Tuesday, 21 June 2011

Demam..demam berjangkit :D

Bismillahirrahmanirrahim, salam.

 Malam  semalam saya dan cik fatehah , roommate saya demam.  Demam berjangkit dengan si roommate. Bukan demam panas, tapi demam buat origami. Seronok buat benda ni, harapnya penerima-penerima bunga tu bahagia menerimanya. Buat origami ni simple tapi besar signifikannya pada saya.

ros merah 

Garis penamat vs. usaha ke garis penamat

Memandangkan kami tiada buku untuk dijadikan tempat rujukan, kami browse je web site yang ada. Jumpa banyak sangat cara, berbeza-beza caranya macam tu dan macam ni. Pilih je mana-mana yang berkenan, nak yang untuk beginner ke intermediate ke, advance level ke. Terlampau banyak. step dia pun boleh tahan panjang la jugak.

Cara untuk buat origami dah disediakan, ada yang bergambar dan yang beranimasi. Dah jadi tabiat saya agaknya tengok sepintas lalu je apa-apa yang ada depan mata. Sama jugak dengan instruction yang ditunjukkan. Sepintas lalu je tengok, tak de nak cuba faham, for 1st and maybe sampai 4th step ok lagi, tapi bila dah panjang-panjang tu, mula lah, sekadar tengok sepintas lalu macam tu je. Tahu nak cepat siap je.
Tengah semangat-semangat buat, tersekat pulak, panggil si roommate, mintak bantuan.

Bila tengok sepintas lalu, tanpa memberikan fokus terhadap subjek, mana mungkin misi akan bejaya. Yang pastinya, misi akan tergendala. Kalau berjaya pun ia bukan kejayaan sempurna.

Begitu juga hidup, bila kita tengok sepintas lalu je,  banyak aspek yang akan kita tinggalkan. Sepintas lalu, mustahil untuk kita capai segalanya dalam hidup. Tak mustahil , aspek yang ditinggalkan tu ialah aspek terpenting. 

“kamu terlalu pentingkan untuk dapatkan jawapan, tapi kamu tak risaukan cara yang kamu guna untuk dapatkan jawapan tu”. komen pensyarah matematik saya di matrik dulu. 

Ya, kami nak cepat siapkan kuiz kami, tapi kami kurang pedulikan penyelesaian kepada masalah matematik yang perlu kami selesaikan tu. ‘ Janji siap’ itu slogan yang diguna sejak sekian lama.

Kita nak sampai ke garis penamatnya, kita sangat tergesa-gesa untuk sampai. Tanpa kita melihat keadaan sekeliling. kita terlalu peduli untuk cepat sampai ke garis penamat, sampai kita lupa yang penting bukan cepatnya masa kita ambil untuk ke garis penamat, tapi usaha kita ke garis penamat itu. Bagaimana cara yang paling berkesan untuk ita sampai ke garis penamat tersebut.

Bukan masa yang kita ambil untuk sampai semata-mata. Apa strategi yang kita gunakan untuk sampai ke garisan itu. Mungkin saja kemenangan bukan milik kita, tapi yang penting kepuasan yang kita peroleh hasil usaha kita. Kemenangan bukan segalanya. Itu bagi saya.

Life is just full of surprise,kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada kita, tidak walaupun sesaat di hadapan.

Jangan mudah putus asa

Buat sesuatu yang kita jarang buat, semestinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi kalau anda adalah seorang yang tahan sabar, tiada masalah untuk anda saya kira. Percubaan pertama saya terkulat-kulat mengikut step yang ditunjukkan. Keadaan kertas, tak payah cerita, hampir saja terkoyak kertas yang digunakan. Bukan satu, bukan dua tapi lebih daripada itu. Saiznya pelbagai.  Percubaan pertama gagal, entah berapa kali cubaan baru nampak hasilnya tapi belum lagi diperindah hasil tersebut.

pelbagai warna, saiz dan bentuk

Sunnatullah, siapa yang berusaha dia akan berjaya. Mungkin bukan pada percubaan pertamanya, mungkin juga bukan untuk kali kedua, mungkin kali kesepuluh. Siapa tahu kan? Kita mungkin keletihan, tak mengapa untuk kita berehat seketika. Kita recharge tenaga kita, ayuh bangkit! Perjalanan masih jauh.

Be creative, berani untuk mengubah

Ada orang memang tak suka ikut arahan, langsung tidak mahu tunduk pada arahan sesiapa.  Ada orang terlalu suka mengikut arahan sampai hilang kemampuan  untuk  buat keputusan sendiri. Ada orang  tu fleksible, ikut arahan dan boleh mencadangkan yang lebih baik apabila dirasakan perlu.Kita bukan robot. Kita tak diprogramkan untuk ikut saja atur cara yang diberi. Kalau arahannya begitu, tidak ada salahnya kalau kita mengubah selagi ianya masih tidak melanggar syariat yang ditetapkan dan caranya juga perlu berhikmah.


ros hijau permintaan kak ammar

Semasa menyiapkan origami ni tak semestinya, apa yang ditunjuk oleh instructor itu perlu kita ikut seratus peratus. Kadang-kala kita kena sesuaikan dengan keadaan kita, mungkin caranya terlalu rumit untuk kita ikut sampai tension untuk  benda-benda yang sepatutnya memberikan kepuasan untuk kita. So, be creative and beranilah untuk mengubah. Kita takkan rugi kalau kita berekperimen. Bahkan menguntungkan kita, sebab kita akan tahu apa hasilnya kalau kita buat begini dan begitu.

Semangat berpasukan

“untung jugak kalau dapat roommate yang sama minat ea” tu komen atikah.

Kes origami ni, saya berjangkit dengan fatehah, macam menarik je, apa lagi. Mulakan projek!. Kalau saya tersangkut kat mana-mana step, fatehah jadi mangsa. Kertas kejap dengan saya, kejap dengan dia, selagi saya tak faham, selagi tu lah hidup dia takkan aman :D. sabar je melayan saya ya kamu. terima kasih ye fatehah.
hasil kerjasama - daun roommate yang punya
Bila ada sokongan, kita takkan mudah nak rasa lemah sebab kita tahu, kita tak keseorangan. Kita ada cinta hati kita di sekeliling kita, yang penting kita ada Allah bersama kita.

Sungguh, saya sangat bertuah dapat roommate seperti roommate saya ni. Fatehah, Kak Rawai, Pa’in and not to forget, Huna. Ada saja mereka untuk menyokong. Bertuah ada kawan-kawan yang baik hati. Sayang korang sangat.

Konklusinya

Banyak ibrah yang kita boleh ambil walaupun kita hanya buat benda yang simple,mudah dan menyeronokkan. Cuma kita perlu menyelami apa yang berlaku. Banyak cara untuk Allah didik jiwa kita, untuk kita bukakan mata kita melihat KeagunganNya. Untuk kita bukakan minda  dan mata hati kita melihat kehidupan ini. Sekian.


credit to cik fatehah untuk gambar-gambar ni