Thursday, 26 May 2011

Apabila dia Datang Bertandang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

 “Siti, bila tension apa yang ko buat? “Tiba-tiba terkeluar soalan ni daripada mulut Nurul.


“Tension? Tension pasal apa? Tengoklah tensionnya pasal apa. Kalau tension dengan orang, aku tak duduk dekat dengan dia. Sebab ye lah, takut terkeluar perkataan-perkataan yang boleh mengguris hati orang tu.” Siti menjawab.

“Tapikan, kadang-kadang kita kena bagi jugak kat orang tu.” Kurang bersetuju nampaknya Nurul dengan jawapan Siti.

Nurul dan Siti sama-sama mengangguk.

“ Aah, kadang-kadang, ada juga yang kena, tapi tu kalau dah memang marah sangat-sangat la. Tapi selagi boleh tahan tu, tahan je la. Payah pulak bila dah terkeluar perkataan-perkataan yang aku kalau boleh tak nak keluarkan tu.”

“Tu kalau kita tension dengan orang, kalau kita tak tahu dengan apa kita tension macam  mana pulak?” Nurul  tanya lagi.

“Haha, kalau ko tak tahu punca dia, ko kena cari dulu punca dia. Baru boleh nak release tension tu. Biasanya kalau macam tu, duduk sorang-sorang cari punca. Kadang-kadang tak boleh nak duduk sorang-sorang jugak, kena jugak cari orang lain. Mana tahu, orang lain tu boleh bagi pandangan yang bernas untuk kita kan?”panjang lebar Siti menjelaskan.

 “Betul, betul, betul.” Nurul mengiyakan.

Itu sketsanya apabila dua orang kawan duduk bercerita.



 Apabila datangnya masalah, ada tiga cara yang mungkin akan kita ambil. Pertama, bertindak menyelesaikan. Kedua, lari daripadanya. Dan ketiga, duduk diam tanpa buat apa-apa. Kita bebas untuk memilih jalan yang kita sukai. Kadang-kadang berdiam diri lebih baik. Lari? Apakah seseorang itu dianggap pengecut andainya dia bertindak melarikan diri daripada masalah yang dia hadapi.

 Biasanya memang ya. Tapi sampai bila mahu lari? Sampai kita keletihan? Dan apabila kita bertindak untuk mencari solusi pada permasalan itu, mungkin juga keadaan akan bertambah baik, mungkin juga tidak tapi yang penting pada saat ini segala pertimbangan yang rasional diperlukan..

Manusia punya cara tersendiri. Bergantung pada kehendak diri mereka, bergatung pada kaca mata mreka menilai permasalahan itu. Pendekatan untuk berdepan dengan masalah juga begitu. Sesetengah orang mampu berfikir secara rasional dan tidak mudah melatah apabila masalah datang melanda. Sesetengahnya pula, mungkin bertindak melulu tanpa sempat merangka pelan yang efektif malah bertindak secara drastik.

Mana satu diri kita? Tepuk dada tanya iman. Sungguh, tak senang bila nak berdepan dengan masalah. Nak menenangkan diri dalam keadaan yang membuatkan kita tertekan. Hinggakan dada merasa sempit dek masalah yang bertandang. Tapi percayalah, semuanya ada jalan penyelesaian.

 Kuncinya sabar. 

Ujian bertandang, tandanya Allah sayang. Ujian yang bertandang, itu tanda kasih Allah pada hambaNya. Allah tidak akan membebani hambanya dengan beban yang tak mampu kita tanggung. Kita bukan kesorangan, walaupun tiada seorang manusia sekalipun di sisi kita. Ingat,kita ada Allah di sisi kita.

“Allah tidak membebankan sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya….”
(Al baqarah : 286)

 Cuma kita yang lupa, Cuma kita yang kurang meluangkan masa dengan Allah. Mungkin ada yang berpendapat, bila susah baru ingat Allah. Jadi? Takkan kata-kata tu nak mengendurkan niat kita dari ingat Allah pada masa susah kita?

 Ingat, sekurang-kurangnya, Allah jadi tempat kita merintih, mengadu. 

Biar untuk ketika ini kita cari Allah pada masa susah kita walaupun sepatutnya Dia yang kita ingat sepanjang detik dalam hayat kita. Detik di hadapan kelak kita cuba ingat Allah baik ketika susah atau senang. Jangan lagi berlengah. Kita kuatkan diri untuk menunaikan hak Allah yang kita abaikan. 

Kita menifestasikan syahadah yang kita ucap-ucapkan selama ini. Selamanya hidup dan mati kita, kita pasrahkan padaNya. Jadi, bila dia datang bertandang senyumlah padanya =).

Wassalam..

No comments:

Post a Comment