Saturday 17 March 2012

Sesuci Ikatan

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, selamat pulang daripada jaulah ke Johor. Menghadiri walimah Kak Aliya dan Akh Saifudin. Berkonvoi dari Uiam Kuantan menuju ke Skudai bersama akhwat tercinta. Dah lama teringin nak menghadiri walimah rakan, Alhamdulillah Dia permudahkan juga.

Penyatuan dua keluarga. Pembinaan baitul muslim, selangkah maju Kak Aliya dan suami menapak. Moga kekal hingga ke syurga. Penyatuan ini memerlukan matlamat yang jelas. Bukan setakat bersatunya dua insan dan majlisnya sahaja, tapi lebih daripada itu.

Penyatuan yang memerlukan persedian yang teliti. Sebelum dan selepas.

Pengantin Baru kita :) [kredit to kak sayang for the pic]

Bak kata Puan Zaini,  ‘takat kursus kawin aja belum cukup.’

Sebab keluarga bukan benda kecik yang boleh kita main-main. Bukan umat islam yang hanya pada namanya ingin kita hasilkan. Tapi umat islam yang benar-benar faham dan mempraktikkan ajaran islam yang mulia itu sendiri yang kita mahukan.

Seringkali saya kagum melihat pasangan-pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mampu bersama hingga berpuluh-puluh tahun. Hubungan mereka tetap erat, bergurau senda, si suami menghantar si istri ke tempat yang ingin di tuju, si istri menjahit baju raya untuk dipakai oleh suaminya. Sungguh, mereka bahagia. Mungkin ketiadaan itu yang mengingatkan mereka, ‘aku masih di sisi kamu.’ Mungkin. Tapi, ayat itu hanya spekulasi je ^-^Tersenyum sendiri melihat pasangan yang sudah agak veteran tapi masih mengusik mesra antara satu sama lain.

Tapi yang seharusnya kita tahu, memburu cintaNya adalah cinta yang paling utama. Kerana cintaNya sahaja yang kekal abadi. Menyayangi makhlukNya bukan bermakna kita mengenetepikan cintaNya. Tapi sebaliknya membuatkan cinta kita padaNya lebih mendalam kerana Dia telah mengurniakan mereka.

Cinta yang dilandaskan pada landasanNya, insyaAllah Dia akan permudahkannya. Cuma perlu berhati-hati dalam mengatakan ‘cinta pada landasanNya’ kerana kalimah ini risau tinggal sebagai hanya pemanis bibir. Biar yang haq (benar) itu tetap haq dan yang batil itu kita buang. Kalimah ‘islami’ tidak perlu bersekongkol dengan kalimah-kalimah yang kurang enak didengar.

Cukup saja setakat ini buat kali ini. Moga-moga, kita ini dikurniakan orang-orang yang mencintaiNya dan moga kita ini juga mencintaiNya. insyaAllah.

Allahua’lam.

Friday 9 March 2012

Pilihan Kita.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kebelakangan ni kerap kali persoalan pilihan timbul. Sebelum cuti tiga minggu, masa cuti tiga minggu dan lepas cuti tiga minggu. Dengan kawan-kawan, dengan adik-adik memang tersangat popular isu pilih memilih ni. Tambahan pula salah seorang adik saya sedang menunggu keputusan SPMnya.

 Persoalan biasa yang timbul,

‘Kita amek ni untuk apa eh?’
'Kenapa kita amek benda ni eh?'

Life is about choosing.

Kalaupun kita ambil benda yang kita tak nak, but still, kita dah pilih benda tu.

Seorang kawan bertanya,

‘Macam mana kita nak datangkan minat kita dalam satu-satu bidang?’

 Memang payah untuk saya jawab, sebab saya tiada jawapan yang tepat untuk soalan itu tapi yang pasti, saya juga melaluinya.

Mungkin buat benda yang menggembirakan kita bila ada kaitan dengan bidang tu, bersihkan balik niat kita, emm mungkin cuba bertahan untuk insan-insan yang kita sayang contohnya mak dan ayah kita.

