Monday 31 December 2012

Penghujung yang tak berpenghujung


Bismillahirrahmanirrahim.

Malam tempoh hari, ketika dalam perjalanan menghadiri perjumpaan bersama akhawat sempat memanjangkan ta'aruf sesama kami.

Awak course ape? Medic eh?

Tergelak kecil. Medic and siti zaharah. Memang tak lah jawapannya.

Taklah kak, kite ambik math kawan ni biotech.

Oo, math. Susah tak?

Jujur dari dalam hati. Boleh tahan la kak, ade la juga sampai rasa nak pecah kepala (dan ini adalah hyperbola yang saya buat).

Akak tu sambung lagi.

Mesti orang yang minat je kan boleh ambik math ni. Ye la, kalau pharmacy ngan medic ni tak minat pun boleh terima lagi(maybe sebab kakak ni ambik pharmacy dan suaminya ambik medic).

Tak de nak minat sangat pun kak.phew.

Komen merobek hati. Tapi alhamdulillah, bila dah sampai tahap ni, Allah saja yang mengetahui apa yang kat dalam hati.

Saya survive mungkin berkat doa mak. Bukan tak pernah rasa hampir putus asa, bukan tak pernah sakit kepala sampai berminggu-minggu tapi "course yang berfikir ni sesuai sangat dengan saya" katanya. Dalam hati, saya aminkan saja doanya. sememangnya ini yang paling-paling saya perlukan.

This program is theoretical part of math. Name it, *statistical, financial,puremath etc. We'll cover the theoretical part of it. Mak tahu walaupun saya memang tak pernah cerita secara langsung padanya, mungkin spy mak dah cerita balik  keadaan saya selepas saya ceritakan padanya. Memang kamu yang mahu atau berkira-kita nak menceburkan diri dalam bidang ni mesti dan perlu bersedia mental dan fizikal. Heh.

Saya sendiri tak pernah mimpi dan langsung tak pernah terfikir, terlintas dan sebagainya untuk pilih program ni. Tapi segala-galanya berubah bila dapat tawaran asasi uiam. Dan kehidupan 4 tahun brgelumang dengan dunia that so called matematcian's world ni dah banyak melakar dan mewarnai hidup saya tak kiralah pahit atau manis, tawar pun ada.



^.^ saya setuju sangat [kredit]




Kalau boleh, saya tak nak hanya sekadar jadi mathematician biasa. Hidup kami bukan sekadar nak tengok simbol-simbol pelik dan teori yang macam-macam je. Tapi saya percaya program ni boleh bawa suatu yang berbeza bila islam tu diletakkan bersama. Bila Allah yang satu kita menifestasikan melaui program ni.

Pernah kami tanya pensyarah kami peri pentingnya kami mengambil tahu teori-teori matematik termasuk juga tahu bagaimana untuk membuktikan teori tersebut, katanya " you might not be able to use it, frankly there's no application on this theorem. But, it'll generate your critical thinking."

Kecewa.

Sekali fikir, memang saya kecewa dengar part "there's no application for this theorem" tapi bila difikirkan kembali, "it'll generate ur critical thinking", part ni dah grab kekecewaan tu pergi. Kenapa? Sebab kita, orang islam memang perlu berfikir secara kritikal. Dengan keadaan sekarang yang boleh dikatakan 'spoon feeding' macam mana kita nak hasilkan umat yang berkualiti.

Macam mana, macam mana,dan macam mana kita nak hasilkan umat yang berfikir, yang boleh merangka yang bukan hanya menunggu jika fikirannya hanya statik. Dan mungkin juga kita-kita ini kurang dari segi rasa ingin tahu. Allahu a'lam.

regardless who we're [kredit]



It's not just by taking math that you'll become a great muslim, whatever program that you choose, you should make it worth. Ambiklah mana-mana program sekalipun, asalkan kita applykan islam padanya dan syurga Allah itu motivasi utama kita, insyaallah, allah akan bantu kita.

*bergantung pada pilihan

P/s: entry ni 'macam' bias kan? Eh. But, what to do since i'm the one who's taking math. Takkan boleh nak bercerita tentang program lain dengan sepenuh perasaan.tak gitu? ^.^

Last day of 2012, few days to go before my final exam. Rasa baru semalam sitting dengan circlemates bercerita tentang azam 2012, tapi dah hampir setahun berlalu. Walauapapun, bittaufiq wannajah, untuk kamu yang sedang berperang. Moga Allah pelihara iman kita dalam kesibukan sementara ni. Insyaallah. Amin.  

