Jangan marah, pujuk hatinya.
Berkata baik atau diam. Hatinya berbicara.
Ya, berkata baik atau diam. Mindanya mengakui.
Jauh dia lemparkan pandangannya, enggan bertentang mata.
Tidak mahu menambah sakit pada hatinya.
Bersabarlah. Mungkin dia tak sedar. Dia memang begitu, bukan
kamu tak tahu. Kerana dia manusia biasa.
“seorang muslim apabila dia menggauli manusia, dan bersabar
dengan kerenah atau ragam mereka, adalah lebih baik dari seorang muslim yang
tidak menggauli manusia dan tidak sabar dengan kerenah mereka” [HR tirmizi]
Nah, pilihan terserah pada kamu. Pilih untuk jadi lebih baik
atau sebaliknya.
Katakan pada dirimu, pada aqalmu, pada hatimu yang kamu
ingin jadi golongan yang lebih baik itu.
Benar, kadang kala bila amukan perasan marah menguasai apa
saja mungkin terjadi. Tak mustahil dia yang cool akan berubah bertukar kepada
dia yang ‘hot’. Tak mustahil dia yang suka senyum bak kerang busuk tu boleh
bertukar menjadi dia yang memcuka bak cuka yang masam. Tak mustahil dia yang jenis melayan setiap kerenah orang tu jadi dingin sejuk
beku. Tak mustahil semua tu. Memang tak mustahil.
Jangan sampai jadi macam tu. Sebab muslim osem itu, muslim
yang dapat mengawal marahnya. Sebab itu orang yang kuat itu bukan dinilai dari
segi kuatnya fizikal mereka, tapi sejauh mana mereka dapat mengawal perasaan
marah mereka.
Mungkin masing-masing jika mahu orang lain kisah akan perasaan
dia, dia sendiri yang patut kisah akan perasaan orang lain dulu. Sebagaimana kamu mahu dilayani, layanilah
orang lain sebegitu. Sebagaimana kamu mahu dihormati, hormatilah yang lain
terlebih dahulu.
Dan percayalah, bukan semua orang nak rasa atau kecapi rasa
marah ni, terutamanya bila berkaitan dengan hal-hal yang tak meningkatkan iman,
melainkan jika marah pada musuh Islam, marah pada orang yang mengganggu gugat
kesejahteraan keluarga, atau negara kamu. Barulah berbaloi untuk rasa marah.
cool tapi jangan sampai terlebih dingin [kredit] |
marah? takkan. ayuh kita jauhkan rasa marah yang tak berbaloi supaya kita
dapat kecapi osemnya nikmat sabar tu ^.^