Showing posts with label ummah. Show all posts
Showing posts with label ummah. Show all posts

Saturday, 17 March 2012

Sesuci Ikatan

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, selamat pulang daripada jaulah ke Johor. Menghadiri walimah Kak Aliya dan Akh Saifudin. Berkonvoi dari Uiam Kuantan menuju ke Skudai bersama akhwat tercinta. Dah lama teringin nak menghadiri walimah rakan, Alhamdulillah Dia permudahkan juga.

Penyatuan dua keluarga. Pembinaan baitul muslim, selangkah maju Kak Aliya dan suami menapak. Moga kekal hingga ke syurga. Penyatuan ini memerlukan matlamat yang jelas. Bukan setakat bersatunya dua insan dan majlisnya sahaja, tapi lebih daripada itu.

Penyatuan yang memerlukan persedian yang teliti. Sebelum dan selepas.

Pengantin Baru kita :) [kredit to kak sayang for the pic]

Bak kata Puan Zaini,  ‘takat kursus kawin aja belum cukup.’

Sebab keluarga bukan benda kecik yang boleh kita main-main. Bukan umat islam yang hanya pada namanya ingin kita hasilkan. Tapi umat islam yang benar-benar faham dan mempraktikkan ajaran islam yang mulia itu sendiri yang kita mahukan.

Seringkali saya kagum melihat pasangan-pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mampu bersama hingga berpuluh-puluh tahun. Hubungan mereka tetap erat, bergurau senda, si suami menghantar si istri ke tempat yang ingin di tuju, si istri menjahit baju raya untuk dipakai oleh suaminya. Sungguh, mereka bahagia. Mungkin ketiadaan itu yang mengingatkan mereka, ‘aku masih di sisi kamu.’ Mungkin. Tapi, ayat itu hanya spekulasi je ^-^Tersenyum sendiri melihat pasangan yang sudah agak veteran tapi masih mengusik mesra antara satu sama lain.

Tapi yang seharusnya kita tahu, memburu cintaNya adalah cinta yang paling utama. Kerana cintaNya sahaja yang kekal abadi. Menyayangi makhlukNya bukan bermakna kita mengenetepikan cintaNya. Tapi sebaliknya membuatkan cinta kita padaNya lebih mendalam kerana Dia telah mengurniakan mereka.

Cinta yang dilandaskan pada landasanNya, insyaAllah Dia akan permudahkannya. Cuma perlu berhati-hati dalam mengatakan ‘cinta pada landasanNya’ kerana kalimah ini risau tinggal sebagai hanya pemanis bibir. Biar yang haq (benar) itu tetap haq dan yang batil itu kita buang. Kalimah ‘islami’ tidak perlu bersekongkol dengan kalimah-kalimah yang kurang enak didengar.

Cukup saja setakat ini buat kali ini. Moga-moga, kita ini dikurniakan orang-orang yang mencintaiNya dan moga kita ini juga mencintaiNya. insyaAllah.

Allahua’lam.

Thursday, 8 March 2012

Mengimbas Sejenak Keadaan di Syria

assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan izinNya, isnin lepas telah diadakan sesi penerangan tentang Syria oleh Ustaz Ali bin Nayef Al Shahood pensyarah UMP. Sukalah kiranya untuk saya kongsikan penerangan tersebut.  penenrangan tersebut dibahagikan kepada sembilan bahagian penting.

Berjuang, Berjuang dan terus berjuang [kredit]



1.       Kelebihan syam

Damsyik ialah ibu kota bagi Negara Syria. Yang dahulunya terkenal dengan nama ‘negeri syam’. Dimana negeri syam ini adalah pada hakikatnya meliputi 4 buah Negara. Iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Tetapi telah melalui proses pemecahan dan pengasingan sempadan oleh kerajaan kafir eropah suatu ketika dahulu.

a.        Disebut di dalam al-quran dalam surah al-anbiya:71
b.       Pernah tersebut di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang mendoakan keberkatan negeri syam. Maksud sebuah hadis: Rasulullah s.a.w berdoa:  ”Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. 
c.       Selain itu di dalam Al-quran juga membuktikan bahawa negeri syam ialah kawasan yang diberkati oleh Allah. Maksud dari surah al-isra’ ayat 1: “Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. Maksud ‘sekelilingnya’ yang terdapat di dalam ayat ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai bumi syam. Selain dari hadis dan ayat al-quran ini, masih banyak hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan negeri syam dan damsyik.

