Tuesday, 27 December 2011

M.A.A.F

salam 'alaik..


Lumrah kehidupan. Akan ada hati yang terluka. Kita hanya mampu berusaha sebaik mungkin untuk menjaga hati semua pihak, termasuk hati kita. Tapi ada kalanya, mungkin perasaan sendiri terpaksa dikorbankan untuk yang lain dek kerana ingin menjaga hubungan dari terus menjadi teruk. Walaupun hati meronta keras tidak puas hati. Untuk hati yang pernah disakiti, tahniah kerana berjaya mengharungi kesakitan itu. Untuk hati yang sering menyakiti, berpadalah. Hati itu mungkin akan menyakiti dirinya sendiri.

Terlalu banyak perkara yang kita lalui dalam hidup, dan setiap perkara itu sedar atau tidak mendewasakan kita.  Ya, hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian yang mungkin tidak dapat kita rungkaikan pada ketika ini dan mungin tiada logiknya pada asas pemikiran kita. Tapi Dia punya perancangan yang terbaik untuk kita. Kita bertuah punya kitab petunjuk untuk kita jadikan panduan. Saat hati butuhkan ketenangan ada ayat-ayat cinta dari Dia.

“ tetapi barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sungguh demikian termasuk dalam perbuatan yang mulia” (QS asy-syura:43)

Siapa tidak mahu jadi mulia? Saya percaya, takkan ada pembaca yang mengangkat tangan bersetuju dengan persoalan saya tadi. Demikian Allah memujuk kita supaya bersabar dan memaafkan. Supaya kita tergolong dalam kalangan mereka yang punya perwatakan mulia. Subhanallah.

Ada kalanya dalam tak sedar, ada hati yang terluka. Kita bukan manusia sempurna. Kita manusia, yang ada kurangnya. Ada kalanya ego menguasai, masing-masing tak mahu mengalah. Masing-masing sudah penat mengalah katanya. “asyik-asyik saya je yang nak kena mengalah. Penat lah, sampai bila saya nak kena mengalah.” Kadang-kadang sebab perkara remeh orang berkelahi, sebab penat. ^_^

Saya tak tahu, tapi buat orang susah hati atau sakit hati memang sangat tak best. Serius. Sungguh tak best. Semacam hati sendiri pula yang disakiti. Sebab itu seboleh-bolehnya, saya cuba tak  sedaya upaya untuk tak sakitkan hati orang walaupun banyak kali saya gagal dan tergolong dalam golongan perenggan di atas. Ada kala, saya lupa, saya tak patut harapkan yang lebih daripada orang lain andai saya sendiri tak mampu nak berikan itu pada mereka.

“Kita tak boleh nak ubah orang, tapi kita boleh ubah diri kita.” Kata-kata hikmat daripada kak rawai saya.

Terkedu lepas dengar. Betul. Saya sokong.

 Mungkin sebab terlalu mengharapkan insan-insan yang ideal di sisi. Kita boleh ubah diri kita, jika kita mahu atau terus menerus menangkan ego kita. Dalam erti kata lain, seharusnya kita berpijak di bumi yang nyata. Jadi lebih realistik. Untuk berada di samping orang yang sudi buat baik pada kita sendiri merupakan rahmat daripadaNya.

Bersyukurlah kan?

Buat mereka yang saya dah banyak dan berulang kali sakiti, harap maafkan diri saya. Anda boleh lontarkan ketidakpuasan hati anda pada saya~ kena caranya, saya akan terima tanpa sikit pun keraguan. Kalau kurang kena caranya, saya kena tarik nafas panjang dan terima sikit demi sikit.

insyaAllah, semoga Dia permudahkan.

[kredit]


Kadang-kadang kita fokuskan sangat pada perkara yang tak masuk dengan jiwa kita, padahal dah terlalu banyak perkara yang masuk dengan jiwa kita yang kita tak ambil kisah pun. Sayalah tu. semoga kita semua, anda dan saya tergolong dalam golongan yang sabar dan memaafkan orang lain. Walaupun susah, tapi berbaloi. insyaAllah, amin..amin..amin..

Allahu a'lam. 

p/s: salam imtihan untuk sahabat-sahabat seangkatan uia dan mana-mana universiti lain yang bakal 
menempuhi peperiksaan akhir semester. bittaufiq wannajah.         

