bismillah..
Sempat sembang lewat malam dengan seorang cik kak.
Allah uji awak sebab Dia yakin awak boleh hadapinya~
.....
Kita di uji itu biasa, bersyukur kita diuji. kita tak diuji, mungkin sepatutnya risau. tiada yang tiada hikmah di dunia ni. Allah Maha Mengetahui lebih, lebih jauh dari pengetahuan kita yang sekelumit ni.
tapi, bukan masalah kita diuji atau tidak. ia hanya bagaimana kita react dengan ujian yang ada atau ketiadaan ujian (yang juga satu ujian). so, get ourselves prepared!
......
~ sedang berdebar-debar untuk ke jaulah lusa. doakan rombongan kami selamat tiba dan pulang ke Malaysia. Rabbi yassir Ya Allah.
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Friday, 22 March 2013
Sunday, 17 March 2013
Seluas Hamparan
bismillah.
serius lama tak terisi blog ni. bila jalan-jalan tengok blog kawan-kawan cukup untuk membuatkan saya tersenyum. gembira untuk mereka yang masih gagah menulis saban hari.
well, hidup kita, kita jumpa ramai orang. kita kawan dengan macam-macam jenis orang perangainya, kesukaannya dan sebagainya. dan elemen asas dalam berhubungan tak kira hubungan dengan Allah tuhan kita atau bila berhubungan sesama manusia.
jadi, sama-sama kita lapangkan dada, jadi setenang dan serasional yang boleh semestinya. semoga kita tergolong dalam golongan-golongan yang sentiasa berlapang dada. amin.
serius lama tak terisi blog ni. bila jalan-jalan tengok blog kawan-kawan cukup untuk membuatkan saya tersenyum. gembira untuk mereka yang masih gagah menulis saban hari.
well, hidup kita, kita jumpa ramai orang. kita kawan dengan macam-macam jenis orang perangainya, kesukaannya dan sebagainya. dan elemen asas dalam berhubungan tak kira hubungan dengan Allah tuhan kita atau bila berhubungan sesama manusia.
![]() |
| buktikan! |
Monday, 15 October 2012
Doa
bismillahirrahmanirrahim.
Sebahagian daripada petikan kata-kata ibn qayyim,
“sesungguhnya di dalam
hati, terdapat sebuah koyakan yang tak bias dijahit kecuali dengan menghadap
penuh kepada Allah. Di dalamnya juga terdapat keterasingan yang tak mampu
diubati melainkan bersendiri bersama Allah.
Ada juga kesedihan yang tak mampu diseka kecuali dengan
kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengannya.
Juga terdapat sebuah kegelisahan yang tak mampu ditenangkan kecuali dengan
berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan gelisah itu menuju Allah.
Ada juga gelojak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali
oleh keredhaan akan perintah,larangan,
dan keputusan Allah yang mana diiringi dengan keabahan dan kesabaran sampai
tiba saat perjumpaan dengannya.
Dalam hati jua terdapat tuntutan kuat yang tak akan berhenti
sebelum Allah menjadi satu-satunya tujuan. Di dalamnya un ada kebutuhan yang
tak akan terpenuh kecuali dengan kecintaan kepada Allah, ingatan terus-menerus padanya
serta keikhlasan penuh padanya. Bahkan jika diberikan seisi dunia pada hati
ini, kebutuhan tersebut tetap tidak terpenuh andai tanpa menghadap penuh pada
Rabb”
![]() |
| kita hambaNya yang kerdil[doodle dakwah ] |
Semuanya terubat andai hati-hati ini dihadapkan kepada
Allah. Kerana hanya Dia yang mampu mengubat segala ketidaksenangan yang muncul
didalam hati kita. Dengan berdoa
hati-hati ini mampu dibawa menghadapnya.
Alangkah bertuahnya bilamana kita mampu mengarahkan
pandangan, menadah tangan dan menggerakkan bibir kepada yang Maha Pengasih. Ini tandanya dalam
hati kita kita mengiakan bahawa kita sememangnya perlukannya.
Hakikat manusia, kita ini fakir di hadapanNya. Fakir tanpa
mengira status social,akademik dan sebagainya. Allah adalah sebaik-baik tempat
bergantung dan dia suka hambanya meminta padanya.berdoalah, pasti dia akan perkenankan doa kita.
Dan
Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada
beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. (surah mukmin:60)
Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang menyombong diri yaitu golongan yang tidak mahu berdoa pada Allah. there's nothing to lose if we pray to Allah, tambah lagi Allah suka mendengar rayuan hambaNya. jadi apa lagi yang kita tunggu, Jom berdoa ^^
Allahua'lam.
Friday, 25 November 2011
Ada Pelangi Selepas Hujan =)
Bismillahirrahmanirrahim.
Entry ni sebenarnya dah lama nak dipostkan, tapi baru hari ni dapat disiapkan sepenuhnya. Alhamdulillah. walauapapun selamat membaca ^-^,
Usai menikmati makan tengah hari, tiba-tiba mulut gatal nak bertanya.
Saya: emm..nak tanya boleh?
Kak A: tanya ape?
Saya: xpe lah, x jadi..
sambil sengeh-sengeh..serba salah nak bertanya kononya ^.^
Kak A: isy, tanye cepat.
-Kononnye marah la tu. Langsung tak takut :P
Saya: pernah tak rasa putus asa?
Kak A: ha?