Saturday 22 December 2012

Transformasi

bismillahirrahmanirrahim.


Baru tadi terbaca post teman tersayang, yang kita ini berubah kurang-kurang dari segi fizikalnya. Kalau dulu, dengan selamba je cakap kat kawan-kawan yang dah bawa hala tuju masing-masing yang diri ini masih sama, tiada apa yang berubah. Tapi hakikatnya, diri ini bukanlah 100% diri yang pernah mereka kenali suatu masa dahulu. Dan saya percaya mereka juga begitu, walaupun peratusan berubah amatlah kecil tapi tetap signifikan.

Hanya kita empunya badan dan Allah saja yang mengetahui sebanyak mana dan sejauh mana perubahan yang dah kita lalui. Sejauh mana diri kita dah belajar untuk menyesuaikan diri dalam keadaan yang kita hadapi kini. Sejauh mana kita pastikan yang peperangan dalaman yang berlaku dalam diri kita ni tidak dimenangi oleh pihak yang tak sepatutnya.

Perubahan yang berlaku ni kadang-kadang memerlukan kita untuk meinggalkan kebiasaan yang pernah kita buat. Ya, bukan senang untuk meninggalkan sesetengah perkara yang dah sekian lama sebati dalam hidup kita, tapi itu bukan alasannya. Bukan begitu orang-orang beriman sekalian?

Dalam kita menempuh transformasi ni, segala mehnah dan tribulasi akan datang berkunjung. Bahkan tak jemu-jemu mereka berkunjung. Kadang-kala tersenyum sendiri memikirkannya. Sudahlah ujian/tugasan akademik dan kerjaya menimbun dihadapan, datang pula dugaan yang tak terduga oleh kita. Tapi, harus kita ingat yang ujian/cabaran inilah penanda aras mengukur ketahanan kita. Adakah kita ini mampu mara ke peringkat seterusnya atau tidak.

Siapa mahu tetap di takuk lama? Tentu lah tak nak kan?

Belum termasuk dengan golongan-golongan yang tak dapat menerima cara kita. Lalu dihunusnya pedang tajam yang menusuk jantung. 

"awak kejam"
"awak tak patut buat macam tu"
"awak dah keterlaluan"
"saya tak faham la dengan awak ni!"

don't cry


Dan sebagainya. Sabar, sabar dan teruslah tetap dengan sabar. Sebab, kita tahu kita buat itu dan ini dengan bersebab. Faham? 

Mungkin mereka tak melalui apa yang sedang kita lalui sekarang dan bila sampai masanya, dengan izinNya mereka akan faham. Atau mungkin saja cara kita menerangkan pada mereka agak tidak bersesuaian dengan keadaan mereka, mungkin perlu diperhalusi lagi method kita. 

Akhir kalam, transformasi itu usahanya perlu banyak, masanya juga bukan sebentar, fikiran bakal sibuk menepis dan menapis bidasan orang, iman pula turun naik bak roller coaster. Tapi percayalah, ia sememangnya berbaloi-baloi untuk kita rasai, untuk kita letakkan sebagai azam. Dan jiwa kita bukan jiwa yang lemah dan kosong bila transformasi kita itu untuk Allah. Kita mampu lakukannya. 

Allahuakbar.

Allahu a'lam.



Tuesday 11 December 2012

Mengalah

Bismillahirrahmanirrahim..

Harus belajar untuk mengalah.

sebab dalam hidup ni, bukan kita saja yang selalu betul. memang susah untuk mengalah tapi sekurang-kurangnya ia cukup untuk memberi kelegaan pada hati kita atau pun saya.

sebab manusia memang tak sempurna. dan kadang-kala kita memang akan cenderung untuk lebih menjaga dan melindungi perasaan sendiri.

bukan soal salah atau betul untuk menegakkan hak diri kita. tapi bila yang tertegak tu tak kena pada masa dan ketikanya lebih baik, lebih baik kita mengalah.

bukan tak boleh menjaga atau melindungi perasaan atau pun hati empunya badan, tapi kadang-kala perasaan kita tu boleh jadi melebih-lebih ataupun we get carried away dengan perasan kita.

yang mana benda kecil boleh jadi sebesar-besarnya

dan

akhirnya, tak ada sikit pun ketenangan yang kita rasa.

peace.. Allahu a'lam.

p/s: perasaan->jaga-jaga. Anda tahu apa yang terbaik untuk hati anda kan? ^.^

Sunday 2 December 2012

Hidup

Bismillahirrahmanirrahim..



menanti detik matahari terbit ^.^


Jangan Ya Allah Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun dalam sekelip mata atau dalam masa yang lebih pendek dari itu. Amin.