Sunday, 4 December 2011

Untuk Kamu, Bakal Ketua Bidadari Syurga

Untuk kamu, bakal ketua bidadari syurga.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.r.t.

Perbualan di talian lewat malam tadi seakan-akan terngiang di telinga.

“za, perlu ke orang baik tu semua pakai tudung labuh?” soal sahabat saya.

Berfikir sejenak, cuba menyusun sebaik-baik ayat. Walaupun sebenarnya agak terkejut dengan soalan yang sahabat saya utarakan.

“bagi aku, kita kena tengok balik definisi menutup aurat tu” saya memulakan.

“ya, menutup bahagian dada. Tapi memang kena eh, pakai labuh-labuh? Tak cukup ke kalau setakat tak selempang, tak buat rama-rama macam aku ni?” Beliau menyambung.

“boleh, sape kate tak boleh? Nak buat rama-rama ke, nak buat kupu-kupu ke. Tapi, itu minimum requirement dia. Syarat-syarat minima dia. Kalau kita pakai tudung lagi besar, seolah-olah kita mendapat extra protection kan? Tak rasa macam tu? ”

“huhu, tak boleh eh?”nada sayu.

Saya gelak.

“selagi menutup aurat, bukannya baik ke tidak tu letaknya pada tudung.”
……………………………………………………………………………

[credit]


Nak jadi baik bukan senang, itu hakikatnya. Nak memperoleh jannah, kita kena ada usaha yang luar biasa. 

Kita kena ada kekuatan yang luar biasa. Sebab, yang kita tuju tu bukan benda yang kecik, bukan tempat yang biasa-biasa, tapi tempat yang penuh dengan nikmat Allah. Tempat yang memang kita takkan dapat terbayang macam mana rupa dan keadaannya, keindahannya. Ia melepasi pemikiran kita. Subhanallah.

“aku kan, nak sangat jadi baik. Jeles tengok korang. Tapi aku tak kuat la. Stoking pun tak lekat kat kaki.”

Ye saudari. Kekuatan tu kita kena cari. Nak jadi baik tu satu proses, proses yang berpanjangan. Bukan makan masa sehari dua. Mungkin bertahun. Kita memang akan diuji bila nak buat benda baik, bila kita terarah kepada sesuatu yang baik. Musuh kita takkan senang-senang biarkan kita sampai ke destinasi kita. 

Jadi, semangat yang kental sangat diperlukan.

Bagaimana? Ini dia, teori-teori untuk diterjemahkan menjadi realiti.

Dengan mempunyai pandangan yang jelas untuk apa yang kita tuju

Al quran dan sunah nabi kita jadikan pegangan utama kita. Beruntung amat kita orang islam, ada dua perkara ni. Pemurahnya Dia, Penyayangnya Dia. Sebab dia Dia sediakan pada kita petunjuk yang memang tak dapat ditukar ganti dan dicari di mana-mana pelusuk dunia ni sekalipun. 

Dengan adanya mereka yang budiman  di sisi

Mereka yang budiman ini ialah mereka yang sudi tunjukkan kita jalan dan tarik kita bila kita dalam kegelapan. Mereka takkan senang-senang je nak tinggalkan kita di belakang. Sorang-sorang. Tak kiralah mereka yang budiman itu dari dalam kalangan kaum kerabat ataupun kenalan.  Mereka, walaupun jauh di mata tapi senantiasa dekat di hati. Harapnya kita juga tergolong dalam kalangan mereka yang budiman. Amin.

Dengan adanya persediaan (strategi)

Tentunya kita pelukan strategi yang rapi. Kita kena ada rancangan simpanan (back up plan). Perjalanan yang kita akan tempuhi ini munkin berliku-liku. Jadi, kita kena bersedia menghadapi sebarang situasi. Supaya nanti, kita tidak berpatah balik. Rugi kalau kita berpatah balik. Teruskan, teruskan.

Dengan adanya doa

Doa senjata mukmin kan? Jangan pernah berhenti berdoa. Doalah kat mana-mana sekalipun. Mintalah pada Dia, Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui setiap apa di dalam hati kita. Dan minta juga mereka yang budiman doakan kita,terutamanya ibu kita.. Mungkin doa mereka yang Allah kabulkan dahulu. 