‘ Aku tiba-tiba je terfikir, betul ke ni minat aku.’ Katanya.

Tak ada pilihan lain selain daripada meneruskan apa yang kita dah pilih (bagi saya dan tentunya untuk benda-benda yang tidak bertentangan dengan agama ye, jika bertentangan dengan kehendakNya batalkan saja hasrat itu).  Kalaupun kita rasa kita tengah buat benda tu untuk orang lain. Tapi hakikat yang pasti, kita dah pilih benda tu.

Teringat kata-kata Kak Hanis, 'hati-hati yang menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaraniman mereka yang akan filter setiap keputusan yang bakal mereka ambil.' 
Betul, hati yang sentiasa dijaga, iman yang akan menapis setiap tindakan mereka. ini solusi terbaik kita untuk menjaga setiap keputusan yang bakal kita ambil.

Take it or leave it.

Tapi perlahan-lahan, saya rasa bahagia dengan pilihan saya ditakdirkan untuk ambil. It is just the matter of time. Dan saya tak menyesal malah bersyukur. Sebab saya dah jumpa permata dalam hidup saya, lebih berharga dari permata. Ya.

Walaupun pernah suatu ketika, saya dalam keadaan menerima pun tidak, menolak pun tidak. Hanya terbit kata-kata dari mulut yang saya akan ikut apa yang Allah letakkan pada saya. Hati entah mengiyakan entah tidak.

Going with the flow.

Tapi tak pasti sejauh mana saya dah ‘going with that flow’ tu. mungkin hampir tenggelam lemas agaknya.

[kredit]


Hampir.

Cukup ke hanya dengan going with the flow?

Saya kata ikut arus tu (going with the flow) kadang kala tak cukup. Ia perlukan lebih daripada itu. Nak ikut arus, juga perlu usahanya. Perlu juga disesuaikan mengikut keadaan, contohnya bila arus deras apa yang harus kita lakukan, bagaimana jika ada batu besar di hadapan. mungkin kepala kita akan terhantuk pada batu tersebut jika kita tidak mengawal pergerakan kita.

Begitu juga apabila arus perlahan, adakah kita akan turut ikut perlahan? Perlu juga untuk kita lihat apa di hadapan kita. Untuk persediaan kita juga. Hakikatnya pada saya, going with the flow itu tidak semudah itu.

Jadi bagaimana?

Yuk,kenali diri kita. Kita perlu tahu apa yang kita perlukan dan jelas dengannya. Kenali potensi anda bak kata orang supaya kita boleh sumbangkan sesuatu untuk orang lain, untuk agama kita, untuk negara kita. Jangan hanya menurut semata-mata.Cari permata anda.

Masa muda kita, bukan untuk bersuka ria tanpa tujuan. Masa muda hanya sekali, itu pun belum tentu kita dapat habiskan masa muda kita. Mungkin akan dipanggil olehNya sebelum tamat masa muda kita. Sungguh, kita tak mahu jadi insan-insan yang berada dalam keadaan rugi kan?

Jangan beralasan lagi. Jom, kita balas yang terbaik pada Allah sebab Dia dah terlebih dahulu berikan yang terbaik untuk kita. Maknakan setiap detik dalam hidup kita, maknakan syahadah yang kita ucapkan dan maknakan islam yang kita kata kita letak di hati kita. Semoga perjalanan kita dipermudahkanNya. Amin.

Allahua’lam..  

Thursday 8 March 2012

Mengimbas Sejenak Keadaan di Syria

assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan izinNya, isnin lepas telah diadakan sesi penerangan tentang Syria oleh Ustaz Ali bin Nayef Al Shahood pensyarah UMP. Sukalah kiranya untuk saya kongsikan penerangan tersebut.  penenrangan tersebut dibahagikan kepada sembilan bahagian penting.

