Lumrah kehidupan. Akan ada hati yang terluka. Kita hanya mampu berusaha sebaik mungkin untuk menjaga hati semua pihak, termasuk hati kita. Tapi ada kalanya, mungkin perasaan sendiri terpaksa dikorbankan untuk yang lain dek kerana ingin menjaga hubungan dari terus menjadi teruk. Walaupun hati meronta keras tidak puas hati. Untuk hati yang pernah disakiti, tahniah kerana berjaya mengharungi kesakitan itu. Untuk hati yang sering menyakiti, berpadalah. Hati itu mungkin akan menyakiti dirinya sendiri.
Terlalu banyak perkara yang kita lalui dalam hidup, dan setiap perkara itu sedar atau tidak mendewasakan kita. Ya, hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian yang mungkin tidak dapat kita rungkaikan pada ketika ini dan mungin tiada logiknya pada asas pemikiran kita. Tapi Dia punya perancangan yang terbaik untuk kita. Kita bertuah punya kitab petunjuk untuk kita jadikan panduan. Saat hati butuhkan ketenangan ada ayat-ayat cinta dari Dia.
“ tetapi barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sungguh demikian termasuk dalam perbuatan yang mulia” (QS asy-syura:43)
Siapa tidak mahu jadi mulia? Saya percaya, takkan ada pembaca yang mengangkat tangan bersetuju dengan persoalan saya tadi. Demikian Allah memujuk kita supaya bersabar dan memaafkan. Supaya kita tergolong dalam kalangan mereka yang punya perwatakan mulia. Subhanallah.
Ada kalanya dalam tak sedar, ada hati yang terluka. Kita bukan manusia sempurna. Kita manusia, yang ada kurangnya. Ada kalanya ego menguasai, masing-masing tak mahu mengalah. Masing-masing sudah penat mengalah katanya. “asyik-asyik saya je yang nak kena mengalah. Penat lah, sampai bila saya nak kena mengalah.” Kadang-kadang sebab perkara remeh orang berkelahi, sebab penat. ^_^
Saya tak tahu, tapi buat orang susah hati atau sakit hati memang sangat tak best. Serius. Sungguh tak best. Semacam hati sendiri pula yang disakiti. Sebab itu seboleh-bolehnya, saya cuba tak sedaya upaya untuk tak sakitkan hati orang walaupun banyak kali saya gagal dan tergolong dalam golongan perenggan di atas. Ada kala, saya lupa, saya tak patut harapkan yang lebih daripada orang lain andai saya sendiri tak mampu nak berikan itu pada mereka.
“Kita tak boleh nak ubah orang, tapi kita boleh ubah diri kita.” Kata-kata hikmat daripada kak rawai saya.
Terkedu lepas dengar. Betul. Saya sokong.
Mungkin sebab terlalu mengharapkan insan-insan yang ideal di sisi. Kita boleh ubah diri kita, jika kita mahu atau terus menerus menangkan ego kita. Dalam erti kata lain, seharusnya kita berpijak di bumi yang nyata. Jadi lebih realistik. Untuk berada di samping orang yang sudi buat baik pada kita sendiri merupakan rahmat daripadaNya.
Bersyukurlah kan?
Terkedu lepas dengar. Betul. Saya sokong.
Mungkin sebab terlalu mengharapkan insan-insan yang ideal di sisi. Kita boleh ubah diri kita, jika kita mahu atau terus menerus menangkan ego kita. Dalam erti kata lain, seharusnya kita berpijak di bumi yang nyata. Jadi lebih realistik. Untuk berada di samping orang yang sudi buat baik pada kita sendiri merupakan rahmat daripadaNya.
Bersyukurlah kan?
Buat mereka yang saya dah banyak dan berulang kali sakiti, harap maafkan diri saya. Anda boleh lontarkan ketidakpuasan hati anda pada saya~ kena caranya, saya akan terima tanpa sikit pun keraguan. Kalau kurang kena caranya, saya kena tarik nafas panjang dan terima sikit demi sikit.
insyaAllah, semoga Dia permudahkan.
insyaAllah, semoga Dia permudahkan.
[kredit] |
Kadang-kadang kita fokuskan sangat pada perkara yang tak masuk dengan jiwa kita, padahal dah terlalu banyak perkara yang masuk dengan jiwa kita yang kita tak ambil kisah pun. Sayalah tu. semoga kita semua, anda dan saya tergolong dalam golongan yang sabar dan memaafkan orang lain. Walaupun susah, tapi berbaloi. insyaAllah, amin..amin..amin..
Allahu a'lam.
p/s: salam imtihan untuk sahabat-sahabat seangkatan uia dan mana-mana universiti lain yang bakal
menempuhi peperiksaan akhir semester. bittaufiq wannajah.
No comments:
Post a Comment