Saya: pernah x..rasa putus asa..
Kak A: maksud?
Saya: ye la..putus asa, berhenti dari buat apa yang kita dah buat tu.. bukan pasrah, bukan redho..tapi terus
berhenti, dah taknak lagi teruskan. Pernah?
Kak A: emm, tak kot. Kenape? Rasa cam dah putus asa ke?
Saya: xde..saje tye..bukan pe, tibe-tibe terfikir. Just wonder. Ye la..duk sorang-sorang macam-macam benda terfikir. Hehe, terfikir macam manalah rasanya kan..
Kak A: aah kan. Entahla tak tahu macam mana rasa dia.
Saya: tu lah..kadang-kadang rasa nak give up je. Tapi fikir balik… nak pergi mana kalau give up. Kalau nak lari dari susah yang ni, benda yang kita nak pergi tu pun susah jugak.
Kak A: betul jugak tu. Setiap benda, ada susah senang masing-masing.
Saya: haha, kalo tak susah, cam tak menarik je. Susah dan senang sama-sama mewarnai hidup.
Kadang-kadang rasa nak putus asa tu datang menjengah. Mungkin keletihan dalam perjalanan kita. Macam-macam masalah timbul baik dalam akademik, persahabatan, keluarga dan sebagainya. Padahal diri sendiri yang salah. Perjalanan yang masih berbaki, pendek atau panjang tapi tetap berbaki. Dah jadi tugas kita untuk memaknakan perjalanan kita. "To live life to the fullest" bak kata orang.
Takkan kita sanggup biarkan perjalanan kita tanpa sebarang makna. ‘redho’ kita kata. Tapi apa usaha kita sebelum kita redho tu. Life itself is a test. Dan hidup ni penuh ujian. Takkan dibiarkan hambaNya tanpa ujian. Ujian penguat keimanan kita. Pengukur sejauh mana kentalnya iman kita.
![]() |
| don't give up..[kredit] |
Tak kisah banyak mana pun air mata yang terlerai, tak kisah banyak mana peluh yang menitis, harta yang dibelanjakan. Yang penting usaha kita. Kita tak dapat nak baca masa depan kita, kita sekadar boleh mengagak, tapi tidak untuk memastikannya.
Ada pelangi selepas hujan. Cepat-cepat istighfar..Kerap saya dengar, bila kita kuat ‘dalam’ kita akan kuat kat ‘luar’. Bila ada motivasi dalaman, memang kita akan jadi bersemangat. Bila mind set kita positif, lebih senang untuk kita harungi perjalanan tu. setiap masalah ada penyelesaiannya.
Macam-macam tip yang orang beri, yang kita dengar, yang kita baca, yang kita terilham. "It’s easier to say that I give up, but at the end we would say if and only if I tried harder". Hah. Pepatah melayu, menyesal kemudian tiada gunanya. Betul? Dalam konteks ni memang betul, pilih untuk tidak berputus asa daripada kita menyesal sebab kita awal-awal lagi dah putus asa.
Biar kita tak menang, tapi asalkan kita berusaha. Kalah tak semestinya sesuatu yang buruk. Kurang-kurang kita pernah merasa kalah, dan tentunya ada hikmah tersembunyi disebalik kekalahan itu. Yakinlah ujian itu bukan sia-sia bukan saja-saja Allah berikan pada kita.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan jauhkanlah kami daripada berputus asa, sungguh hanya padaMu tempat kami mengadu.
Allahua’lam..
- kredit to kak A sebab sudi melayan kerenah dan soalan saya,bila-bila masa di mana jua.=) uhibbukifillah <3
Friday, 11 November 2011
Sibuk itu Indah ^_^
Assalamualaikum..
Untuk jiwa-jiwa yang dilanda kesibukan, daripada hasil tulisan Solikhin Abu Izzuddin untuk tatapan kalian.. =)
SIBUK ITU INDAH
Jangan sampai ada ruang kosong dalam
hidup kita tanpa karya dan amal nyata,
sebab di sinilah
hukum kevakuman akan berbicara.
“kalau kita tidak mengisi ruang dengan sesuatu,
maka ruang itu pasti akan diisi dengan sesuatu yang lain.”
Kalau kita tidak aktif menyibukkan diri dengan kebaikan,
nescaya kita yang lagi pasif akan disibukkan dalam keburukan.
Betul, sibuk itu indah andai sibuk itu terancang. Berada dalam keadaan sibuk dengan benda-benda yang bermanafaat memang buat kita rasa terisi. Tapi sibuk ini berbeza dengan sibuk sebab kerja yang ditangguh-tangguh. Kita punya 24 jam yang sama, terserah bagaimana untuk kita gunakannya. Moga kesibukan ini dekatkan kita padaNya bukan menjauhkan kita daripadaNya. allahu a'lam
Sunday, 23 October 2011
Membersihkan diri, mengaut keuntungan sejati
Bismillahirrahmanirrahim,
artikel yang di'copy & paste' dari langitilahi.com. untuk ingatan buat diri sendiri yang terkadang alpa.
Tetapi ramai yang tidak bertemu dengannya. Bagaimana mencarinya pun, tetap akhirnya ketenangan dan kelapangan yang didapati itu tidak bertahan. Maka ramai yang tertanya-tanya, apakah yang perlu dilakukan, untuk mendapatkan ketenangan sejati.