Tuesday 20 November 2012

Gaza Kita


Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah soalan diutarakan bila kita tengok isu Palestine, isu Syria isu negara-negara islam, apa yang kita boleh buat.

Doa sebab kita memang tak mampu ke sana atau belom mampu.

Donation pun boleh,

Boikot pun.
Tahniah. 

Tapi sampai bila kita kena buat semua tu, musuh-musuh islam dah bertubi-tubi serang negara-negara ni, Palestin dah sekian lama berada dalam keadaan ni dan sampai bila kita hanya nak beri sumbangan dan nak boikot.

Dush.

Betol tak? Sampai bila?

Sampai Imam Mahdi datang.

Bila tu? kita tak tahu kan.Dan kita di sini tak nak ke kita buat usaha yang lagi advance selain daripada menunggu sahaja saatnya Allah hantar Imam Mahdi bila sampai bab Palestin?

Pertolongan Allah akan sampai, dan itu janji Allah yang patut dan memang mesti nak tak nak kita pegang. Tapi tak salahkan bila kita cuba sama-sama renung balik takat mana je dah kita usaha untuk merubah keadaan kita.

Dah tiba masanya, kita kaji balik tindakan kita, kita buka minda hebat kita dan kita buktikan kebenarannya yang kita ini layak untuk dipanggil Muslim. Ianya jauh lebih besar darpada sekadar donation dan boikot.


ia lebih dari sekadar kata-kata. buktikan! [kredit]

Tepuk dada tanya iman.

Allahua’lam.

Wednesday 17 October 2012

Seluruh Jiwa



Bismillahirrahmanirrahim.




Put your heart to it and don't be scared- Dr Joe








Buat dengan sepenuh jiwa sehabis daya. Apapun yang kita buat. semoga redha Allah bersama kita. 
Amin.

Monday 15 October 2012

Doa


bismillahirrahmanirrahim.


Sebahagian daripada petikan kata-kata ibn qayyim,

 “sesungguhnya di dalam hati, terdapat sebuah koyakan yang tak bias dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Di dalamnya juga terdapat keterasingan yang tak mampu diubati melainkan bersendiri bersama Allah.

Ada juga kesedihan yang tak mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengannya. Juga terdapat sebuah kegelisahan yang tak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan gelisah itu menuju Allah.

Ada juga gelojak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan  akan perintah,larangan, dan keputusan Allah yang mana diiringi dengan keabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengannya.

Dalam hati jua terdapat tuntutan kuat yang tak akan berhenti sebelum Allah menjadi satu-satunya tujuan. Di dalamnya un ada kebutuhan yang tak akan terpenuh kecuali dengan kecintaan kepada Allah, ingatan terus-menerus padanya serta keikhlasan penuh padanya. Bahkan jika diberikan seisi dunia pada hati ini, kebutuhan tersebut tetap tidak terpenuh andai tanpa menghadap penuh pada Rabb”

kita hambaNya yang kerdil[doodle dakwah ]


Semuanya terubat andai hati-hati ini dihadapkan kepada Allah. Kerana hanya Dia yang mampu mengubat segala ketidaksenangan yang muncul didalam hati kita. Dengan  berdoa hati-hati ini mampu dibawa  menghadapnya.

Alangkah bertuahnya bilamana kita mampu mengarahkan pandangan, menadah tangan dan menggerakkan bibir  kepada yang Maha Pengasih. Ini tandanya dalam hati kita kita mengiakan bahawa kita sememangnya perlukannya.

Hakikat manusia, kita ini fakir di hadapanNya. Fakir tanpa mengira status social,akademik dan sebagainya. Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung dan dia suka hambanya meminta padanya.berdoalah, pasti dia akan perkenankan doa kita.

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. (surah mukmin:60)

Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang menyombong diri yaitu golongan yang tidak mahu berdoa pada Allah. there's nothing to lose if we pray to Allah, tambah lagi Allah suka mendengar rayuan hambaNya. jadi apa lagi yang kita tunggu, Jom berdoa ^^ 

Allahua'lam.


Sunday 16 September 2012

Marah?

bismillahirrahmanirrahim.



Jangan marah, pujuk hatinya.

Berkata baik atau diam. Hatinya berbicara.

Ya, berkata baik atau diam. Mindanya mengakui.

Jauh dia lemparkan pandangannya, enggan bertentang mata. Tidak mahu menambah sakit pada hatinya.

Bersabarlah. Mungkin dia tak sedar. Dia memang begitu, bukan kamu tak tahu. Kerana dia manusia biasa.

“seorang muslim apabila dia menggauli manusia, dan bersabar dengan kerenah atau ragam mereka, adalah lebih baik dari seorang muslim yang tidak menggauli manusia dan tidak sabar dengan kerenah mereka” [HR tirmizi]

Nah, pilihan terserah pada kamu. Pilih untuk jadi lebih baik atau sebaliknya.

Katakan pada dirimu, pada aqalmu, pada hatimu yang kamu ingin jadi golongan yang lebih baik itu.

Benar, kadang kala bila amukan perasan marah menguasai apa saja mungkin terjadi. Tak mustahil dia yang cool akan berubah bertukar kepada dia yang ‘hot’. Tak mustahil dia yang suka senyum bak kerang busuk tu boleh bertukar menjadi dia yang memcuka bak cuka yang masam. Tak mustahil dia yang jenis melayan setiap kerenah orang tu jadi dingin sejuk beku. Tak mustahil semua tu. Memang tak mustahil.

Jangan sampai jadi macam tu. Sebab muslim osem itu, muslim yang dapat mengawal marahnya. Sebab itu orang yang kuat itu bukan dinilai dari segi kuatnya fizikal mereka, tapi sejauh mana mereka dapat mengawal perasaan marah mereka. 

Mungkin masing-masing jika mahu orang lain kisah akan perasaan dia, dia sendiri yang patut kisah akan perasaan orang lain dulu.  Sebagaimana kamu mahu dilayani, layanilah orang lain sebegitu. Sebagaimana kamu mahu dihormati, hormatilah yang lain terlebih dahulu.

Dan percayalah, bukan semua orang nak rasa atau kecapi rasa marah ni, terutamanya bila berkaitan dengan hal-hal yang tak meningkatkan iman, melainkan jika marah pada musuh Islam, marah pada orang yang mengganggu gugat kesejahteraan keluarga, atau negara kamu. Barulah berbaloi untuk rasa marah. 

cool tapi jangan sampai terlebih dingin [kredit]


marah? takkan. ayuh kita jauhkan rasa marah yang tak berbaloi supaya kita dapat kecapi osemnya nikmat sabar tu ^.^

Tuesday 22 May 2012

Beautiful reminders for you and me =)

Assalamualaikum.

Dakwah + Grafik = Menarik

Menarik untuk dipandang maksud saya selain dapat menjadi medium untuk menarik lebih ramai orang (tapi depends juga pada individu). Tapi yang penting, grafiknya mematuhi syariat yang dah Allah tetapkan sama ada dari segi perkataannya (tidak bercanggah dengan akidah umat islam) atau ilustrasi watak di dalamnya (perlu menutup aurat).

Seharusnya kita berhati-hati dan perlu bijak memilih mana-mana grafik sekalipun.

Secara peribadinya, itu rumus yang boleh saya buat. Psikologi manusia yang kadang-kadang tak mahu membaca tulisan yang panjang,  jadi inilah solusinya. Pendek dan ringkas tapi padat.

Syabas :)



REPAIR 
 


Apabila kamu teringatkan seseorang

perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR..

apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari
perbanyaklah SALAWAT..

apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang
perbanyaklah SOLAT DHUHA..

apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati
perbanyaklah TAHAJUD..

dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan
hendaklah kamu senantiasa berada dalam keadaan berwudhu..


[sumber fb]

IKHTILAT 


Keadaan sebegini banyak sangat, sangat banyak berlaku. =.='
Jadi, tak salah kalau kita sama-sama berubah dan mula meninggalkan perbuatan sebegini.

Kita sama-sama usaha jadi orang yang Allah redho. amin, InsyaAllah.

SUMBER : https://www.facebook.com/iqra.utm

p/s: Dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang. Ingat Allah dalam susah atau senang and have faith that He is always close to us. InsyaAllah.

Monday 7 May 2012

Noda Hitam di Hati


Assalamualaikum.

............................................................

“Saya sudah berhenti merokok sejak beberapa minggu, seperti yang kita tahu, ketagihan bukanlah sesuatu  senang untuk dibuang, jadi saya berusaha menjauhkan diri darinya untuk mengelak daripada saya mengambilnya semula.”

Quote dari iklan radio yang saya dengar dalam perjalanan ke kelas. Amat terkesan dengan “ ketagihan bukanlah sesuatu  senang untuk dibuang, jadi saya berusaha menjauhkan diri darinya untuk mengelak daripada saya mengambilnya semula.” Seakan-akan ada panah menusuk di hati.

Dosa.

Pabila hati sudah tidak berusaha memeranginya, tak mustahil akan kita ulangi lagi untuk kesekian kalinya. Saya analogikan dosa dengan ketagihan. Konsep yang sama, bila kita didekati tak mustahil untukk ita mengulanginya.

[kredit]


Tapi manusia tidak terlepas dari membuat dosa. Sudah menjadi sifat manusia untuk jadi pelupa. Jika tidak mana mungkin adanya konsep penyucian jiwa andai manusia bebas dari dosa. Persoalannya adakah kita ingin terus hanyut dengan dosa? Mampukah kita mencapai ketenangan andai diri sarat dengan dosa? Di mana letaknya keberkatan dalam hidup kita?

Berubah dan meninggalkannya atau terus tetap di situ?

Kita mungkin ditipu dengan ‘indahnya’ nikmat melakukan dosa, hati dan aqal bertingkah. Kadang-kala kita memenangkan yang batil daripada yang haqnya. Berubah bukan senang, tapi tidak juga mustahil. Bukan kerana kita tak mampu, tapi kerana kita tak mahu. Bukan tak sedar, tapi takut akan kehilangan kepentingan yang tak kekal. Melainkan kita memang tidak mengetahuinya.

Dosa tak memerlukan sesuatu yang besar untuk digelar dosa. Tidak perlu untuk kita membunuh barulah dipanggil dosa, tidak perlu kita merompak baru dipanggil dosa, terlalu banyak contohnya. Sebarang tindakan menderhakai Pencipta Alam ini didefinisikan sebagai dosa. Contohnya meninggalkan solat, puasa, tak menutup aurat, membuang masa, perhubungan lawan jenis yang tak bermanafaat dan sebagainya.

Dosa, bila hati melaziminya maka parahlah keputusannya. Nauzubillah. Moga diri kita tidak tergolong dalam golongan ini. Mungkin menghindari dosa tidak semudah yang dikhabarkan (memang benar bukan semudah itu) tapi, kita wajib berusaha menghalang diri kita dari mendekatinya. Saya juga melalui perkara yang sama. 

Saban hari ada palitan noda hitam di hati. Astaghfirullah.

Tapi sahabatku, usah putus asa.

Katakanlah: wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Penampun, lagi Maha Mengasihani [az-zumar: 53].

Masih belum terlambat untuk kita membasuh hati kita dengan taubat. Masih belum terlambat untuk kita berusaha menjauhinya. Buktikan hati kita masih lembut untuk kembali ke jalan yang benar. Benar hidayah itu milikNya, tapi kita perlu berusaha mencarinya bukan hanya menunggu diberikan hidayah olehNya.

Katakan anda mampu lakukannya ^.^

Perkongsian berkenaan mengindari dosa Insha’Allah  akan saya bawakan dalam artikel seterusnya. 

Allahua’lam. Semoga bermanafaat.

Saturday 17 March 2012

Sesuci Ikatan

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, selamat pulang daripada jaulah ke Johor. Menghadiri walimah Kak Aliya dan Akh Saifudin. Berkonvoi dari Uiam Kuantan menuju ke Skudai bersama akhwat tercinta. Dah lama teringin nak menghadiri walimah rakan, Alhamdulillah Dia permudahkan juga.

Penyatuan dua keluarga. Pembinaan baitul muslim, selangkah maju Kak Aliya dan suami menapak. Moga kekal hingga ke syurga. Penyatuan ini memerlukan matlamat yang jelas. Bukan setakat bersatunya dua insan dan majlisnya sahaja, tapi lebih daripada itu.

Penyatuan yang memerlukan persedian yang teliti. Sebelum dan selepas.

Pengantin Baru kita :) [kredit to kak sayang for the pic]

Bak kata Puan Zaini,  ‘takat kursus kawin aja belum cukup.’

Sebab keluarga bukan benda kecik yang boleh kita main-main. Bukan umat islam yang hanya pada namanya ingin kita hasilkan. Tapi umat islam yang benar-benar faham dan mempraktikkan ajaran islam yang mulia itu sendiri yang kita mahukan.

