Baru tadi
terbaca post teman tersayang, yang kita ini berubah kurang-kurang dari segi
fizikalnya. Kalau dulu, dengan selamba je cakap kat kawan-kawan yang dah bawa
hala tuju masing-masing yang diri ini masih sama, tiada apa yang berubah. Tapi
hakikatnya, diri ini bukanlah 100% diri yang pernah mereka kenali suatu masa
dahulu. Dan saya percaya mereka juga begitu, walaupun peratusan berubah amatlah
kecil tapi tetap signifikan.
Hanya
kita empunya badan dan Allah saja yang mengetahui sebanyak mana dan sejauh mana
perubahan yang dah kita lalui. Sejauh mana diri kita dah belajar untuk
menyesuaikan diri dalam keadaan yang kita hadapi kini. Sejauh mana kita
pastikan yang peperangan dalaman yang berlaku dalam diri kita ni tidak dimenangi
oleh pihak yang tak sepatutnya.
Perubahan
yang berlaku ni kadang-kadang memerlukan kita untuk meinggalkan kebiasaan yang
pernah kita buat. Ya, bukan senang untuk meninggalkan sesetengah perkara yang
dah sekian lama sebati dalam hidup kita, tapi itu bukan alasannya. Bukan begitu
orang-orang beriman sekalian?
Dalam
kita menempuh transformasi ni, segala mehnah dan tribulasi akan datang
berkunjung. Bahkan tak jemu-jemu mereka berkunjung. Kadang-kala tersenyum
sendiri memikirkannya. Sudahlah ujian/tugasan akademik dan kerjaya menimbun dihadapan,
datang pula dugaan yang tak terduga oleh kita. Tapi, harus kita ingat yang
ujian/cabaran inilah penanda aras mengukur ketahanan kita. Adakah kita ini
mampu mara ke peringkat seterusnya atau tidak.
Siapa
mahu tetap di takuk lama? Tentu lah tak nak kan?
Belum
termasuk dengan golongan-golongan yang tak dapat menerima cara kita. Lalu
dihunusnya pedang tajam yang menusuk jantung.
"awak
kejam"
"awak
tak patut buat macam tu"
"awak
dah keterlaluan"
"saya
tak faham la dengan awak ni!"
Dan
sebagainya. Sabar, sabar dan teruslah tetap dengan sabar. Sebab, kita tahu kita
buat itu dan ini dengan bersebab. Faham?
Mungkin
mereka tak melalui apa yang sedang kita lalui sekarang dan bila sampai masanya,
dengan izinNya mereka akan faham. Atau mungkin saja cara kita menerangkan pada
mereka agak tidak bersesuaian dengan keadaan mereka, mungkin perlu diperhalusi
lagi method kita.
Akhir
kalam, transformasi itu usahanya perlu banyak, masanya juga bukan sebentar,
fikiran bakal sibuk menepis dan menapis bidasan orang, iman pula turun naik bak
roller coaster. Tapi percayalah, ia sememangnya berbaloi-baloi untuk kita
rasai, untuk kita letakkan sebagai azam. Dan jiwa kita bukan jiwa yang lemah
dan kosong bila transformasi kita itu untuk Allah. Kita mampu lakukannya.
Allahuakbar.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment