Showing posts with label ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label ukhuwah. Show all posts

Tuesday, 18 February 2014

Durian ^-^

Bismillah.

Malam tadi.

Akak, ape benda yang akak suka? Buat masa ni. Benda yang buat hati akak flattered bila akak dapat benda tu. Hilang marah dan segala-galanya yang membahagiakan. Kalo kite durian.


Wow. 

Gitu lebih kurang.

Erm, apa eh? Setakat ni, akak akan rasa bahagia bila tengok benang-benang yang tersusun. Rasa bahagia amat bila boleh tengok walaupun tak beli. Musim tengah gila buat crochet kot.

Semua orang pun 

"oooo"

heh, pelik. Tapi korang kena terima la kan.

****

Tapi sebenarnya, dah terlebih gembira pun tengok adik-adik tu membesar. Bonding to each other. Boleh ajak circlemate yang lain tahun pegi pasar malam sama-sama even though I wouldn’t expect them to do that. They’ve grown up. I think they filled the gap.

Alhamdulillah. Bak kata kakak-kakak dulu, kalau mati pun,boleh tutup mata. (macam tu ke?) 

Gembira dan bersyukur.

Memang betol kata-kata pak cik puluhan tahun tu. Mereka penguat kita. Setuju 100%.

Macam-macam ragam dan masing-masing ada gaya tersendiri. Tapi yang penting, sayang tu sentiasa ade.


Peace.

Sunday, 17 March 2013

Seluas Hamparan

bismillah.

serius lama tak terisi blog ni. bila jalan-jalan tengok blog kawan-kawan cukup untuk membuatkan saya tersenyum. gembira untuk mereka yang masih gagah menulis saban hari.

well, hidup kita, kita jumpa ramai orang. kita kawan dengan macam-macam jenis orang perangainya, kesukaannya dan sebagainya. dan elemen asas dalam berhubungan tak kira hubungan dengan Allah tuhan kita atau bila berhubungan sesama manusia.

buktikan!
jadi, sama-sama kita lapangkan dada, jadi setenang dan serasional yang boleh semestinya. semoga kita tergolong dalam golongan-golongan yang sentiasa berlapang dada. amin.

Tuesday, 27 December 2011

M.A.A.F

salam 'alaik..


Lumrah kehidupan. Akan ada hati yang terluka. Kita hanya mampu berusaha sebaik mungkin untuk menjaga hati semua pihak, termasuk hati kita. Tapi ada kalanya, mungkin perasaan sendiri terpaksa dikorbankan untuk yang lain dek kerana ingin menjaga hubungan dari terus menjadi teruk. Walaupun hati meronta keras tidak puas hati. Untuk hati yang pernah disakiti, tahniah kerana berjaya mengharungi kesakitan itu. Untuk hati yang sering menyakiti, berpadalah. Hati itu mungkin akan menyakiti dirinya sendiri.

Terlalu banyak perkara yang kita lalui dalam hidup, dan setiap perkara itu sedar atau tidak mendewasakan kita.  Ya, hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian yang mungkin tidak dapat kita rungkaikan pada ketika ini dan mungin tiada logiknya pada asas pemikiran kita. Tapi Dia punya perancangan yang terbaik untuk kita. Kita bertuah punya kitab petunjuk untuk kita jadikan panduan. Saat hati butuhkan ketenangan ada ayat-ayat cinta dari Dia.

“ tetapi barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sungguh demikian termasuk dalam perbuatan yang mulia” (QS asy-syura:43)

Siapa tidak mahu jadi mulia? Saya percaya, takkan ada pembaca yang mengangkat tangan bersetuju dengan persoalan saya tadi. Demikian Allah memujuk kita supaya bersabar dan memaafkan. Supaya kita tergolong dalam kalangan mereka yang punya perwatakan mulia. Subhanallah.

Ada kalanya dalam tak sedar, ada hati yang terluka. Kita bukan manusia sempurna. Kita manusia, yang ada kurangnya. Ada kalanya ego menguasai, masing-masing tak mahu mengalah. Masing-masing sudah penat mengalah katanya. “asyik-asyik saya je yang nak kena mengalah. Penat lah, sampai bila saya nak kena mengalah.” Kadang-kadang sebab perkara remeh orang berkelahi, sebab penat. ^_^

Saya tak tahu, tapi buat orang susah hati atau sakit hati memang sangat tak best. Serius. Sungguh tak best. Semacam hati sendiri pula yang disakiti. Sebab itu seboleh-bolehnya, saya cuba tak  sedaya upaya untuk tak sakitkan hati orang walaupun banyak kali saya gagal dan tergolong dalam golongan perenggan di atas. Ada kala, saya lupa, saya tak patut harapkan yang lebih daripada orang lain andai saya sendiri tak mampu nak berikan itu pada mereka.

“Kita tak boleh nak ubah orang, tapi kita boleh ubah diri kita.” Kata-kata hikmat daripada kak rawai saya.

Terkedu lepas dengar. Betul. Saya sokong.

 Mungkin sebab terlalu mengharapkan insan-insan yang ideal di sisi. Kita boleh ubah diri kita, jika kita mahu atau terus menerus menangkan ego kita. Dalam erti kata lain, seharusnya kita berpijak di bumi yang nyata. Jadi lebih realistik. Untuk berada di samping orang yang sudi buat baik pada kita sendiri merupakan rahmat daripadaNya.

Bersyukurlah kan?

Buat mereka yang saya dah banyak dan berulang kali sakiti, harap maafkan diri saya. Anda boleh lontarkan ketidakpuasan hati anda pada saya~ kena caranya, saya akan terima tanpa sikit pun keraguan. Kalau kurang kena caranya, saya kena tarik nafas panjang dan terima sikit demi sikit.

insyaAllah, semoga Dia permudahkan.

[kredit]


Kadang-kadang kita fokuskan sangat pada perkara yang tak masuk dengan jiwa kita, padahal dah terlalu banyak perkara yang masuk dengan jiwa kita yang kita tak ambil kisah pun. Sayalah tu. semoga kita semua, anda dan saya tergolong dalam golongan yang sabar dan memaafkan orang lain. Walaupun susah, tapi berbaloi. insyaAllah, amin..amin..amin..

Allahu a'lam. 

p/s: salam imtihan untuk sahabat-sahabat seangkatan uia dan mana-mana universiti lain yang bakal 
menempuhi peperiksaan akhir semester. bittaufiq wannajah.         

Saturday, 26 November 2011

Maghrib 21.11.11

Bismillahirrahmanirrahim..

………….

Matahari kian beransur pergi membiarkan rembulan muncul bersinar. Malam memunculkan diri menggantikan siang. Indahnya aturan Ilahi. Maghrib hari ini tenang, damai. Alhamdulillah, aku masih dapat mengecapi nikmat kurniaanNya.

Bib.. 1 messege received.

Siapa agaknya, ah, telefon bimbitku entah ke mana. Cepat-cepat mengingat kembali di mana letaknya gadget kecil itu. Ya, di situ. Tertera namanya di skrin, insan yang kini jarang sekali dapat kutemui. Masing-masing dengan jadual masing-masing. Tak sabar rasanya untuk mengetahui isinya.

uhibbukifillah abadan abada..[kredit]


> Salam awak, pegi tak malam ni?

“Malam ni?” diriku bermonolog, ada apa malam ni? Laju jari-jemariku menekan punat memeriksa inbox. Oh, ada ceramah yang menarik malam ni. Sungguh, aku terlupa.

# Wslm, ehm, xtau lg la awk.hehe. Nape? 

> Xde, saje je, rindu nak duduk sebelah awak.heheh.

He.. berbunga hatiku, ya, aku juga rindu padanya. Sudah agak lama tak berjumpa, berbual mesra. Ini masanya.

# Haha, terharu3, nti sy cari-cari dulu geng ke sane, pape nati sy roger ye?

> Okeh. =)

Bukan senang nak dapat peluang ni. Kebetulan, minggu ni jadualku  dan jadualnya agak lengang. Malam hari di kampus banyak diselitkan dengan program-program bermanafaat. Pilihan terserah pada kami sama ada untuk menghadirinya atau terus saja tinggal di bilik.

Beberapa minit kemudian.

# Okeh, jumpa kat sana nti. Copkan tempat utk sy..hehe 

> Okeh, jumpa kat sana =D

Bersama kami harungi detik-detik di matrikulasi bersama, sudah dicop sebagai kembar bak kata kawan-kawan kami. Ya, di mana dia berada, di situ juga aku kelihatan. Rindu saat kami bersama. Kami masih lagi dekat, Cuma tidak sekuliyyah dan tidak sekolej. Jarang yang teramat untuk terserempak melainkan ketika di cafeteria.

Terkoyak senyuman pabila mengimbas kenangan lalu. Indah.

Dirinya istimewa padaku adalah kerana sikapnya yang sangat protective. Allah saja yang mengetahui betapa aku amat bersyukur dikurnia sahabat sepertinya. Kurasakan sungguh bertuah diri ini dikelilingi sahabat-sahabat yang protective. Kami bermula dengan minat yang sama, perangai yang hampir sama. Cuma dia lebih tegas dariku dan sudah tentu lebih protective dariku. Arif benar tetang sifatku. Aku selamat dengannya, tidak pernah pun terdetik kerisauan  bila bersama dengannya.
Dia tempatku mencurahkan suka dan duka, dan aku juga begitu padanya. Alhamdulillah.

Bib..

# Dah smpai? Sy msuk dulu k, nti cari sy ye. 

> Belum2. Okeh2. =)
…………………….

 Dah smpai, katne?

# Ni, kt blakg2 je.

Alhamdulillah. Jumpa juga akhirnya. Gengaman tangan kami berpaut. Pipi berlaga. Hehe, seronok dapat jumpa orang sibuk ni.  Celoteh kami bermula sementara menanti program bermula, terlalu banyak untuk diceritakan. Tentang kehidupan kami di menara gading, tentang hati kami, segala-galanya. Dalam hatiku, dia sahabat yang baik. Memang sahabat yang baik. Biar nanti kami kekal bersahabat hingga ke syurga abadi.

Diriku dan dirinya, masing-masing adalah expressionless. Segan nak mengungkapkan. Masing-masing buat cool je. Tiada kisah rajuk –merajuk. Bak kata dia “saya tak merajuk dengan orang pompuan”. Haha, jadi, layan je la. Memang tak pernah kami begaduh. Mengharapkan masing-masing faham apa yang nak disampaikan. Cukup dengan non-verbal communication. Bila dengar lagu-lagu pasal sahabat, dua-dua buat tak tahu. buat-buat tak dengar konon. =D 

Tapi sekarang, sudah ada sedikit peningkatan. Sudah ada perkataan yang diungkapkan, bila  salam nak laga pipi pun dah tak segan. Slumber je, sama bila dengan bersama orang lain. Kalau dulu pelik sangat bila nak dilagakan pipi. Entah pape je. =_=’

Selesai ceramah, kami disajikan dengan persembahan deklamasi sajak dan nasyid.

Kutoleh ke kiriku. Kuhela nafas dalam-dalam.

“rindu..kan?” kataku.

Dia senyum, mengangguk. “aah, rindu sangat.”

~kenangan lalu, masa tak mungkin akan kembali dan kenangan tu kami simpan kemas dalam kotak ingatan kami.

Perancangan Allah tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang dapat menduga. Berjauhan dengannya membuatkanku untuk jauh berfikir tentang persahabatan kami. Apakah haknya sudah aku penuhi?
Aku sendiri tertanya-tanya diriku, berapa banyak haknya yang sudah kuabaikan lantaran kejahilanku. Pengisian tentang hak-hak sahabat dari sahabat-sahabat lain amat terkesan di jiwaku. Antaranya:
  1.     Bersahabatlah kerana Allah
  2.        Isthar dengan sahabat (mendahului sahabat)
  3.        Jaga kehormatan sahabat kita (menjaga maruah, rahsia)
  4.        Bantu sahabat kita yang dalam kesusahan
  5.        Berusaha memberikan apa yang sahabat kita sukai.
  6.        Tidak memburuk-burukkan sahabat kita dibelakangnya.
  7.        Bersangka baik dengan sahabat kita

Dan banyak lagi sebenarnya. Dan sungguh persahabatan yang disertai dengan cinta padaNya itu akan bertahan.

Dua jam berlalu, hatiku kembang mekar. Berjumpa orang yang dirindui kerana Allah. Lewat pertemuan  kami,

“belajar molek-molek, jangan tensyen-tensyen.” Pesannya padaku. Kutersengeh bukan lagi tersenyum dan seraya mengangguk.

“insyaAllah, nanti jumpa lagi ye.”

Telapak tangan kami bersatu, erat mengenggam. Kami berbalas senyum, senyum dari hati untukku dan dia.

Ya allah, selamatkan kami, ampuni kami, rahmati kami. Semoga ikatan hati kami akan kekal hingga ke syurga abadi. Amin ya Rabb..

Allahua’lam.

Friday, 30 September 2011

Baik :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Jadi baik oh jadi baik.

“saya nak jadi budak baik. ” saya terbaca ayat ni lebih kurang setahun lepas,ayat yang kawan saya tulis. Masa tu saya tertanya-tanya sendirian kenapa, kawan saya ni tak cukup baik ke? Tengok orangnya bukan dalam kategori nakal. Saya salin balik ayat dia, tak tahu kenapa saya salin semula.Tapi saya diamkan saja pertanyaan tu, biarkan bermain-main dalam benak sendiri.



Kita biasa dipuji dengan perkataan baik, contohnya  “ala, awak kan baik.” Ditakdirkan Allah, saya jumpa lagi ayat “saya nak jadi orang baik”. Ok. Jumpa dalam novel milik adik saya.  Novel Hlovate tajuknya Versus.

Jadi baik tu macam mana?

Kita tahu, kita nak jadi baik. Setakat ni tak pernah pulak jumpa orang yang nak jadi jahat. Tapi macam mana?

When you got stuck,get back to definition.” Pinjam ayat Dr Jesni sikit. Sangat mendalam makna ayat ni. praktikal dalam ruang lingkup kehidupan.

Jadi, kalau kita nak jadi baik, kita kena jugak tahu baik tu apa. Ciri-ciri dia macam mana. Sebab maknanya 
terlalu abstrak. Baik anda lain dari baik saya. Baik orang islam lain dari baik orang bukan islam. Baik bila kita ikut apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Tu apa yang saya dapat daripada buku tu. Tak ada apa yang lebih baik dari buat yang Allah suruh dan tinggal yang Allah larang.


Kalau kita berkawan, kita tahu macam mana kawan kita kan? Kalau contohnya kita nak jadi ahli matematik, mesti kita kena tahu ciri-ciri dia kan? Kalau nak jadi pensyarah, penyelidik, cikgu, kita memang kena tahu tentang perkara-perkara tu. Sebab bila kita kenal baru kita tahu kan?.

Tak semestinya bila kita pakai tudung, kita dah cukup baik. Tak semestinya kita solat kita dah cukup baik. Tak semestinya bila kita tak mencuri harta orang lain kita baik. Tak semestinya bila kita senyap kita baik. Sebab baik  kita tak dapat nak ukur, baik yang nampak di mata tapi bila orang tu ikhlas buat baik, baik tu akan menyentuh mesra hati kita. Tak semestinya yang baik pada kita tu baik pada orang lain.

Jadi, di situlah perlunya panduan kepada kita. Panduan yang Allah dah siapkan untuk kita. Panduan yang Rasulullah dah tinggalkan untuk kita. Panduan yang ulama formulasikan untuk kita. Segalanya dah tersedia. Cuma kita, terpulang pada kita untuk ambil atau untuk tidak mempedulikan panduan-panduan itu.

Betapa aman dan damainya kita apabila dikelilingi orang baik. Rasa selamat bila berada di sekitaran mereka. Itu pentingnya kawan-kawan yang baik, tapi bukan bermakna orang yang kita kata tak baik itu perlu kita tinggalkan. Sebab kita bukan nak jadi baik sorang-sorang. Kita nak ramai-ramai jadi baik. Jadi baik yang dalam erti kata yang sebenar.

Allahu a’lam.





Friday, 16 September 2011

Episod baru...

Alhamdulillah, baru saja melangkah ke tahun kedua pengajian. Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat yang tak terhingga.

Impresi pertama untuk minggu pertama-= menakutkan. Semangat yang berkobar-kobar kecut, hilang entah ke mana. Takut sungguh dengan subjek-subjek teras yang ditawarkan. Kepala dah mula membayangkan macam-macam benda tak elok. Nauzubillah. Jauhkan.

Perkongsian daripada kak Uswah, kita kena set target untuk mudahkan kita memantau diri sendiri. Betul, bila ada target, bila ada matlamat kita akan tahu mana hala tuju kita. Kita akan mula merangka strategi untuk membolehkan matlamat kita tercapai.  Supaya kita tahu kekurangan dan apa yang perlu kita kekalkan.

Semuanya milik Allah, kita merancang Dia juga merancang dan sudah tentu perancanganNya adalah yang terbaik. Tapi bukan bermakna kita hanya perlu duduk tanpa perlu melakukan apa-apa.

Perkongsian daripada kelas Dr Joharry. Segalanya memang ada pautan dengan Allah. Dia mengetahui segalanya dan mengetahui segala apa yang terbaik untuk kita. Ingat padaNya dalam suka atau duka. Kita adalah unik. Kita tak sama dengan yang lain dan kita punya keistimewaan masing-masing. Allah tetapkan kita berada di sesuatu tempat atau keadaan tu sebab Dia tahu kita mampu mengharunginya.

Minggu pertama sudah selesai. Minggu kedua sudah mengintai-intai. Masa tidak akan menunggu kita. Tugasan juga sudah sedia menunggu untuk disiapkan. Kumpulkan kekuatan, kentalkan semangat kami Ya Allah. Bak kata Tehah "kalau kita boleh lepas algebra, yang ni pun tak mustahil kan?".mindset!Semoga kami berhasil untuk mengharungi sesi ini dan seterusnya. Amin.

Saturday, 30 July 2011

Hulurkan tanganmu..

Bismillahirrahmanirrahim…

Orang tak tegur saya, saya pun tak tegur orang tu

“kalau orang tak kacau saya, saya pun takkan kacau orang tu. Atau pun yang lebih tepat, kalau orang tak tegur saya, saya pun tak tegurlah orang tu.” Jelas seorang siswi di pertengahan diskusinya bersama rakan halaqahnya.

Fasilitatornya hanya mengerling. Tidak memberikan sebarang komen, tetapi riak muka yang mungkin tidak bersetuju dengannya.

“aik? Salah ke?” getusnya di dalam hati.

“ ah, biarlah. Betul apa tindakan aku tu.”

Sesi itu, mereka berbincang perihal interaksi sesama manusia. Bagaimana perhubungan mereka dengan orang lain termasuklah dalam soal persahabatan.

Siswi ini tetap mempraktikkan prinsipnya meskipun apabila bertemu dengan rakan-rakan sekelasnya. Tidak nampak di mana harus dipersoalkan tindakannya itu. Masakan tidak, sudah bertahun ini yang dia praktikkan dalam hidupnya. Sejak mula bersekolah sehingga sekarang di universiti.

Sering saja dia menerima komen dari kawan-kawan yang dulunya mereka pernah berada di dalam kelas yang sama selama satu semester, tapi hanya sekali dua saja mereka bertegur sapa. Itupun kerana bertanyakan jawapan.

“ dulu, akak ingat kamu tu berlagak.” Begitu kira-kira komen kawannya itu.

Siswi itu hanya tergelak kecil mendengarnya. Sudah lali diperkatakan sebegitu oleh orang yang tidak rapat dengannya. Dia hanya menanti untuk ditegur, dan hanya sesekali menyapa itupun jika terpaksa. Tiada siapa lagi yang dia kenali di situ.

Malu

Alasannya malu dan tidak mahu mengganggu orang lain. Ya, malu memang perlu. Tidak mengganggu ketenteraman orang lain juga penting. Tapi praktikal kah digunakan dalam konteks ini?.  Praktikalkah digunakan apabila bersama rakan-rakan yang sudah satu semester atau lebih berada di kelas yang sama? Atau dengan jiran-jirang sebelah bilik? Cuba fikirkan..

Tak tahu nak tanya apa

 “ saya tak tahu la nak tanya apa kalau jumpa dengan orang yang baru kenal..” juga sering dia gunakan.

Logiknya orang yang baru dikenali yang terlalu banyak soalan yang kita tanya contohnya nama, asal, kerja ke belajar lagi dan sebagainya. Pendek kata kita hanya membina satu ruang yang besar antara kita dan mereka. Membuatkan kita terlalu susah untuk memulakan perkenalan.

Ego?

Ada dinding besar yang membatasi antara siswi ini dan mereka yang baru atau lama dia kenali. Terlalu memperjuangkan malu, tidak mahu mengganggu ruang orang lain dan tidak tahu apa untuk ditanyakan. Malu tak salah andai betul pada tempatnya. Dan alasan-alasan selainnya itu pun betul dengan syarat diletakkan pada tempat yang betul. Setuju?

Bersederhanalah dan sambunglah tali itu

Islam mengajarkan kita untuk bersederhana dan menyambung silaturrahim. Bersederhana dalam bertanya, tidak terlalu menjurus kepada sesetengah perkara yang mungkin tidak sesuai untuk orang lain ketahui. Kita hormati hak mereka yang kita kenali sama ada baru atau lama, rapat atau tidak.

ukhuwah fillah =)


Saya sendiri kadang-kadang menggunakan alasan malu. Tapi, fikirkan andai malu itu berada di tempat yang sebetulnya, teruskan dengan rasa malu itu. Pedulikan apa saja yang orang sekeliling nak kata. Andai tidak, mungkin rasa malu itu patut kita ketepikan.  Tempatkan alasan-alasan itu pada tempat yang sebetulnya. Yang pada ketikanya perlu digunakan, teruskan. ^_^



 Peringatan untuk diri saya juga, untuk kita sama-sama fikirkan asas tindakan kita. ^_^ selamat berpuasa, semoga ramadan kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ni..aminn..

Wednesday, 13 July 2011

Kami Dah Boleh Terbang :)



bismillahirrahmanirrahim..


"hok lain takpo dah, buleh terbang dah"..


mak saya :)


hmm, tu apa yang mak kata "yang lain takpe dah, dah boleh terbang." tu terjemahannya sesiapa yang kurang mengerti bahasa klate. 


Kami dah besar :)


dah besar rupanya kami, kami berlima Long, Ngah, Che Keng, saya dan Nazihah. Tinggal yang masih belum mampu terbang Fatihah dan Udin. Memang dah besar, dah banyak angka pada usia kami cuma kami je yang masih ....


'Terbang' istilah yang mak gunakan,bererti kami sudah mampu untuk berdikari. Masing-masing sudah melepasi spm, spm yang mak jadikan kayu ukur untuk anak-anaknya pandai berdikari. Walaupun bukan sepenuhnya, tapi cukup untuk si anak mengenal dunia luar menjangkaui dunia sekolah yang agak terbatas. 


Anak-anak katanya akan sedikit terbuka pemikiran setelah berakhirnya zaman persekolahan. Memasuki alam matrikulasi atau pun diploma , pergi meninggalkan zaman kanak-kanak dan awal remaja.


Peperiksaan


Tatkala peperiksaan besar menjengah, mak orang yang paling risau. Mengalahkan anak-anak beliau yang akan menduduki peperiksaan itu sendiri. Dari mula penggal pertama persekolahan (tahun peperiksaan) sehingga tiba saat keputusan peperiksaan diumumkan, mak ialah insan yang paling berdebabr-debar. Anak-anak?... :D 


Cuti


Cuti, kawan-kawan lain kebanyakannya kerja. Kerja macam-macam, ada yang jadi cikgu, kerja kat pusat beli-belah dan sbg. Saya? masih setia di rumah. Hanya rumah tempat saya bila cuti. 


"Masa cuti ni lah anak-anak boleh luangkan masa tolong mak ayah. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga." tu kata kedua-dua mak dan ayah saya. Ya, ada betulnya. Anak-anak perempuan memang digalakkan untuk berada di rumah, tak kira lah berapa lama tempoh  cuti yang kami ada. Andai lima bukan sekali pun, ya, kami akan setia di rumah. Tapi sebaliknya untuk abang-abang saya. 




Si anak akan tetap selamanya si anak 






Aidil Samuel 


Walau setinggi mana pun peringkat kami belajar, walau berapa banyak pun angka pada usia kami, kami masih anak-anak kecil bagi mak dan ayah kami. Anda juga rasanya. :)


Ada saja yang perlu diperbetul dan dinasihati. Manusia, memang kita ini memerlukan nasihat yang berpanjangan dan berterusan. Untung mereka masih ada untuk menasihati kita. Untung nasihat mereka masih tersemat di jiwa kita.


Penutup


Terlalu besar jasa mak ayah kita dalam mendidik kita dalam perjalanan kita menjadi insan berguna. Kita setidak-tidaknya perlu berusaha memberikan yang terbaik untuk mereka walaupun susah payah mereka membesarkan tidak mampu kita balas.
Allahu a'lam.. 

Wednesday, 2 March 2011

Bersambungnya Ikatan itu..

assalamualaikum..
Post yang pertama untuk blog ni, saya kongsikan sedikit pandangan berkenaan insan yang kita panggil..Sahabat..perkataan ni memang sangat istimewa. Orang yang kita panggil sahabat ni, susah senang kita bersama dengan dia. Susah nak jumpa, tapi once dah jumpa, payah nk cari ganti dah. 



Tempat yang ada untuk dia je..tp masing-masing ada tempatnya yang  tersendiri kat dalam hati saya. Masing-masing ada keunikan masing-masing. Bila kita berada dengan sahabat ni, senang je kita nak luahkan perasaan, walaupun dia setakat dengar je, walaupun kita ni jenis yang tak berapa pandai untuk bercerita, nasihat yang dia bagi tu, buat kita reflect balik kat apa-apa yang kita buat. Contohnya, kalau kita ada  terasa dengan kawan-kawan ke. kita semacam nakkan perhatian daripada dia. Kita  macam sayang sangat kat dia, kita pun nak bagi perhatian jugak kat dia. Kalau sehari tak cakap dengan dia, rasa macam dah rindu sangat. Macam dah lama sangat tak cakap ngan dia. Ikatan hati kita dengan dia adalah ikatan hati atas nama Allah. Walaupun lama mana sekalipun kita duduk dengan dia, tido dengan dia, borak dengan dia, makan dengan dia, kita akan sedar yang kita akan belajar bende-bende baru dari dia. Kasihnya kita pada dia, takkan mudah tergoyah macam tu je. Kalau ade terase sikit-sikit, hati akan cepat-cepat memujuk, biar rajuk kita tu tak lame, biar tak merajuk pun sebab xperlu pun. Sebab dia dah baik sangat dengan kita, sebab dia yang jaga, dia yang tengok-tengokkan kita bila kita sakit, bile kte susah hati.
Orang yang kita panggil sahabat ni, takkan biarkan kita terkapai-kapai sorang-sorang, walaupun kadang-kadang, dia jenis yang tak cakap pun yang dia sayang, tapi melalui kelakuan dia, kita tahu yang dia sayang. Dia sayang kat kita. Mungkin sebab manusia ni, x semuanya yang mampu nak melafazkan sayang kat kawan-kawan dia, walaupun sama jantina sekali pun. Jd, xsemestinya bila dia x cakap dia sayang, maknanya dia xsayang kat kita. Di sebalik kelakuan dia tu, ada terselit lafaz sayang tu.  Cuma kita kadang-kadang perlu jadi observant sikit. Sweetkan? Macam non-verbal communication... bila dia dah buat baik ngan kita, kita pun..akan jadi malu bila kita xmampu nk buat baik dengan dia. Malu sebab Kita xmampu nk jadi sahabat yang sebaik dia. Kita Cuma nakkan dia untuk rasa bahagia, kita akan selalu nk mengalah je dgn dia, sbb kita nak dia dapat, walau pun kita xdapat, tapi sekurang-kurangnya, bila dia dapat, kita akan tumpang bahagia dengan kejayaan dia.Subhanallah.
 Mampukah kita menjadi sahabat dunia akhirat, memang  kata-kata ni indah, sahabat dunia akhirat. Mungkin ramai yang mampu menuturkannya, tapi seramai mana yang mampu membuktikan kata-kata tersebut. Kita xnak Berjaya sorang-sorang,. Xkira lah Berjaya dalam apa  jua bidang sekalipun. Manusia memerlukan sokongan orang lain untuk Berjaya, dan tak mungkin manusia tu dapat hidup keseorangan. Dan di sini, sahabat mula memainkan peranan..betapa bila kita berada dengan sahabat yang sama-sama mencari reda Allah, hati kita akan berasa tenang, sangat tenang..sebab di sisi kita ada orang yang sudi mengingatkan kita bila kita ni sudah semakin menjauh dariNya..ya Rahman, kurniakan kami persahabatan yang dihiasi kasih dan dipayungi rahmatMU..walau siapa pun sahabat kita tu, walau di mana pun dia berada, walau berapa ramai sekalipun sahabat itu. Semoga Allah memberkati dia..semoga Allah senantiasa memelihara persahabatan kita..biarlah ukhuwah ini kekal hingga ke syuga ILahi..