2.       Sebab berlakunya revolusi (baru)


Punca kebangkitan adalah : ada sekumpulan kunkanak-kanak dalam lingkungan 28 orang bermain-main dan menulis sesuatu di dinding sekolah mereka iaitu

"Rakyat mahu jatuhkan kerajaan"

Pasukan keselamatan syria telah mengangkap kanak-kanak ini dan mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. salah seorang daripada kana-kanak tersebut telah meninggal dunia dan keluarganya memunta kakan-kanak itu dan kawan-kawannya yang lain dilepaskan.

Kerajaan telah meletakkan syarat di mana mereka perlu memberi wanita-wanita dari kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan syria ini, maka bermulalah kebangkitan rakyat.

3.       Sebab berlakunya revolusi (Hafez al Assad)

a.        Penyerahan Bukit Golan kepada yahudi dan selama 43 tahun penyerahannya, tiada sebutir peluru pun terkena pada yahudi
b.       Pembuangan general dan askar yang mempunyai fikrah islamiyah
c.        Mengubah pelembagaan Negara :- islam dibuang dari menjadi agama rasmi Negara
d.       Sistem pembelajaran berbentuk secular
e.       Pengeluaran filem iklan yang berbaur kemaksiatan (untuk merosakkan rakyat)

4.       Sebab berlakunya revolusi (Basyar al Assad)

a.        Memegang tampuk kepimpinan tentera
b.       Memperbanyakkan kemungkaran spt tempat aksiat dan kedai arak
c.        Banyak menabur janji manis yang tidak dilaksanakan
d.       Mengaharamkan pemakaian niqab
e.       Rasuah berleluasa
f.         Robohkan rumah rakyat sendiri
g.        Menghasilkan tentera yang sanggup mati untuknya

5.       Sebab berlakunya revolusi (pengaruh asing)

Rentetan revolusi Negara islam lain seperti tunisia dan lubnan yang tersebar luas di media,rakyat Syria merasakan mereka juga mampu berbuat demikian.

6.       Reaksi terhadap rakyat

a.        Rakyat sengaja dibunuh
b.       Rumah rakyat dirobohkan
c.        Masjid dirobohkan atau ditukar menjadi tempat maksiat
d.       Haling bantuan dari luar untuk sampai kepada rakyat

7.       Tindak balas rakyat pada sistem

Walau bagaimana perit sekali pun keadaan mereka, mereka terus tsabat pada jalan ini.

8.       Kemenangan yang dijanji

Janji Allah yang kemenangan adalah milik orang-orang yang berjuang pada jalanNya mendorong mereka untuk meneruskan perjuangan mereka.

9.       Apa yang boleh kita sumbangkan pada mereka

a.        Sumbangan dari segi material seperti duit, pakaian, makanan dan sebagainya.
b.       Doa semoga mereka akan terus tsabat pada perjuangan mereka.
c.        Sebagai penuntut seharusnya kita mengambil tahu keadaan sebenar di sana dan cuba menyampaikan pada sahabat-sahabat kita yang lain.


Allahua’lam. Semoga bermanafaat. Hidup yang hanya sementara ini, ayuh kita maknakannya. Katakan "aku peduli akan saudaraku."

Sumber
Ustaz ali
Ikram.org

Sunday, 4 December 2011

Untuk Kamu, Bakal Ketua Bidadari Syurga

Untuk kamu, bakal ketua bidadari syurga.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.r.t.

Perbualan di talian lewat malam tadi seakan-akan terngiang di telinga.

“za, perlu ke orang baik tu semua pakai tudung labuh?” soal sahabat saya.

Berfikir sejenak, cuba menyusun sebaik-baik ayat. Walaupun sebenarnya agak terkejut dengan soalan yang sahabat saya utarakan.

“bagi aku, kita kena tengok balik definisi menutup aurat tu” saya memulakan.