Seringkali saya kagum melihat pasangan-pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mampu bersama hingga berpuluh-puluh tahun. Hubungan mereka tetap erat, bergurau senda, si suami menghantar si istri ke tempat yang ingin di tuju, si istri menjahit baju raya untuk dipakai oleh suaminya. Sungguh, mereka bahagia. Mungkin ketiadaan itu yang mengingatkan mereka, ‘aku masih di sisi kamu.’ Mungkin. Tapi, ayat itu hanya spekulasi je ^-^Tersenyum sendiri melihat pasangan yang sudah agak veteran tapi masih mengusik mesra antara satu sama lain.

Tapi yang seharusnya kita tahu, memburu cintaNya adalah cinta yang paling utama. Kerana cintaNya sahaja yang kekal abadi. Menyayangi makhlukNya bukan bermakna kita mengenetepikan cintaNya. Tapi sebaliknya membuatkan cinta kita padaNya lebih mendalam kerana Dia telah mengurniakan mereka.

Cinta yang dilandaskan pada landasanNya, insyaAllah Dia akan permudahkannya. Cuma perlu berhati-hati dalam mengatakan ‘cinta pada landasanNya’ kerana kalimah ini risau tinggal sebagai hanya pemanis bibir. Biar yang haq (benar) itu tetap haq dan yang batil itu kita buang. Kalimah ‘islami’ tidak perlu bersekongkol dengan kalimah-kalimah yang kurang enak didengar.

Cukup saja setakat ini buat kali ini. Moga-moga, kita ini dikurniakan orang-orang yang mencintaiNya dan moga kita ini juga mencintaiNya. insyaAllah.

Allahua’lam.

Friday 9 March 2012

Pilihan Kita.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kebelakangan ni kerap kali persoalan pilihan timbul. Sebelum cuti tiga minggu, masa cuti tiga minggu dan lepas cuti tiga minggu. Dengan kawan-kawan, dengan adik-adik memang tersangat popular isu pilih memilih ni. Tambahan pula salah seorang adik saya sedang menunggu keputusan SPMnya.

 Persoalan biasa yang timbul,

‘Kita amek ni untuk apa eh?’
'Kenapa kita amek benda ni eh?'

Life is about choosing.

Kalaupun kita ambil benda yang kita tak nak, but still, kita dah pilih benda tu.

Seorang kawan bertanya,

‘Macam mana kita nak datangkan minat kita dalam satu-satu bidang?’

 Memang payah untuk saya jawab, sebab saya tiada jawapan yang tepat untuk soalan itu tapi yang pasti, saya juga melaluinya.

Mungkin buat benda yang menggembirakan kita bila ada kaitan dengan bidang tu, bersihkan balik niat kita, emm mungkin cuba bertahan untuk insan-insan yang kita sayang contohnya mak dan ayah kita.

‘ Aku tiba-tiba je terfikir, betul ke ni minat aku.’ Katanya.

Tak ada pilihan lain selain daripada meneruskan apa yang kita dah pilih (bagi saya dan tentunya untuk benda-benda yang tidak bertentangan dengan agama ye, jika bertentangan dengan kehendakNya batalkan saja hasrat itu).  Kalaupun kita rasa kita tengah buat benda tu untuk orang lain. Tapi hakikat yang pasti, kita dah pilih benda tu.

Teringat kata-kata Kak Hanis, 'hati-hati yang menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaraniman mereka yang akan filter setiap keputusan yang bakal mereka ambil.' 
Betul, hati yang sentiasa dijaga, iman yang akan menapis setiap tindakan mereka. ini solusi terbaik kita untuk menjaga setiap keputusan yang bakal kita ambil.

Take it or leave it.

Tapi perlahan-lahan, saya rasa bahagia dengan pilihan saya ditakdirkan untuk ambil. It is just the matter of time. Dan saya tak menyesal malah bersyukur. Sebab saya dah jumpa permata dalam hidup saya, lebih berharga dari permata. Ya.

Walaupun pernah suatu ketika, saya dalam keadaan menerima pun tidak, menolak pun tidak. Hanya terbit kata-kata dari mulut yang saya akan ikut apa yang Allah letakkan pada saya. Hati entah mengiyakan entah tidak.

Going with the flow.

Tapi tak pasti sejauh mana saya dah ‘going with that flow’ tu. mungkin hampir tenggelam lemas agaknya.

[kredit]


Hampir.

