Thursday, 26 May 2011

Apabila dia Datang Bertandang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

 “Siti, bila tension apa yang ko buat? “Tiba-tiba terkeluar soalan ni daripada mulut Nurul.


“Tension? Tension pasal apa? Tengoklah tensionnya pasal apa. Kalau tension dengan orang, aku tak duduk dekat dengan dia. Sebab ye lah, takut terkeluar perkataan-perkataan yang boleh mengguris hati orang tu.” Siti menjawab.

“Tapikan, kadang-kadang kita kena bagi jugak kat orang tu.” Kurang bersetuju nampaknya Nurul dengan jawapan Siti.

Nurul dan Siti sama-sama mengangguk.

“ Aah, kadang-kadang, ada juga yang kena, tapi tu kalau dah memang marah sangat-sangat la. Tapi selagi boleh tahan tu, tahan je la. Payah pulak bila dah terkeluar perkataan-perkataan yang aku kalau boleh tak nak keluarkan tu.”

“Tu kalau kita tension dengan orang, kalau kita tak tahu dengan apa kita tension macam  mana pulak?” Nurul  tanya lagi.

“Haha, kalau ko tak tahu punca dia, ko kena cari dulu punca dia. Baru boleh nak release tension tu. Biasanya kalau macam tu, duduk sorang-sorang cari punca. Kadang-kadang tak boleh nak duduk sorang-sorang jugak, kena jugak cari orang lain. Mana tahu, orang lain tu boleh bagi pandangan yang bernas untuk kita kan?”panjang lebar Siti menjelaskan.

 “Betul, betul, betul.” Nurul mengiyakan.

Itu sketsanya apabila dua orang kawan duduk bercerita.

Saturday, 14 May 2011

Kekuatan Ruh Optimis dan Positif

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum.

perkongsian dari seorang ustaz mungkin ringkas dan mudah tajuknya, tapi padat isinya. penyampaiannya begitu dekat di hati. Allahamdulillah, jadi saya kongsikan bersama penyampaian beliau.

Mengikut pandangan Islam, manusia itu pada asasnya adalah :
1.     Makhluk suci.
2.     Dilahirkan dalam keadaan suci.
3.     Mampu kembali lagi kepada kesuciannya.

Pandangan tersebut merupakan pandangan yang sangat positif dan optimis tentang manusia.
Di dalam Al Qur’an, Allah swt menyebut manusia sebagai makhluk yang paling baik atau paling sempurna.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (QS At-Tin : 4) 

Islam juga mengakui bahwa manusia adalah makhluk yang diberikan kemuliaan.

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan.” (QS Al Isra’ : 70)

Salah satu contoh aplikasi pandangan positif dan optimis Islam tentang manusia adalah penyebutan hati (qalbu) dengan istilah ‘nurani’ .

Perkataan ini berasal dari kata ‘nuur’ yang ertinya cahaya. Jadi, ‘nurani’  bererti memiliki sifat cahaya. Oleh yang demikian, ketika kita menyebut ‘hati nurani’ sesungguhnya terkandung maksud bahwa hati kita itu memiliki kemampuan untuk ‘memberi cahaya’ atau ‘menerangi’ jalan hidup kita.  

Oleh kerana itulah Rasulullah saw, ketika ditanya seseorang tentang cara untuk membezakan mana perbuatan yang baik dan mana perbuatan yang buruk, baginda menjawab ;
“Tanyalah kepada hatimu!”

Dari jawaban Rasulullah saw tersebut (bahwa hati kita memiliki kemampuan untuk menerangi jalan hidup kita), ulama’ tasauf sering menyebut hati sebagai “ad-diin” (agama). Maksudnya, agama yang ditanam di dalam diri manusia dan sangat bersesuaian dengan agama yang diturunkan dari langit iaitu‘Al Islam’.