“ya, menutup bahagian dada. Tapi memang kena eh, pakai labuh-labuh? Tak cukup ke kalau setakat tak selempang, tak buat rama-rama macam aku ni?” Beliau menyambung.

“boleh, sape kate tak boleh? Nak buat rama-rama ke, nak buat kupu-kupu ke. Tapi, itu minimum requirement dia. Syarat-syarat minima dia. Kalau kita pakai tudung lagi besar, seolah-olah kita mendapat extra protection kan? Tak rasa macam tu? ”

“huhu, tak boleh eh?”nada sayu.

Saya gelak.

“selagi menutup aurat, bukannya baik ke tidak tu letaknya pada tudung.”
……………………………………………………………………………

[credit]


Nak jadi baik bukan senang, itu hakikatnya. Nak memperoleh jannah, kita kena ada usaha yang luar biasa. 

Kita kena ada kekuatan yang luar biasa. Sebab, yang kita tuju tu bukan benda yang kecik, bukan tempat yang biasa-biasa, tapi tempat yang penuh dengan nikmat Allah. Tempat yang memang kita takkan dapat terbayang macam mana rupa dan keadaannya, keindahannya. Ia melepasi pemikiran kita. Subhanallah.

“aku kan, nak sangat jadi baik. Jeles tengok korang. Tapi aku tak kuat la. Stoking pun tak lekat kat kaki.”

Ye saudari. Kekuatan tu kita kena cari. Nak jadi baik tu satu proses, proses yang berpanjangan. Bukan makan masa sehari dua. Mungkin bertahun. Kita memang akan diuji bila nak buat benda baik, bila kita terarah kepada sesuatu yang baik. Musuh kita takkan senang-senang biarkan kita sampai ke destinasi kita. 

Jadi, semangat yang kental sangat diperlukan.

Bagaimana? Ini dia, teori-teori untuk diterjemahkan menjadi realiti.

Dengan mempunyai pandangan yang jelas untuk apa yang kita tuju

Al quran dan sunah nabi kita jadikan pegangan utama kita. Beruntung amat kita orang islam, ada dua perkara ni. Pemurahnya Dia, Penyayangnya Dia. Sebab dia Dia sediakan pada kita petunjuk yang memang tak dapat ditukar ganti dan dicari di mana-mana pelusuk dunia ni sekalipun. 

Dengan adanya mereka yang budiman  di sisi

Mereka yang budiman ini ialah mereka yang sudi tunjukkan kita jalan dan tarik kita bila kita dalam kegelapan. Mereka takkan senang-senang je nak tinggalkan kita di belakang. Sorang-sorang. Tak kiralah mereka yang budiman itu dari dalam kalangan kaum kerabat ataupun kenalan.  Mereka, walaupun jauh di mata tapi senantiasa dekat di hati. Harapnya kita juga tergolong dalam kalangan mereka yang budiman. Amin.

Dengan adanya persediaan (strategi)

Tentunya kita pelukan strategi yang rapi. Kita kena ada rancangan simpanan (back up plan). Perjalanan yang kita akan tempuhi ini munkin berliku-liku. Jadi, kita kena bersedia menghadapi sebarang situasi. Supaya nanti, kita tidak berpatah balik. Rugi kalau kita berpatah balik. Teruskan, teruskan.

Dengan adanya doa

Doa senjata mukmin kan? Jangan pernah berhenti berdoa. Doalah kat mana-mana sekalipun. Mintalah pada Dia, Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui setiap apa di dalam hati kita. Dan minta juga mereka yang budiman doakan kita,terutamanya ibu kita.. Mungkin doa mereka yang Allah kabulkan dahulu. 

Dengan adanya idola (role model). ^_^

Kata orang, dengan adanya contoh kita lagi senang nak terikut. Mungkin. Boleh jadi beliau yang anda lihat itu memberi kesan yang mendalam dalam hidup anda. Tak mustahil untuk terjadi. Tapi berhati-hati dalam memilih dan jangan lupa, beliau juga manusia biasa. Tak terlepas dari silap. Mana yang baik kita ambil, yang kurang kita usahakan untuk ingatkan diri supaya tidak terikut sama.