Jika soalan ini diberikan kepada saya, maka saya akan menjawab:
“Dengan membersihkan diri.”
Hati itu milik siapa?
Di manakah letaknya ketenangan, kelapangan, dan kesenangan di dalam diri manusia? Dari manakah rasa itu terbit? Dari tangan? Kaki? Perut? Tidak dan tidak.
Tetapi daripada hati. Bukan hati organ. Tetapi ‘hati’. Roh. Yang tidak kelihatan itu.
Kita kembali bertanya, hati itu milik siapa?
Ya, siapakah pencipta kepada hati?
“Allah.” Dan roh kita menjawab.
Maka perjalanan mencari ketenangan adalah bermula dengan jawapan kita itu.
Punca keresahan dan kegelisahan
Mengapakah hati yang diciptakan Allah SWT itu resah dan gelisah? Ya, kenapa?
Kerana hati itu terpisah jauh dengan penciptaNya.
Hati adalah tempat terkandungnya fitrah asal manusia. Sejahat mana pun manusia, apabila mereka melakukan kejahatan mereka, tidak dapat tidak mereka akan dapat mendengar ‘suara hati’ mereka membantah perbuatan mereka. Ya, ini adalah realiti. Tinggal, mereka tetap terus melakukan kejahatan kerana mereka tidak menyahut seruan hati mereka itu.
Fitrah hati adalah taat dan tunduk kepada Allah SWT.
“Bukankah Aku ini Rabb kamu? Mereka menjawab: Iya, kami menjadi saksi.” Surah Al-A’raf ayat 172.
Itulah dia perbualan Allah dengan roh-roh sebelum roh-roh dimasukkan ke dalam tubuh kita.
Fitrah kita adalah rapat denganNya. Menjauhi Allah, adalah punca keresahan dan kegelisahan kita. Apakah
perkara-perkara yang menjauhkan kita daripada Allah SWT?
Hendak menyenaraikannya pasti panjang. Maka cukup saya konklusikan semua jawapan dengan satu kalimah.
Dosa.
Bersihkan diri, rapati Ilahi, dapatkan ketenangan sejati
Kadangkala kita hairan melihat Rasulullah SAW yang menghadapi ujian dan dugaan yang amat hebat, tetapi baginda kekal tenang di dalam kehidupan. Tidak pernah kedengaran baginda tertekan hingga memarahi isteri dan anak-anak. Tidak pernah kedengaran baginda ‘lost control’, tidak pernah kedengaran baginda mengeluh dan merungut. Baginda tenang, hatta di tengah kancah peperangan.
Mengapa?
Kerana baginda menjaga hubungan dengan Allah SWT.
Kadangkala kita hairan melihat Abdurrahman bin Auf RA, Suhaib Ar-Rumy RA, Uthman ibn Affan RA, yang merupakan golongan kaya, tetapi meninggalkan semua harta mereka ketika hijrah. Tidak pula mereka histeria, tertekan, gundah, resah dengan meninggalkan harta mereka. Bahkan, mereka kuat dan tabah membina semula kehidupan mereka, dan akhirnya kembali berjaya menjadi antara yang terkaya di jazirah arab.
Mengapa?
Kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah SWT.
Kadangkala kita hairan melihat sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang tidak banyak wang seperti Abu Hurairah RA, Abu Bakr RA, Umar RA, Bilal bin Rabah RA. Mereka tidak pula sakit jiwa, mereka tidak pula tidak bersemangat, mereka tidak pula mencuri. Bahkan mereka tenang menjalani hidup, bahkan sanggup lagi memberikan infaq dan sedekah walau diri sendiri kesempitan.
Mengaoa?
Kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah SWT.
Pastinya, orang-orang yang menjaga hubungan dengan Allah SWT ini, sering membersihkan diri mereka. Antara tanda kita menjaga hubungan dengan Allah SWT, adalah kita sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepadaNya.
“Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang sering bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri.” Surah Al-Baqarah ayat 222.
Tidakkah kita melihat?
Penutup: Dapatkanlah ketenangan sejati. Sungguh, ia milik kita
Rasulullah SAW dan para sahabat nyata adalah contoh yang terbaik. Mereka memperolehi ketenangan sejati.
Hatta badai cabaran yang tinggi juga tidak mampu menggoncangkan manusia yang memperolehi ketenangan hati ini.
Dan ketenangan hati ini adalah milik kita. Sebab itu Allah SWT menggesa kita mendapatkannya. Isyarat gesaan ini tersembunyi di dalam ayat-ayatNya.
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb kalian dalam keadaan berpuas hati lagi diredhai.” Surah Al-Fajr ayat 27-28.
Kenapa Allah menyeru jiwa-jiwa yang tenang? Kerana jiwa-jiwa yang tenang sahaja yang mampu kembali kepada Allah dalam keadaan diredhai. Jiwa-jiwa yang tenang sahaja mampu mengharungi segala ujian dan cabaran di atas dunia ini.
Maka apakah kita tunggu lagi? Motivasi meneruskan kehidupan ini dalam keadaan terbaik dan tertinggi, adalah dengan mendapatkan ketenangan hati. Ayuh!
“Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang.” Surah Ar-Ra’d ayat 28.
Bersihkan diri, rapati Ilahi, dapatkan ketenangan sejati.
...................................................................................................
masih belum terlambat untuk kita menjauh apa yang kita perlu jauhi,
manusia masing-masing ada masa silam yang mungkin mahu dia lupakan.
mulakan langkah, kita mampu lakukan.
