Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Tuesday, 18 February 2014

Durian ^-^

Bismillah.

Malam tadi.

Akak, ape benda yang akak suka? Buat masa ni. Benda yang buat hati akak flattered bila akak dapat benda tu. Hilang marah dan segala-galanya yang membahagiakan. Kalo kite durian.


Wow. 

Gitu lebih kurang.

Erm, apa eh? Setakat ni, akak akan rasa bahagia bila tengok benang-benang yang tersusun. Rasa bahagia amat bila boleh tengok walaupun tak beli. Musim tengah gila buat crochet kot.

Semua orang pun 

"oooo"

heh, pelik. Tapi korang kena terima la kan.

****

Tapi sebenarnya, dah terlebih gembira pun tengok adik-adik tu membesar. Bonding to each other. Boleh ajak circlemate yang lain tahun pegi pasar malam sama-sama even though I wouldn’t expect them to do that. They’ve grown up. I think they filled the gap.

Alhamdulillah. Bak kata kakak-kakak dulu, kalau mati pun,boleh tutup mata. (macam tu ke?) 

Gembira dan bersyukur.

Memang betol kata-kata pak cik puluhan tahun tu. Mereka penguat kita. Setuju 100%.

Macam-macam ragam dan masing-masing ada gaya tersendiri. Tapi yang penting, sayang tu sentiasa ade.


Peace.

Wednesday, 13 July 2011

Kami Dah Boleh Terbang :)



bismillahirrahmanirrahim..


"hok lain takpo dah, buleh terbang dah"..


mak saya :)


hmm, tu apa yang mak kata "yang lain takpe dah, dah boleh terbang." tu terjemahannya sesiapa yang kurang mengerti bahasa klate. 


Kami dah besar :)


dah besar rupanya kami, kami berlima Long, Ngah, Che Keng, saya dan Nazihah. Tinggal yang masih belum mampu terbang Fatihah dan Udin. Memang dah besar, dah banyak angka pada usia kami cuma kami je yang masih ....


'Terbang' istilah yang mak gunakan,bererti kami sudah mampu untuk berdikari. Masing-masing sudah melepasi spm, spm yang mak jadikan kayu ukur untuk anak-anaknya pandai berdikari. Walaupun bukan sepenuhnya, tapi cukup untuk si anak mengenal dunia luar menjangkaui dunia sekolah yang agak terbatas. 


Anak-anak katanya akan sedikit terbuka pemikiran setelah berakhirnya zaman persekolahan. Memasuki alam matrikulasi atau pun diploma , pergi meninggalkan zaman kanak-kanak dan awal remaja.


Peperiksaan


Tatkala peperiksaan besar menjengah, mak orang yang paling risau. Mengalahkan anak-anak beliau yang akan menduduki peperiksaan itu sendiri. Dari mula penggal pertama persekolahan (tahun peperiksaan) sehingga tiba saat keputusan peperiksaan diumumkan, mak ialah insan yang paling berdebabr-debar. Anak-anak?... :D 


Cuti


Cuti, kawan-kawan lain kebanyakannya kerja. Kerja macam-macam, ada yang jadi cikgu, kerja kat pusat beli-belah dan sbg. Saya? masih setia di rumah. Hanya rumah tempat saya bila cuti. 


"Masa cuti ni lah anak-anak boleh luangkan masa tolong mak ayah. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga." tu kata kedua-dua mak dan ayah saya. Ya, ada betulnya. Anak-anak perempuan memang digalakkan untuk berada di rumah, tak kira lah berapa lama tempoh  cuti yang kami ada. Andai lima bukan sekali pun, ya, kami akan setia di rumah. Tapi sebaliknya untuk abang-abang saya. 




Si anak akan tetap selamanya si anak 






Aidil Samuel 


Walau setinggi mana pun peringkat kami belajar, walau berapa banyak pun angka pada usia kami, kami masih anak-anak kecil bagi mak dan ayah kami. Anda juga rasanya. :)


Ada saja yang perlu diperbetul dan dinasihati. Manusia, memang kita ini memerlukan nasihat yang berpanjangan dan berterusan. Untung mereka masih ada untuk menasihati kita. Untung nasihat mereka masih tersemat di jiwa kita.


