Luangkan sedikit masa kita untuk kita bermuhasabah, untuk kita menganalisa perbuatan kita, hari kita. Mudah-mudahan, hari ini lebih baik daripada hari semalam. insyaAllah.

…………………

Saya yang menulis juga tidak terlepas dari dugaan ini. Sebab itu saya katakan nak jadi baik itu satu proses. Proses pembaikan diri. Apa lagi? Yuk! Mula melangkah.

Untuk saudari-saudari bakal ketua bidadari syurga, semoga Allah terus berikan kita kekuatan untuk menjadi solehah. Semoga Allah kuatkan langkahan kita menongkah cabaran. Semoga nanti kita kan bertemu di sana. Amin.