Friday, 30 September 2011
Baik :)
Bismillahirrahmanirrahim.
Jadi baik oh jadi baik.
“saya nak jadi budak baik. ” saya terbaca ayat ni lebih kurang setahun lepas,ayat yang kawan saya tulis. Masa tu saya tertanya-tanya sendirian kenapa, kawan saya ni tak cukup baik ke? Tengok orangnya bukan dalam kategori nakal. Saya salin balik ayat dia, tak tahu kenapa saya salin semula.Tapi saya diamkan saja pertanyaan tu, biarkan bermain-main dalam benak sendiri.
Kita biasa dipuji dengan perkataan baik, contohnya “ala, awak kan baik.” Ditakdirkan Allah, saya jumpa lagi ayat “saya nak jadi orang baik”. Ok. Jumpa dalam novel milik adik saya. Novel Hlovate tajuknya Versus.
Jadi baik tu macam mana?
Kita tahu, kita nak jadi baik. Setakat ni tak pernah pulak jumpa orang yang nak jadi jahat. Tapi macam mana?
“When you got stuck,get back to definition.” Pinjam ayat Dr Jesni sikit. Sangat mendalam makna ayat ni. praktikal dalam ruang lingkup kehidupan.
Jadi, kalau kita nak jadi baik, kita kena jugak tahu baik tu apa. Ciri-ciri dia macam mana. Sebab maknanya
terlalu abstrak. Baik anda lain dari baik saya. Baik orang islam lain dari baik orang bukan islam. Baik bila kita ikut apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Tu apa yang saya dapat daripada buku tu. Tak ada apa yang lebih baik dari buat yang Allah suruh dan tinggal yang Allah larang.
Kalau kita berkawan, kita tahu macam mana kawan kita kan? Kalau contohnya kita nak jadi ahli matematik, mesti kita kena tahu ciri-ciri dia kan? Kalau nak jadi pensyarah, penyelidik, cikgu, kita memang kena tahu tentang perkara-perkara tu. Sebab bila kita kenal baru kita tahu kan?.
Tak semestinya bila kita pakai tudung, kita dah cukup baik. Tak semestinya kita solat kita dah cukup baik. Tak semestinya bila kita tak mencuri harta orang lain kita baik. Tak semestinya bila kita senyap kita baik. Sebab baik kita tak dapat nak ukur, baik yang nampak di mata tapi bila orang tu ikhlas buat baik, baik tu akan menyentuh mesra hati kita. Tak semestinya yang baik pada kita tu baik pada orang lain.
Jadi, di situlah perlunya panduan kepada kita. Panduan yang Allah dah siapkan untuk kita. Panduan yang Rasulullah dah tinggalkan untuk kita. Panduan yang ulama formulasikan untuk kita. Segalanya dah tersedia. Cuma kita, terpulang pada kita untuk ambil atau untuk tidak mempedulikan panduan-panduan itu.
Betapa aman dan damainya kita apabila dikelilingi orang baik. Rasa selamat bila berada di sekitaran mereka. Itu pentingnya kawan-kawan yang baik, tapi bukan bermakna orang yang kita kata tak baik itu perlu kita tinggalkan. Sebab kita bukan nak jadi baik sorang-sorang. Kita nak ramai-ramai jadi baik. Jadi baik yang dalam erti kata yang sebenar.
Allahu a’lam.
Friday, 16 September 2011
Episod baru...
Alhamdulillah, baru saja melangkah ke tahun kedua pengajian. Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat yang tak terhingga.
Impresi pertama untuk minggu pertama-= menakutkan. Semangat yang berkobar-kobar kecut, hilang entah ke mana. Takut sungguh dengan subjek-subjek teras yang ditawarkan. Kepala dah mula membayangkan macam-macam benda tak elok. Nauzubillah. Jauhkan.
Perkongsian daripada kak Uswah, kita kena set target untuk mudahkan kita memantau diri sendiri. Betul, bila ada target, bila ada matlamat kita akan tahu mana hala tuju kita. Kita akan mula merangka strategi untuk membolehkan matlamat kita tercapai. Supaya kita tahu kekurangan dan apa yang perlu kita kekalkan.
Semuanya milik Allah, kita merancang Dia juga merancang dan sudah tentu perancanganNya adalah yang terbaik. Tapi bukan bermakna kita hanya perlu duduk tanpa perlu melakukan apa-apa.
Perkongsian daripada kelas Dr Joharry. Segalanya memang ada pautan dengan Allah. Dia mengetahui segalanya dan mengetahui segala apa yang terbaik untuk kita. Ingat padaNya dalam suka atau duka. Kita adalah unik. Kita tak sama dengan yang lain dan kita punya keistimewaan masing-masing. Allah tetapkan kita berada di sesuatu tempat atau keadaan tu sebab Dia tahu kita mampu mengharunginya.
Minggu pertama sudah selesai. Minggu kedua sudah mengintai-intai. Masa tidak akan menunggu kita. Tugasan juga sudah sedia menunggu untuk disiapkan. Kumpulkan kekuatan, kentalkan semangat kami Ya Allah. Bak kata Tehah "kalau kita boleh lepas algebra, yang ni pun tak mustahil kan?".mindset!Semoga kami berhasil untuk mengharungi sesi ini dan seterusnya. Amin.