Cukup ke hanya dengan going with the flow?

Saya kata ikut arus tu (going with the flow) kadang kala tak cukup. Ia perlukan lebih daripada itu. Nak ikut arus, juga perlu usahanya. Perlu juga disesuaikan mengikut keadaan, contohnya bila arus deras apa yang harus kita lakukan, bagaimana jika ada batu besar di hadapan. mungkin kepala kita akan terhantuk pada batu tersebut jika kita tidak mengawal pergerakan kita.

Begitu juga apabila arus perlahan, adakah kita akan turut ikut perlahan? Perlu juga untuk kita lihat apa di hadapan kita. Untuk persediaan kita juga. Hakikatnya pada saya, going with the flow itu tidak semudah itu.

Jadi bagaimana?

Yuk,kenali diri kita. Kita perlu tahu apa yang kita perlukan dan jelas dengannya. Kenali potensi anda bak kata orang supaya kita boleh sumbangkan sesuatu untuk orang lain, untuk agama kita, untuk negara kita. Jangan hanya menurut semata-mata.Cari permata anda.

Masa muda kita, bukan untuk bersuka ria tanpa tujuan. Masa muda hanya sekali, itu pun belum tentu kita dapat habiskan masa muda kita. Mungkin akan dipanggil olehNya sebelum tamat masa muda kita. Sungguh, kita tak mahu jadi insan-insan yang berada dalam keadaan rugi kan?

Jangan beralasan lagi. Jom, kita balas yang terbaik pada Allah sebab Dia dah terlebih dahulu berikan yang terbaik untuk kita. Maknakan setiap detik dalam hidup kita, maknakan syahadah yang kita ucapkan dan maknakan islam yang kita kata kita letak di hati kita. Semoga perjalanan kita dipermudahkanNya. Amin.

Allahua’lam..  

Thursday 8 March 2012

Mengimbas Sejenak Keadaan di Syria

assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan izinNya, isnin lepas telah diadakan sesi penerangan tentang Syria oleh Ustaz Ali bin Nayef Al Shahood pensyarah UMP. Sukalah kiranya untuk saya kongsikan penerangan tersebut.  penenrangan tersebut dibahagikan kepada sembilan bahagian penting.

Berjuang, Berjuang dan terus berjuang [kredit]



1.       Kelebihan syam

Damsyik ialah ibu kota bagi Negara Syria. Yang dahulunya terkenal dengan nama ‘negeri syam’. Dimana negeri syam ini adalah pada hakikatnya meliputi 4 buah Negara. Iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Tetapi telah melalui proses pemecahan dan pengasingan sempadan oleh kerajaan kafir eropah suatu ketika dahulu.

a.        Disebut di dalam al-quran dalam surah al-anbiya:71
b.       Pernah tersebut di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang mendoakan keberkatan negeri syam. Maksud sebuah hadis: Rasulullah s.a.w berdoa:  ”Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. 
c.       Selain itu di dalam Al-quran juga membuktikan bahawa negeri syam ialah kawasan yang diberkati oleh Allah. Maksud dari surah al-isra’ ayat 1: “Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. Maksud ‘sekelilingnya’ yang terdapat di dalam ayat ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai bumi syam. Selain dari hadis dan ayat al-quran ini, masih banyak hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan negeri syam dan damsyik.

2.       Sebab berlakunya revolusi (baru)


Punca kebangkitan adalah : ada sekumpulan kunkanak-kanak dalam lingkungan 28 orang bermain-main dan menulis sesuatu di dinding sekolah mereka iaitu

"Rakyat mahu jatuhkan kerajaan"

Pasukan keselamatan syria telah mengangkap kanak-kanak ini dan mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. salah seorang daripada kana-kanak tersebut telah meninggal dunia dan keluarganya memunta kakan-kanak itu dan kawan-kawannya yang lain dilepaskan.

Kerajaan telah meletakkan syarat di mana mereka perlu memberi wanita-wanita dari kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan syria ini, maka bermulalah kebangkitan rakyat.