Dengan selalu bermuhasabah

Hidup kita, kadang-kala ada masanya yang seolah-olah kita tidak menyedari yang kita buat silap. Kita manusia. Itu normal. Setiap manusia memang takkan terlepas daripada kesalahan. Yang penting kita sedar dan kita ambil langkah untuk tidak kembali mengulanginya. Kita belajar dari kesalahan. Luangkan sedikit masa kita untuk kita bermuhasabah, untuk kita menganalisa perbuatan kita, hari kita. Mudah-mudahan, hari ini lebih baik daripada hari semalam. insyaAllah.

…………………

Saya yang menulis juga tidak terlepas dari dugaan ini. Sebab itu saya katakan nak jadi baik itu satu proses. Proses pembaikan diri. Apa lagi? Yuk! Mula melangkah.

Untuk saudari-saudari bakal ketua bidadari syurga, semoga Allah terus berikan kita kekuatan untuk menjadi solehah. Semoga Allah kuatkan langkahan kita menongkah cabaran. Semoga nanti kita kan bertemu di sana. Amin.

Saturday, 30 July 2011

Hulurkan tanganmu..

Bismillahirrahmanirrahim…

Orang tak tegur saya, saya pun tak tegur orang tu

“kalau orang tak kacau saya, saya pun takkan kacau orang tu. Atau pun yang lebih tepat, kalau orang tak tegur saya, saya pun tak tegurlah orang tu.” Jelas seorang siswi di pertengahan diskusinya bersama rakan halaqahnya.

Fasilitatornya hanya mengerling. Tidak memberikan sebarang komen, tetapi riak muka yang mungkin tidak bersetuju dengannya.

“aik? Salah ke?” getusnya di dalam hati.

“ ah, biarlah. Betul apa tindakan aku tu.”

Sesi itu, mereka berbincang perihal interaksi sesama manusia. Bagaimana perhubungan mereka dengan orang lain termasuklah dalam soal persahabatan.

Siswi ini tetap mempraktikkan prinsipnya meskipun apabila bertemu dengan rakan-rakan sekelasnya. Tidak nampak di mana harus dipersoalkan tindakannya itu. Masakan tidak, sudah bertahun ini yang dia praktikkan dalam hidupnya. Sejak mula bersekolah sehingga sekarang di universiti.

Sering saja dia menerima komen dari kawan-kawan yang dulunya mereka pernah berada di dalam kelas yang sama selama satu semester, tapi hanya sekali dua saja mereka bertegur sapa. Itupun kerana bertanyakan jawapan.

“ dulu, akak ingat kamu tu berlagak.” Begitu kira-kira komen kawannya itu.

Siswi itu hanya tergelak kecil mendengarnya. Sudah lali diperkatakan sebegitu oleh orang yang tidak rapat dengannya. Dia hanya menanti untuk ditegur, dan hanya sesekali menyapa itupun jika terpaksa. Tiada siapa lagi yang dia kenali di situ.

Malu

Alasannya malu dan tidak mahu mengganggu orang lain. Ya, malu memang perlu. Tidak mengganggu ketenteraman orang lain juga penting. Tapi praktikal kah digunakan dalam konteks ini?.  Praktikalkah digunakan apabila bersama rakan-rakan yang sudah satu semester atau lebih berada di kelas yang sama? Atau dengan jiran-jirang sebelah bilik? Cuba fikirkan..

Tak tahu nak tanya apa

 “ saya tak tahu la nak tanya apa kalau jumpa dengan orang yang baru kenal..” juga sering dia gunakan.

Logiknya orang yang baru dikenali yang terlalu banyak soalan yang kita tanya contohnya nama, asal, kerja ke belajar lagi dan sebagainya. Pendek kata kita hanya membina satu ruang yang besar antara kita dan mereka. Membuatkan kita terlalu susah untuk memulakan perkenalan.

Ego?

Ada dinding besar yang membatasi antara siswi ini dan mereka yang baru atau lama dia kenali. Terlalu memperjuangkan malu, tidak mahu mengganggu ruang orang lain dan tidak tahu apa untuk ditanyakan. Malu tak salah andai betul pada tempatnya. Dan alasan-alasan selainnya itu pun betul dengan syarat diletakkan pada tempat yang betul. Setuju?