Tuesday, 21 June 2011
Demam..demam berjangkit :D
Bismillahirrahmanirrahim, salam.
Malam semalam saya dan cik fatehah , roommate saya demam. Demam berjangkit dengan si roommate. Bukan demam panas, tapi demam buat origami. Seronok buat benda ni, harapnya penerima-penerima bunga tu bahagia menerimanya. Buat origami ni simple tapi besar signifikannya pada saya.
| ros merah |
Garis penamat vs. usaha ke garis penamat
Memandangkan kami tiada buku untuk dijadikan tempat rujukan, kami browse je web site yang ada. Jumpa banyak sangat cara, berbeza-beza caranya macam tu dan macam ni. Pilih je mana-mana yang berkenan, nak yang untuk beginner ke intermediate ke, advance level ke. Terlampau banyak. step dia pun boleh tahan panjang la jugak.
Cara untuk buat origami dah disediakan, ada yang bergambar dan yang beranimasi. Dah jadi tabiat saya agaknya tengok sepintas lalu je apa-apa yang ada depan mata. Sama jugak dengan instruction yang ditunjukkan. Sepintas lalu je tengok, tak de nak cuba faham, for 1st and maybe sampai 4th step ok lagi, tapi bila dah panjang-panjang tu, mula lah, sekadar tengok sepintas lalu macam tu je. Tahu nak cepat siap je.
Tengah semangat-semangat buat, tersekat pulak, panggil si roommate, mintak bantuan.
Bila tengok sepintas lalu, tanpa memberikan fokus terhadap subjek, mana mungkin misi akan bejaya. Yang pastinya, misi akan tergendala. Kalau berjaya pun ia bukan kejayaan sempurna.
Begitu juga hidup, bila kita tengok sepintas lalu je, banyak aspek yang akan kita tinggalkan. Sepintas lalu, mustahil untuk kita capai segalanya dalam hidup. Tak mustahil , aspek yang ditinggalkan tu ialah aspek terpenting.
“kamu terlalu pentingkan untuk dapatkan jawapan, tapi kamu tak risaukan cara yang kamu guna untuk dapatkan jawapan tu”. komen pensyarah matematik saya di matrik dulu.
Ya, kami nak cepat siapkan kuiz kami, tapi kami kurang pedulikan penyelesaian kepada masalah matematik yang perlu kami selesaikan tu. ‘ Janji siap’ itu slogan yang diguna sejak sekian lama.
Kita nak sampai ke garis penamatnya, kita sangat tergesa-gesa untuk sampai. Tanpa kita melihat keadaan sekeliling. kita terlalu peduli untuk cepat sampai ke garis penamat, sampai kita lupa yang penting bukan cepatnya masa kita ambil untuk ke garis penamat, tapi usaha kita ke garis penamat itu. Bagaimana cara yang paling berkesan untuk ita sampai ke garis penamat tersebut.
Bukan masa yang kita ambil untuk sampai semata-mata. Apa strategi yang kita gunakan untuk sampai ke garisan itu. Mungkin saja kemenangan bukan milik kita, tapi yang penting kepuasan yang kita peroleh hasil usaha kita. Kemenangan bukan segalanya. Itu bagi saya.
Bukan masa yang kita ambil untuk sampai semata-mata. Apa strategi yang kita gunakan untuk sampai ke garisan itu. Mungkin saja kemenangan bukan milik kita, tapi yang penting kepuasan yang kita peroleh hasil usaha kita. Kemenangan bukan segalanya. Itu bagi saya.
Life is just full of surprise,kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada kita, tidak walaupun sesaat di hadapan.
Jangan mudah putus asa
Buat sesuatu yang kita jarang buat, semestinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi kalau anda adalah seorang yang tahan sabar, tiada masalah untuk anda saya kira. Percubaan pertama saya terkulat-kulat mengikut step yang ditunjukkan. Keadaan kertas, tak payah cerita, hampir saja terkoyak kertas yang digunakan. Bukan satu, bukan dua tapi lebih daripada itu. Saiznya pelbagai. Percubaan pertama gagal, entah berapa kali cubaan baru nampak hasilnya tapi belum lagi diperindah hasil tersebut.
| pelbagai warna, saiz dan bentuk |
Sunnatullah, siapa yang berusaha dia akan berjaya. Mungkin bukan pada percubaan pertamanya, mungkin juga bukan untuk kali kedua, mungkin kali kesepuluh. Siapa tahu kan? Kita mungkin keletihan, tak mengapa untuk kita berehat seketika. Kita recharge tenaga kita, ayuh bangkit! Perjalanan masih jauh.
Be creative, berani untuk mengubah
Ada orang memang tak suka ikut arahan, langsung tidak mahu tunduk pada arahan sesiapa. Ada orang terlalu suka mengikut arahan sampai hilang kemampuan untuk buat keputusan sendiri. Ada orang tu fleksible, ikut arahan dan boleh mencadangkan yang lebih baik apabila dirasakan perlu.Kita bukan robot. Kita tak diprogramkan untuk ikut saja atur cara yang diberi. Kalau arahannya begitu, tidak ada salahnya kalau kita mengubah selagi ianya masih tidak melanggar syariat yang ditetapkan dan caranya juga perlu berhikmah.
| ros hijau permintaan kak ammar |
Semasa menyiapkan origami ni tak semestinya, apa yang ditunjuk oleh instructor itu perlu kita ikut seratus peratus. Kadang-kala kita kena sesuaikan dengan keadaan kita, mungkin caranya terlalu rumit untuk kita ikut sampai tension untuk benda-benda yang sepatutnya memberikan kepuasan untuk kita. So, be creative and beranilah untuk mengubah. Kita takkan rugi kalau kita berekperimen. Bahkan menguntungkan kita, sebab kita akan tahu apa hasilnya kalau kita buat begini dan begitu.