Penutup


Terlalu besar jasa mak ayah kita dalam mendidik kita dalam perjalanan kita menjadi insan berguna. Kita setidak-tidaknya perlu berusaha memberikan yang terbaik untuk mereka walaupun susah payah mereka membesarkan tidak mampu kita balas.
Allahu a'lam.. 

Sunday, 17 April 2011

Sanah Helwah Ya Abi =)

bismillahirahmanirrahim.




ayah saya =)


Hari ni hari lahir ayah yang ke 55.
Hari ni hari lahir ayah.
Selamat hari lahir. 
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. 
Semoga sentiasa dibawah lindungan kasih dan rahmatNya. 
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Amin..
terima kasih dan maaf untuk segala-galanya.




Saya selitkan sebuah cerita, pesanan dari seorang ayah untuk anak perempuannya untuk kita sama-sama renungkan dan bermulalah al kisahnya. 

Di meja makan ketika sedang menyiapkan makan tengah hari. 

Ketika si anak sedang khusyuk mengupas kulit bawang. Si ayah bertanya “tak keluar air mata masa kupas bawang?”. Lalu si anak menjawab “tak pun, kenape?”. Ayahnya menjawab “baguslah, ni nanti mesti tahan dengan mertua”. Si anak Cuma tersenyum. Dalam hatinya “Oh macam tu ye? Hehe” . malu pulak bila ayah tegur benda-benda macam ni. Mintak-mintak muka tak blushing. Si ibu pula menambah “dapat mertua orang manalah ni nanti.” Sekali lagi si anak hanya mampu untuk tersenyum. Respon terbaik yang boleh diberikan.

Friday, 25 March 2011

Mode :: Final

bismillahirrahmanirrahim,


Demam exam dah bermula, final exam mula minggu depan, dan sememangnya, masih banyak yang perlu dicover. tapi takpe, insyaAllah, dalam progress untuk revise semua yang perlu.



Exam vs rumah, bila dah dekat exam, perkara pertama yang diingat, bukan exam, tapi rumah, bukan rumah, tapi mak ayah. rindu sungguh. nak je cepat-cepat habis exam, dan terus balik.


Sebab apa rindu? sebab teringat, sebab apa teringat? sebab kita punya memori bersama mereka. bila dah lama-lama tak jumpa, membuak-buak rasa rindu tu.


Masa kecik-kecik dulu, tak faham pun. tapi bila dah besar ni, dua bulan tak jumpa pun dah teringat-ingat, tu dua bulan, tak sampai sebulan pun dah teringat. bila dah makin dewasa ni, kita belajar banyak benda, dan antaranya ialah belajar untuk menghargai mereka yang berada di sekeliling kita. tak kesahlah mak ayah ke, kawan, cikgu-cikgu ke, sesiapa saja yang berada di sekeliling kita. kita perhatikan mereka, tingkah laku mereka, percakapan, dan segalanya tentang mereka.


Mak ayah contohnya, semakin kita dewasa, kita semakin memahami tindakan mereka, penat lelah mereka. penat lelah mereka membesarkan kita, sungguh manis. baru sekarang menyedarinya. mak ayah memang sweet. cuba perhatikan mak ayah anda, sikit tak banyak pun,  anda akan bersetuju dengan saya. tapi mungkin pada interpretasi yang berbeza-beza untuk setiap orang.








Ada perasa kasih sayang yang hanya mereka sahaja boleh berikan. ya, sebab tempat mereka, takkan dapat diganti pun oleh sesiapa. sebab mereka kalau dalam bahasa matematiknya adalah unik. tak sama dengan orang lain. ramai yang mungkin malu nak melafazkan," i luv u mum"," luv u dad". termasuk yang menulis ni. sangat tak berkemahiran untuk berbuat demikian. tapi, mungkin kita boleh mencubanya, payah tapi tak mustahil. biar orang kata kita buang tabiat, untuk benda-benda baik macam ni, apa salahnya kalau buang tabiat pun, kan?


Atau pun let action takes the word. tapi kominikasi tak lisan tidaklah seefektif komunikasi lisan. dan itu pasti. tapi tak salah kalau kita mencuba, express your love, tapi hanya pada yang benar-benar layak je. =) bersyukur pada Allah sebab kita punya mereka dalam hidup kita. jadi, jom! kita sama-sama menghargai mereka di sekeliling kita.=D