Dengan adanya idola (role model). ^_^

Kata orang, dengan adanya contoh kita lagi senang nak terikut. Mungkin. Boleh jadi beliau yang anda lihat itu memberi kesan yang mendalam dalam hidup anda. Tak mustahil untuk terjadi. Tapi berhati-hati dalam memilih dan jangan lupa, beliau juga manusia biasa. Tak terlepas dari silap. Mana yang baik kita ambil, yang kurang kita usahakan untuk ingatkan diri supaya tidak terikut sama.

Dengan selalu bermuhasabah

Hidup kita, kadang-kala ada masanya yang seolah-olah kita tidak menyedari yang kita buat silap. Kita manusia. Itu normal. Setiap manusia memang takkan terlepas daripada kesalahan. Yang penting kita sedar dan kita ambil langkah untuk tidak kembali mengulanginya. Kita belajar dari kesalahan. Luangkan sedikit masa kita untuk kita bermuhasabah, untuk kita menganalisa perbuatan kita, hari kita. Mudah-mudahan, hari ini lebih baik daripada hari semalam. insyaAllah.

…………………

Saya yang menulis juga tidak terlepas dari dugaan ini. Sebab itu saya katakan nak jadi baik itu satu proses. Proses pembaikan diri. Apa lagi? Yuk! Mula melangkah.

Untuk saudari-saudari bakal ketua bidadari syurga, semoga Allah terus berikan kita kekuatan untuk menjadi solehah. Semoga Allah kuatkan langkahan kita menongkah cabaran. Semoga nanti kita kan bertemu di sana. Amin.

Saturday, 26 November 2011

Maghrib 21.11.11

Bismillahirrahmanirrahim..

………….

Matahari kian beransur pergi membiarkan rembulan muncul bersinar. Malam memunculkan diri menggantikan siang. Indahnya aturan Ilahi. Maghrib hari ini tenang, damai. Alhamdulillah, aku masih dapat mengecapi nikmat kurniaanNya.

Bib.. 1 messege received.

Siapa agaknya, ah, telefon bimbitku entah ke mana. Cepat-cepat mengingat kembali di mana letaknya gadget kecil itu. Ya, di situ. Tertera namanya di skrin, insan yang kini jarang sekali dapat kutemui. Masing-masing dengan jadual masing-masing. Tak sabar rasanya untuk mengetahui isinya.

uhibbukifillah abadan abada..[kredit]


> Salam awak, pegi tak malam ni?

“Malam ni?” diriku bermonolog, ada apa malam ni? Laju jari-jemariku menekan punat memeriksa inbox. Oh, ada ceramah yang menarik malam ni. Sungguh, aku terlupa.

# Wslm, ehm, xtau lg la awk.hehe. Nape? 

> Xde, saje je, rindu nak duduk sebelah awak.heheh.

He.. berbunga hatiku, ya, aku juga rindu padanya. Sudah agak lama tak berjumpa, berbual mesra. Ini masanya.

# Haha, terharu3, nti sy cari-cari dulu geng ke sane, pape nati sy roger ye?

> Okeh. =)

Bukan senang nak dapat peluang ni. Kebetulan, minggu ni jadualku  dan jadualnya agak lengang. Malam hari di kampus banyak diselitkan dengan program-program bermanafaat. Pilihan terserah pada kami sama ada untuk menghadirinya atau terus saja tinggal di bilik.

Beberapa minit kemudian.

# Okeh, jumpa kat sana nti. Copkan tempat utk sy..hehe 

> Okeh, jumpa kat sana =D

Bersama kami harungi detik-detik di matrikulasi bersama, sudah dicop sebagai kembar bak kata kawan-kawan kami. Ya, di mana dia berada, di situ juga aku kelihatan. Rindu saat kami bersama. Kami masih lagi dekat, Cuma tidak sekuliyyah dan tidak sekolej. Jarang yang teramat untuk terserempak melainkan ketika di cafeteria.

Terkoyak senyuman pabila mengimbas kenangan lalu. Indah.