Semangat berpasukan
“untung jugak kalau dapat roommate yang sama minat ea” tu komen atikah.
Kes origami ni, saya berjangkit dengan fatehah, macam menarik je, apa lagi. Mulakan projek!. Kalau saya tersangkut kat mana-mana step, fatehah jadi mangsa. Kertas kejap dengan saya, kejap dengan dia, selagi saya tak faham, selagi tu lah hidup dia takkan aman :D. sabar je melayan saya ya kamu. terima kasih ye fatehah.
| hasil kerjasama - daun roommate yang punya |
Bila ada sokongan, kita takkan mudah nak rasa lemah sebab kita tahu, kita tak keseorangan. Kita ada cinta hati kita di sekeliling kita, yang penting kita ada Allah bersama kita.
Sungguh, saya sangat bertuah dapat roommate seperti roommate saya ni. Fatehah, Kak Rawai, Pa’in and not to forget, Huna. Ada saja mereka untuk menyokong. Bertuah ada kawan-kawan yang baik hati. Sayang korang sangat.
Konklusinya
Banyak ibrah yang kita boleh ambil walaupun kita hanya buat benda yang simple,mudah dan menyeronokkan. Cuma kita perlu menyelami apa yang berlaku. Banyak cara untuk Allah didik jiwa kita, untuk kita bukakan mata kita melihat KeagunganNya. Untuk kita bukakan minda dan mata hati kita melihat kehidupan ini. Sekian.
| credit to cik fatehah untuk gambar-gambar ni |
Thursday, 26 May 2011
Apabila dia Datang Bertandang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
“Siti, bila tension apa yang ko buat? “Tiba-tiba terkeluar soalan ni daripada mulut Nurul.
“Tension? Tension pasal apa? Tengoklah tensionnya pasal apa. Kalau tension dengan orang, aku tak duduk dekat dengan dia. Sebab ye lah, takut terkeluar perkataan-perkataan yang boleh mengguris hati orang tu.” Siti menjawab.
“Tapikan, kadang-kadang kita kena bagi jugak kat orang tu.” Kurang bersetuju nampaknya Nurul dengan jawapan Siti.
Nurul dan Siti sama-sama mengangguk.
“ Aah, kadang-kadang, ada juga yang kena, tapi tu kalau dah memang marah sangat-sangat la. Tapi selagi boleh tahan tu, tahan je la. Payah pulak bila dah terkeluar perkataan-perkataan yang aku kalau boleh tak nak keluarkan tu.”
“Tu kalau kita tension dengan orang, kalau kita tak tahu dengan apa kita tension macam mana pulak?” Nurul tanya lagi.
“Haha, kalau ko tak tahu punca dia, ko kena cari dulu punca dia. Baru boleh nak release tension tu. Biasanya kalau macam tu, duduk sorang-sorang cari punca. Kadang-kadang tak boleh nak duduk sorang-sorang jugak, kena jugak cari orang lain. Mana tahu, orang lain tu boleh bagi pandangan yang bernas untuk kita kan?”panjang lebar Siti menjelaskan.
“Betul, betul, betul.” Nurul mengiyakan.
Itu sketsanya apabila dua orang kawan duduk bercerita.
Saturday, 14 May 2011
Kekuatan Ruh Optimis dan Positif
Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum.
perkongsian dari seorang ustaz mungkin ringkas dan mudah tajuknya, tapi padat isinya. penyampaiannya begitu dekat di hati. Allahamdulillah, jadi saya kongsikan bersama penyampaian beliau.
Mengikut pandangan Islam, manusia itu pada asasnya adalah :
1. Makhluk suci.
2. Dilahirkan dalam keadaan suci.
3. Mampu kembali lagi kepada kesuciannya.
Pandangan tersebut merupakan pandangan yang sangat positif dan optimis tentang manusia.
Di dalam Al Qur’an, Allah swt menyebut manusia sebagai makhluk yang paling baik atau paling sempurna.
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (QS At-Tin : 4)
Islam juga mengakui bahwa manusia adalah makhluk yang diberikan kemuliaan.
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan.” (QS Al Isra’ : 70)
Salah satu contoh aplikasi pandangan positif dan optimis Islam tentang manusia adalah penyebutan hati (qalbu) dengan istilah ‘nurani’ .
Perkataan ini berasal dari kata ‘nuur’ yang ertinya cahaya. Jadi, ‘nurani’ bererti memiliki sifat cahaya. Oleh yang demikian, ketika kita menyebut ‘hati nurani’ sesungguhnya terkandung maksud bahwa hati kita itu memiliki kemampuan untuk ‘memberi cahaya’ atau ‘menerangi’ jalan hidup kita.
Oleh kerana itulah Rasulullah saw, ketika ditanya seseorang tentang cara untuk membezakan mana perbuatan yang baik dan mana perbuatan yang buruk, baginda menjawab ;
“Tanyalah kepada hatimu!”
