assalamualaikum.
Alhamdulillah dengan izinNya, isnin lepas telah diadakan sesi penerangan tentang Syria oleh Ustaz Ali bin Nayef Al Shahood pensyarah UMP. Sukalah kiranya untuk saya kongsikan penerangan tersebut. penenrangan tersebut dibahagikan kepada sembilan bahagian penting.
1. Kelebihan syam
Damsyik ialah ibu kota bagi Negara Syria. Yang dahulunya terkenal dengan nama ‘negeri syam’. Dimana negeri syam ini adalah pada hakikatnya meliputi 4 buah Negara. Iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Tetapi telah melalui proses pemecahan dan pengasingan sempadan oleh kerajaan kafir eropah suatu ketika dahulu.
a. Disebut di dalam al-quran dalam surah al-anbiya:71
b. Pernah tersebut di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang mendoakan keberkatan negeri syam. Maksud sebuah hadis: Rasulullah s.a.w berdoa: ”Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”.
c. Selain itu di dalam Al-quran juga membuktikan bahawa negeri syam ialah kawasan yang diberkati oleh Allah. Maksud dari surah al-isra’ ayat 1: “Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. Maksud ‘sekelilingnya’ yang terdapat di dalam ayat ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai bumi syam. Selain dari hadis dan ayat al-quran ini, masih banyak hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan negeri syam dan damsyik.
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. Maksud ‘sekelilingnya’ yang terdapat di dalam ayat ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai bumi syam. Selain dari hadis dan ayat al-quran ini, masih banyak hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan negeri syam dan damsyik.
2. Sebab berlakunya revolusi (baru)
3. Sebab berlakunya revolusi (Hafez al Assad)
a. Penyerahan Bukit Golan kepada yahudi dan selama 43 tahun penyerahannya, tiada sebutir peluru pun terkena pada yahudi
b. Pembuangan general dan askar yang mempunyai fikrah islamiyah
c. Mengubah pelembagaan Negara :- islam dibuang dari menjadi agama rasmi Negara
d. Sistem pembelajaran berbentuk secular
e. Pengeluaran filem iklan yang berbaur kemaksiatan (untuk merosakkan rakyat)
4. Sebab berlakunya revolusi (Basyar al Assad)
a. Memegang tampuk kepimpinan tentera
b. Memperbanyakkan kemungkaran spt tempat aksiat dan kedai arak
c. Banyak menabur janji manis yang tidak dilaksanakan
d. Mengaharamkan pemakaian niqab
e. Rasuah berleluasa
f. Robohkan rumah rakyat sendiri
g. Menghasilkan tentera yang sanggup mati untuknya
5. Sebab berlakunya revolusi (pengaruh asing)
Rentetan revolusi Negara islam lain seperti tunisia dan lubnan yang tersebar luas di media,rakyat Syria merasakan mereka juga mampu berbuat demikian.
6. Reaksi terhadap rakyat
a. Rakyat sengaja dibunuh
b. Rumah rakyat dirobohkan
c. Masjid dirobohkan atau ditukar menjadi tempat maksiat
d. Haling bantuan dari luar untuk sampai kepada rakyat
7. Tindak balas rakyat pada sistem
Walau bagaimana perit sekali pun keadaan mereka, mereka terus tsabat pada jalan ini.
8. Kemenangan yang dijanji
Janji Allah yang kemenangan adalah milik orang-orang yang berjuang pada jalanNya mendorong mereka untuk meneruskan perjuangan mereka.
9. Apa yang boleh kita sumbangkan pada mereka
a. Sumbangan dari segi material seperti duit, pakaian, makanan dan sebagainya.
b. Doa semoga mereka akan terus tsabat pada perjuangan mereka.
c. Sebagai penuntut seharusnya kita mengambil tahu keadaan sebenar di sana dan cuba menyampaikan pada sahabat-sahabat kita yang lain.
Allahua’lam. Semoga bermanafaat. Hidup yang hanya sementara ini, ayuh kita maknakannya. Katakan "aku peduli akan saudaraku."
Sumber
Ustaz ali
Ikram.org
No comments:
Post a Comment