Bersederhanalah dan sambunglah tali itu

Islam mengajarkan kita untuk bersederhana dan menyambung silaturrahim. Bersederhana dalam bertanya, tidak terlalu menjurus kepada sesetengah perkara yang mungkin tidak sesuai untuk orang lain ketahui. Kita hormati hak mereka yang kita kenali sama ada baru atau lama, rapat atau tidak.

ukhuwah fillah =)


Saya sendiri kadang-kadang menggunakan alasan malu. Tapi, fikirkan andai malu itu berada di tempat yang sebetulnya, teruskan dengan rasa malu itu. Pedulikan apa saja yang orang sekeliling nak kata. Andai tidak, mungkin rasa malu itu patut kita ketepikan.  Tempatkan alasan-alasan itu pada tempat yang sebetulnya. Yang pada ketikanya perlu digunakan, teruskan. ^_^



 Peringatan untuk diri saya juga, untuk kita sama-sama fikirkan asas tindakan kita. ^_^ selamat berpuasa, semoga ramadan kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ni..aminn..

Tuesday, 8 March 2011

Di mana mereka di hati kita..

bismillahirrahmanirrahim..
salam,.

Pengisian mase mass lecture jumaat lepas sangatlah macam terkena kat batang hidung sendiri. topiknya : The Future Ummah. perkataan ummah tu biase je kite dengar, dan biase jugak kite sebut. tapi sejauh mana penghayatan kita pada maknanya tu, diri sendiri je lah yang tahu kan? dan sudah tentu Allah juga. jadi, ada lah beberapa subtopik yang cikgu muhammad dah kupas pasal ummah ni.contonya macam peranan OIC, peranan sarjana muslim dan peranan universiti islam.


          Sesekali, tersengeh sendiri je mase dengar tu..dan angguk-angguk~ bukan sebab mengantuk tapi mungkin sebab fikir dan proses balik pe yang cikgu cakap tu. Ummah ni satu komuniti yang besar yang bersandarkan satu identiti iaitu kepercayaan pada Allah. so, ummah ni merangkumi orang-orang islam yang beriman kepada Allah s.w.t. kat cini macam ditekankan sangat muslim yang beriman dengan sebenar-benarnya pada Allah.  


          Kadang-kadang, kita belum cukup sensitif dengan ummah, dengan permasalahan ummah. contohnya isu Palestin, ada yang claim isu palestin ni adalah isu negara dorang, tp sebenarnya isu ni lebih dari tu. mereka saudara kita. saudara seislam dan seakidah dengan kita. kita memang hidup bersenang lenang kat negara kita, tapi dorang? dari kecik dah terlatih untuk berperang, tak takut mati, sangat jauh jika hendak dibandingkan dengan kita yang kat Malaysia ni..sangat jauh bezanya.

         Di sinilah amat perlunya untuk kita mendalami dan memahami konsep sebenar ummah. biar terbit rasa sedih tengok saudara-saudara kita diperlakukan sedemikian, biar hati kita sensitif dengan keadaan dorang kat sana.walaupun kita tak boleh dan tak mampu nak turut sama dengan mereka, tapi sekurang-kurangnya biarlah doa kita selalu ada untuk mereka. tak susah pun kan?

Daripada Abu hamzah anas ibn Malik r.a, khadam rasulullah SAW, daripada nabi SAW bersabda:
"seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (hadis 13 imam nawawi)

          Dalam hadis tu ditekankan betapa cinta dan kasih sayang itu berkait rapat dengan iman, hingga apabila kurang cinta, maka kuranglah iman. dan cinta yang sebenar adalah cinta yang didasarkan pada agama dan bukan pada dasar kemanusiaan semata-mata. jadi, jom sama-sama kita tingkatkan kefahaman kita. tingkatkan kepedulian kita pada saudara-saudara kita yang lain, bukan sekadar di Palestin sahaja, kawan-kawan sebelah kita pun perlu jugak. dan sama-samalah kita berusaha mencapai redha Yang Esa. InsyaAllah.. :-)