Dari jawaban Rasulullah saw tersebut (bahwa hati kita memiliki kemampuan untuk menerangi jalan hidup kita), ulama’ tasauf sering menyebut hati sebagai “ad-diin” (agama). Maksudnya, agama yang ditanam di dalam diri manusia dan sangat bersesuaian dengan agama yang diturunkan dari langit iaitu‘Al Islam’.
Thursday, 17 March 2011
Kerana Apa?
bismillahirrahmanirrahim..
Life itself is a test, ujian yang mendatang adalah tanda kasih sayang Allah pada kita, tanda kita masih dalam jagaanNya,penanda aras sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kita akan bersabar dalam menangani masalah kita. mungkin saja kita tertewas dengan ujian ini, tapi tidak mustahil kita akan bangkit menjadi insan yang lebih baik setelah diuji. post kali ni dipetik dari Dia Selalu Ada dari iluvislam.com.
Hidup di dunia. Kau berdepan kesukaran yang menggila. Ada saat-saatnya kau berasa seolah-olah telah ditakdirkan untuk kalah,dan semua yang telah kau dilakukan terlihat salah.
Seorang insan berdosa dan menyedari dosa besarnya. Kemudian ia merasa tidak mampu selamat daripada dosa-dosa yang lalu. Terkadang fikirannya menyimpang ke arah kejahatan. Fikirannya mengatakan yang dia sudah tidak dapat selamat, dan nafsu pula mengajaknya supaya menjadi lebih khianat.
Lalu dia terlihat tegar mengotorkan janji Tuhan mengenai syurga dan kemanisannya. Tunggu dulu! Jangan kau melulu menghukum saudaramu itu. Mungkin dia bukan begitu tetapi dia telah terperangkap dengan semalam yang silap. Fikirnya dia sudah menjadi pembiadab, dan dirinya sudah tiada harap.
Manusia yang terlihat hanyut, ada masanya tidak memilih untuk terus menjadi hanyut. Namun, ada masanya mereka tertewas, dan masalah yang paling besar adalah mereka terus tertewas.
Ada manusia yang selalu berasa tertekan dan merasakan masalah terlalu banyak, terlalu membebankan. Andai kehidupan itu ruang bilik peribadi mereka, maka masalah yang dihadapi seoalah menghimpit diri ke hujung sudut dan pastinya setiap jasad akan menjadi remuk dan merenyuk.
Percayalah, di mana ada masalah, di situ jua ada Allah. Masalah itu diciptakan supaya kau sedar bahawa kau hanyalah hamba, perlu lebih mendamba. Agar haus tikar sembahyangmu kerana sujud yang begitu asyik.
Allah SWT berfirman:
"Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - \[Surah Az-Zumar: 53]
Siapa kau? Pendosa yang tercelaka? Pemegang beban masalah dunia? Jangan berhenti berharap. Jangan hukum dirimu sebelum kau dihukum. Masalah itu hadiah, ia anugerah dan ia juga pendekat dirimu dengan Allah.
Percayalah, setiap kesusahan itu pasti akan berakhir dengan kegembiraan jika kau punya kesabaran.
Setiap kali datangnya saat-saat yang kau tidak mahu bernafas lagi, ingatlah yang sebenarnya Pencintamu sedang menguji.
Ya Allah,rahmatilah dan hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit ini dengan segala kemudahan.
Bila berakhirnya semua ini, bila habis Kau menguji diri ini, hiaskanlah wajah-wajah berdosa ini dengan senyuman dan ketenangan dari-Mu.
~kerana Dia selalu ada bersama kita~
Wallahua'lam.
Life itself is a test, ujian yang mendatang adalah tanda kasih sayang Allah pada kita, tanda kita masih dalam jagaanNya,penanda aras sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kita akan bersabar dalam menangani masalah kita. mungkin saja kita tertewas dengan ujian ini, tapi tidak mustahil kita akan bangkit menjadi insan yang lebih baik setelah diuji. post kali ni dipetik dari Dia Selalu Ada dari iluvislam.com.
Seorang insan berdosa dan menyedari dosa besarnya. Kemudian ia merasa tidak mampu selamat daripada dosa-dosa yang lalu. Terkadang fikirannya menyimpang ke arah kejahatan. Fikirannya mengatakan yang dia sudah tidak dapat selamat, dan nafsu pula mengajaknya supaya menjadi lebih khianat.
Lalu dia terlihat tegar mengotorkan janji Tuhan mengenai syurga dan kemanisannya. Tunggu dulu! Jangan kau melulu menghukum saudaramu itu. Mungkin dia bukan begitu tetapi dia telah terperangkap dengan semalam yang silap. Fikirnya dia sudah menjadi pembiadab, dan dirinya sudah tiada harap.
Manusia yang terlihat hanyut, ada masanya tidak memilih untuk terus menjadi hanyut. Namun, ada masanya mereka tertewas, dan masalah yang paling besar adalah mereka terus tertewas.
Ada manusia yang selalu berasa tertekan dan merasakan masalah terlalu banyak, terlalu membebankan. Andai kehidupan itu ruang bilik peribadi mereka, maka masalah yang dihadapi seoalah menghimpit diri ke hujung sudut dan pastinya setiap jasad akan menjadi remuk dan merenyuk.
Percayalah, di mana ada masalah, di situ jua ada Allah. Masalah itu diciptakan supaya kau sedar bahawa kau hanyalah hamba, perlu lebih mendamba. Agar haus tikar sembahyangmu kerana sujud yang begitu asyik.
