Friday 7 March 2014

Fikir-fikir


" keputusan yang kita ambil tu melambangkan diri kita. bagaimana kita berfikir, adakah keputusan itu hanya berkisar pada faedah untuk diri sendiri semata-mata atau juga bermanafaat bagi yang lain"

Sentap

Yang mana buatkan diri sendiri fikir balik corak pemikiran.

Yang jadi baik, hanya nak jadi baik sorang-sorang. Itu sudah mencukupi katanya. Kubur lain-lain pulak tu.

Kebanyakkannya begini. Bukan menyalahkan. Tidak.

Sebab pemikiran dah dicorakkan sebegini. Dari menyalahkan, lebih baik mengubahnya. Pastinya ramai yang di luar sana sedang berusaha mengubahnya. ^^

Masa bergerak dan preference kita pun berubah.

Yang mahu ke syurga Allah bukan kita sorang je, tapi kita semua. in a way why not we help each other, help those who don't understand dan sampaikan fikrah kita. Which is fikrah Islam.

Manusia makhluk yang Allah berikan akal fikiran, dan bak kata seorang pak cik ni, seharusnya manusia tu meletakkan dirinya di tempat yang setara, sesuai dengan apa yang Allah berikan. Dalam bahasa mudahnya menggunakan sehabis baik akal yang diberikan.

Jom jadi orang yang berfikir. nak?

peace ^^







Wednesday 5 March 2014

Umur yang Panjang

Bismillah.

Dua tiga hari ni dikhabarkan dengan berita orang-orang dalam keadaan kritikal. Ustaz masa sekolah dan ayah kepada mutarobbiku. Hati jadi sayu.

Umur yang panjang.
Umur yang panjang yang berkualiti setepatnya.

Moga kita yang sihat ni mampu menyumbang sesuatu, sekurang-kurangnya selagi ada masa. Mungkin yang pendek tu boleh jadi lebih baik jika kualitinya melebihi yang panjang. Tak siapa tahu bila sampainya masa kita.

dan berdoa dan berusaha menjadi golongan yang berkualiti. Masih belum terlambat yang pasti.

supaya kita tak jadi golongan yang menyesal di hari kemudian, jom! usaha sama-sama.


.........................
mendoakan agar Allah permudahkan urusan hamba-hambaNya ini dan diberikan kekuatan untuk terus, terus dan terus maju.