Alhamdulillah, selamat pulang daripada jaulah ke Johor. Menghadiri walimah Kak Aliya dan Akh Saifudin. Berkonvoi dari Uiam Kuantan menuju ke Skudai bersama akhwat tercinta. Dah lama teringin nak menghadiri walimah rakan, Alhamdulillah Dia permudahkan juga.
Penyatuan dua keluarga. Pembinaan baitul muslim, selangkah maju Kak Aliya dan suami menapak. Moga kekal hingga ke syurga. Penyatuan ini memerlukan matlamat yang jelas. Bukan setakat bersatunya dua insan dan majlisnya sahaja, tapi lebih daripada itu.
Penyatuan yang memerlukan persedian yang teliti. Sebelum dan selepas.
Pengantin Baru kita :) [kredit to kak sayang for the pic] |
Bak kata Puan Zaini, ‘takat kursus kawin aja belum cukup.’
Sebab keluarga bukan benda kecik yang boleh kita main-main. Bukan umat islam yang hanya pada namanya ingin kita hasilkan. Tapi umat islam yang benar-benar faham dan mempraktikkan ajaran islam yang mulia itu sendiri yang kita mahukan.
Seringkali saya kagum melihat pasangan-pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mampu bersama hingga berpuluh-puluh tahun. Hubungan mereka tetap erat, bergurau senda, si suami menghantar si istri ke tempat yang ingin di tuju, si istri menjahit baju raya untuk dipakai oleh suaminya. Sungguh, mereka bahagia. Mungkin ketiadaan itu yang mengingatkan mereka, ‘aku masih di sisi kamu.’ Mungkin. Tapi, ayat itu hanya spekulasi je ^-^Tersenyum sendiri melihat pasangan yang sudah agak veteran tapi masih mengusik mesra antara satu sama lain.
Tapi yang seharusnya kita tahu, memburu cintaNya adalah cinta yang paling utama. Kerana cintaNya sahaja yang kekal abadi. Menyayangi makhlukNya bukan bermakna kita mengenetepikan cintaNya. Tapi sebaliknya membuatkan cinta kita padaNya lebih mendalam kerana Dia telah mengurniakan mereka.
Cinta yang dilandaskan pada landasanNya, insyaAllah Dia akan permudahkannya. Cuma perlu berhati-hati dalam mengatakan ‘cinta pada landasanNya’ kerana kalimah ini risau tinggal sebagai hanya pemanis bibir. Biar yang haq (benar) itu tetap haq dan yang batil itu kita buang. Kalimah ‘islami’ tidak perlu bersekongkol dengan kalimah-kalimah yang kurang enak didengar.
Cukup saja setakat ini buat kali ini. Moga-moga, kita ini dikurniakan orang-orang yang mencintaiNya dan moga kita ini juga mencintaiNya. insyaAllah.
Allahua’lam.
No comments:
Post a Comment