Allah SWT berfirman:
"Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - \[Surah Az-Zumar: 53]
Siapa kau? Pendosa yang tercelaka? Pemegang beban masalah dunia? Jangan berhenti berharap. Jangan hukum dirimu sebelum kau dihukum. Masalah itu hadiah, ia anugerah dan ia juga pendekat dirimu dengan Allah.
Percayalah, setiap kesusahan itu pasti akan berakhir dengan kegembiraan jika kau punya kesabaran.
Setiap kali datangnya saat-saat yang kau tidak mahu bernafas lagi, ingatlah yang sebenarnya Pencintamu sedang menguji.
Ya Allah,rahmatilah dan hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit ini dengan segala kemudahan.
Bila berakhirnya semua ini, bila habis Kau menguji diri ini, hiaskanlah wajah-wajah berdosa ini dengan senyuman dan ketenangan dari-Mu.
~kerana Dia selalu ada bersama kita~
Wallahua'lam.
Wednesday, 2 March 2011
Bersambungnya Ikatan itu..
assalamualaikum..
Post yang pertama untuk blog ni, saya kongsikan sedikit pandangan berkenaan insan yang kita panggil..Sahabat..perkataan ni memang sangat istimewa. Orang yang kita panggil sahabat ni, susah senang kita bersama dengan dia. Susah nak jumpa, tapi once dah jumpa, payah nk cari ganti dah.
Tempat yang ada untuk dia je..tp masing-masing ada tempatnya yang tersendiri kat dalam hati saya. Masing-masing ada keunikan masing-masing. Bila kita berada dengan sahabat ni, senang je kita nak luahkan perasaan, walaupun dia setakat dengar je, walaupun kita ni jenis yang tak berapa pandai untuk bercerita, nasihat yang dia bagi tu, buat kita reflect balik kat apa-apa yang kita buat. Contohnya, kalau kita ada terasa dengan kawan-kawan ke. kita semacam nakkan perhatian daripada dia. Kita macam sayang sangat kat dia, kita pun nak bagi perhatian jugak kat dia. Kalau sehari tak cakap dengan dia, rasa macam dah rindu sangat. Macam dah lama sangat tak cakap ngan dia. Ikatan hati kita dengan dia adalah ikatan hati atas nama Allah. Walaupun lama mana sekalipun kita duduk dengan dia, tido dengan dia, borak dengan dia, makan dengan dia, kita akan sedar yang kita akan belajar bende-bende baru dari dia. Kasihnya kita pada dia, takkan mudah tergoyah macam tu je. Kalau ade terase sikit-sikit, hati akan cepat-cepat memujuk, biar rajuk kita tu tak lame, biar tak merajuk pun sebab xperlu pun. Sebab dia dah baik sangat dengan kita, sebab dia yang jaga, dia yang tengok-tengokkan kita bila kita sakit, bile kte susah hati.
Orang yang kita panggil sahabat ni, takkan biarkan kita terkapai-kapai sorang-sorang, walaupun kadang-kadang, dia jenis yang tak cakap pun yang dia sayang, tapi melalui kelakuan dia, kita tahu yang dia sayang. Dia sayang kat kita. Mungkin sebab manusia ni, x semuanya yang mampu nak melafazkan sayang kat kawan-kawan dia, walaupun sama jantina sekali pun. Jd, xsemestinya bila dia x cakap dia sayang, maknanya dia xsayang kat kita. Di sebalik kelakuan dia tu, ada terselit lafaz sayang tu. Cuma kita kadang-kadang perlu jadi observant sikit. Sweetkan? Macam non-verbal communication... bila dia dah buat baik ngan kita, kita pun..akan jadi malu bila kita xmampu nk buat baik dengan dia. Malu sebab Kita xmampu nk jadi sahabat yang sebaik dia. Kita Cuma nakkan dia untuk rasa bahagia, kita akan selalu nk mengalah je dgn dia, sbb kita nak dia dapat, walau pun kita xdapat, tapi sekurang-kurangnya, bila dia dapat, kita akan tumpang bahagia dengan kejayaan dia.Subhanallah.
Mampukah kita menjadi sahabat dunia akhirat, memang kata-kata ni indah, sahabat dunia akhirat. Mungkin ramai yang mampu menuturkannya, tapi seramai mana yang mampu membuktikan kata-kata tersebut. Kita xnak Berjaya sorang-sorang,. Xkira lah Berjaya dalam apa jua bidang sekalipun. Manusia memerlukan sokongan orang lain untuk Berjaya, dan tak mungkin manusia tu dapat hidup keseorangan. Dan di sini, sahabat mula memainkan peranan..betapa bila kita berada dengan sahabat yang sama-sama mencari reda Allah, hati kita akan berasa tenang, sangat tenang..sebab di sisi kita ada orang yang sudi mengingatkan kita bila kita ni sudah semakin menjauh dariNya..ya Rahman, kurniakan kami persahabatan yang dihiasi kasih dan dipayungi rahmatMU..walau siapa pun sahabat kita tu, walau di mana pun dia berada, walau berapa ramai sekalipun sahabat itu. Semoga Allah memberkati dia..semoga Allah senantiasa memelihara persahabatan kita..biarlah ukhuwah ini kekal hingga ke syuga ILahi..
Subscribe to:
Posts (Atom)