Berjuang, Berjuang dan terus berjuang [kredit]



1.       Kelebihan syam

Damsyik ialah ibu kota bagi Negara Syria. Yang dahulunya terkenal dengan nama ‘negeri syam’. Dimana negeri syam ini adalah pada hakikatnya meliputi 4 buah Negara. Iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Tetapi telah melalui proses pemecahan dan pengasingan sempadan oleh kerajaan kafir eropah suatu ketika dahulu.

a.        Disebut di dalam al-quran dalam surah al-anbiya:71
b.       Pernah tersebut di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang mendoakan keberkatan negeri syam. Maksud sebuah hadis: Rasulullah s.a.w berdoa:  ”Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. 
c.       Selain itu di dalam Al-quran juga membuktikan bahawa negeri syam ialah kawasan yang diberkati oleh Allah. Maksud dari surah al-isra’ ayat 1: “Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. Maksud ‘sekelilingnya’ yang terdapat di dalam ayat ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai bumi syam. Selain dari hadis dan ayat al-quran ini, masih banyak hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan negeri syam dan damsyik.

2.       Sebab berlakunya revolusi (baru)


Punca kebangkitan adalah : ada sekumpulan kunkanak-kanak dalam lingkungan 28 orang bermain-main dan menulis sesuatu di dinding sekolah mereka iaitu

"Rakyat mahu jatuhkan kerajaan"

Pasukan keselamatan syria telah mengangkap kanak-kanak ini dan mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. salah seorang daripada kana-kanak tersebut telah meninggal dunia dan keluarganya memunta kakan-kanak itu dan kawan-kawannya yang lain dilepaskan.

Kerajaan telah meletakkan syarat di mana mereka perlu memberi wanita-wanita dari kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan syria ini, maka bermulalah kebangkitan rakyat.

3.       Sebab berlakunya revolusi (Hafez al Assad)

a.        Penyerahan Bukit Golan kepada yahudi dan selama 43 tahun penyerahannya, tiada sebutir peluru pun terkena pada yahudi
b.       Pembuangan general dan askar yang mempunyai fikrah islamiyah
c.        Mengubah pelembagaan Negara :- islam dibuang dari menjadi agama rasmi Negara
d.       Sistem pembelajaran berbentuk secular
e.       Pengeluaran filem iklan yang berbaur kemaksiatan (untuk merosakkan rakyat)

4.       Sebab berlakunya revolusi (Basyar al Assad)

a.        Memegang tampuk kepimpinan tentera
b.       Memperbanyakkan kemungkaran spt tempat aksiat dan kedai arak
c.        Banyak menabur janji manis yang tidak dilaksanakan
d.       Mengaharamkan pemakaian niqab
e.       Rasuah berleluasa
f.         Robohkan rumah rakyat sendiri
g.        Menghasilkan tentera yang sanggup mati untuknya

5.       Sebab berlakunya revolusi (pengaruh asing)

Rentetan revolusi Negara islam lain seperti tunisia dan lubnan yang tersebar luas di media,rakyat Syria merasakan mereka juga mampu berbuat demikian.

6.       Reaksi terhadap rakyat

a.        Rakyat sengaja dibunuh
b.       Rumah rakyat dirobohkan
c.        Masjid dirobohkan atau ditukar menjadi tempat maksiat
d.       Haling bantuan dari luar untuk sampai kepada rakyat

7.       Tindak balas rakyat pada sistem

Walau bagaimana perit sekali pun keadaan mereka, mereka terus tsabat pada jalan ini.

8.       Kemenangan yang dijanji

Janji Allah yang kemenangan adalah milik orang-orang yang berjuang pada jalanNya mendorong mereka untuk meneruskan perjuangan mereka.

9.       Apa yang boleh kita sumbangkan pada mereka

a.        Sumbangan dari segi material seperti duit, pakaian, makanan dan sebagainya.
b.       Doa semoga mereka akan terus tsabat pada perjuangan mereka.
c.        Sebagai penuntut seharusnya kita mengambil tahu keadaan sebenar di sana dan cuba menyampaikan pada sahabat-sahabat kita yang lain.


Allahua’lam. Semoga bermanafaat. Hidup yang hanya sementara ini, ayuh kita maknakannya. Katakan "aku peduli akan saudaraku."

Sumber
Ustaz ali
Ikram.org