Dirinya istimewa padaku adalah kerana sikapnya yang sangat protective. Allah saja yang mengetahui betapa aku amat bersyukur dikurnia sahabat sepertinya. Kurasakan sungguh bertuah diri ini dikelilingi sahabat-sahabat yang protective. Kami bermula dengan minat yang sama, perangai yang hampir sama. Cuma dia lebih tegas dariku dan sudah tentu lebih protective dariku. Arif benar tetang sifatku. Aku selamat dengannya, tidak pernah pun terdetik kerisauan  bila bersama dengannya.
Dia tempatku mencurahkan suka dan duka, dan aku juga begitu padanya. Alhamdulillah.

Bib..

# Dah smpai? Sy msuk dulu k, nti cari sy ye. 

> Belum2. Okeh2. =)
…………………….

 Dah smpai, katne?

# Ni, kt blakg2 je.

Alhamdulillah. Jumpa juga akhirnya. Gengaman tangan kami berpaut. Pipi berlaga. Hehe, seronok dapat jumpa orang sibuk ni.  Celoteh kami bermula sementara menanti program bermula, terlalu banyak untuk diceritakan. Tentang kehidupan kami di menara gading, tentang hati kami, segala-galanya. Dalam hatiku, dia sahabat yang baik. Memang sahabat yang baik. Biar nanti kami kekal bersahabat hingga ke syurga abadi.

Diriku dan dirinya, masing-masing adalah expressionless. Segan nak mengungkapkan. Masing-masing buat cool je. Tiada kisah rajuk –merajuk. Bak kata dia “saya tak merajuk dengan orang pompuan”. Haha, jadi, layan je la. Memang tak pernah kami begaduh. Mengharapkan masing-masing faham apa yang nak disampaikan. Cukup dengan non-verbal communication. Bila dengar lagu-lagu pasal sahabat, dua-dua buat tak tahu. buat-buat tak dengar konon. =D 

Tapi sekarang, sudah ada sedikit peningkatan. Sudah ada perkataan yang diungkapkan, bila  salam nak laga pipi pun dah tak segan. Slumber je, sama bila dengan bersama orang lain. Kalau dulu pelik sangat bila nak dilagakan pipi. Entah pape je. =_=’

Selesai ceramah, kami disajikan dengan persembahan deklamasi sajak dan nasyid.

Kutoleh ke kiriku. Kuhela nafas dalam-dalam.

“rindu..kan?” kataku.

Dia senyum, mengangguk. “aah, rindu sangat.”

~kenangan lalu, masa tak mungkin akan kembali dan kenangan tu kami simpan kemas dalam kotak ingatan kami.

Perancangan Allah tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang dapat menduga. Berjauhan dengannya membuatkanku untuk jauh berfikir tentang persahabatan kami. Apakah haknya sudah aku penuhi?
Aku sendiri tertanya-tanya diriku, berapa banyak haknya yang sudah kuabaikan lantaran kejahilanku. Pengisian tentang hak-hak sahabat dari sahabat-sahabat lain amat terkesan di jiwaku. Antaranya:
  1.     Bersahabatlah kerana Allah
  2.        Isthar dengan sahabat (mendahului sahabat)
  3.        Jaga kehormatan sahabat kita (menjaga maruah, rahsia)
  4.        Bantu sahabat kita yang dalam kesusahan
  5.        Berusaha memberikan apa yang sahabat kita sukai.
  6.        Tidak memburuk-burukkan sahabat kita dibelakangnya.
  7.        Bersangka baik dengan sahabat kita

Dan banyak lagi sebenarnya. Dan sungguh persahabatan yang disertai dengan cinta padaNya itu akan bertahan.

Dua jam berlalu, hatiku kembang mekar. Berjumpa orang yang dirindui kerana Allah. Lewat pertemuan  kami,

“belajar molek-molek, jangan tensyen-tensyen.” Pesannya padaku. Kutersengeh bukan lagi tersenyum dan seraya mengangguk.

“insyaAllah, nanti jumpa lagi ye.”

Telapak tangan kami bersatu, erat mengenggam. Kami berbalas senyum, senyum dari hati untukku dan dia.

Ya allah, selamatkan kami, ampuni kami, rahmati kami. Semoga ikatan hati kami akan kekal hingga ke syurga abadi. Amin ya Rabb..

Allahua’lam.