3.       Sebab berlakunya revolusi (Hafez al Assad)

a.        Penyerahan Bukit Golan kepada yahudi dan selama 43 tahun penyerahannya, tiada sebutir peluru pun terkena pada yahudi
b.       Pembuangan general dan askar yang mempunyai fikrah islamiyah
c.        Mengubah pelembagaan Negara :- islam dibuang dari menjadi agama rasmi Negara
d.       Sistem pembelajaran berbentuk secular
e.       Pengeluaran filem iklan yang berbaur kemaksiatan (untuk merosakkan rakyat)

4.       Sebab berlakunya revolusi (Basyar al Assad)

a.        Memegang tampuk kepimpinan tentera
b.       Memperbanyakkan kemungkaran spt tempat aksiat dan kedai arak
c.        Banyak menabur janji manis yang tidak dilaksanakan
d.       Mengaharamkan pemakaian niqab
e.       Rasuah berleluasa
f.         Robohkan rumah rakyat sendiri
g.        Menghasilkan tentera yang sanggup mati untuknya

5.       Sebab berlakunya revolusi (pengaruh asing)

Rentetan revolusi Negara islam lain seperti tunisia dan lubnan yang tersebar luas di media,rakyat Syria merasakan mereka juga mampu berbuat demikian.

6.       Reaksi terhadap rakyat

a.        Rakyat sengaja dibunuh
b.       Rumah rakyat dirobohkan
c.        Masjid dirobohkan atau ditukar menjadi tempat maksiat
d.       Haling bantuan dari luar untuk sampai kepada rakyat

7.       Tindak balas rakyat pada sistem

Walau bagaimana perit sekali pun keadaan mereka, mereka terus tsabat pada jalan ini.

8.       Kemenangan yang dijanji

Janji Allah yang kemenangan adalah milik orang-orang yang berjuang pada jalanNya mendorong mereka untuk meneruskan perjuangan mereka.

9.       Apa yang boleh kita sumbangkan pada mereka

a.        Sumbangan dari segi material seperti duit, pakaian, makanan dan sebagainya.
b.       Doa semoga mereka akan terus tsabat pada perjuangan mereka.
c.        Sebagai penuntut seharusnya kita mengambil tahu keadaan sebenar di sana dan cuba menyampaikan pada sahabat-sahabat kita yang lain.


Allahua’lam. Semoga bermanafaat. Hidup yang hanya sementara ini, ayuh kita maknakannya. Katakan "aku peduli akan saudaraku."

Sumber
Ustaz ali
Ikram.org

Friday 17 February 2012

Hipokrit Ke? ^.^

Bismillahirahmanirrahim.


Hipokrit

Pura-pura

“Kamu pernah tak orang kata ‘macam la kau tu baik sangat’ bila nak menegur?”  

Bella bersuara.

Sungguh, masa tu. susah saya nak jawab.

Mungkin secara seriusnya tak pernah. Memang tak pernah orang kata macam tu pada saya dan tentunya bukan sebab saya ni baik sangat, tak. Saya memang bukan baik sangat pun. Hanya teringin nak jadi baik ikut apa yang Allah nak.

Teringin.

Mungkin tak pernah kena sebab saya bukan yang jenis nak menegur. Atau mungkin kerana jenis yang memang kurang perasan perasaan tu.

Dan beberapa minggu lepas tu.

Kau ni hipokrit la wey!

Hanya kerana disuruh solat.

Huh. Sakit.

Sakit rupanya bila dikatakan hipokrit. Saya baru faham macam mana awak rasa.

Kononnya manusia(sesetengahnya) ini akan terus berada di takuk perangai buruknya dan dia tidak akan berubah, sedikit pun tidak?

Saya lihat, saya belajar, dan saya sedar.

Manusia boleh berubah. Yang kurang baik kelakuannya boleh berubah menjadi baik, dan yang baik perilakunya tak mustahil untuk berubah menjadi kurang baik. Sebab, hidayah itu milik Dia, hati-hati kita milik Dia. Dia kurniakan petunjuk pada siapa yang Dia mahu. Boleh saja Dia tarik hidayah itu dari kita. Bila-bila masa pun. Nauzubillah.

Dan sampai bila, orang yang menegur itu perlu dilabel sebagai hipokrit?

Orang tak perlu berubah jadi baik lah ye?

Begitu?

Biarlah semua orang dalam dunia ni jadi tak baik sebab yang baik tu semuanya hipokrit?

=,=’

change for good~[kredit]


Biarlah..hipokrit atau tak, saya tegur sebab saya sayang.

Kalau dia yang saya tegur tu tak nak terima, tak mengapa.

Saya doakan suatu hari nanti, dia terima.

Walaupun saya tahu, dia boleh bawa diri dalam definisi kamusnya, saya akan tetap terus tegur dia.  

“Being good isn’t a crime”~ Hlovate kata macam tu dan saya memang 100% sokong.