Sunday, 6 April 2014

Kaca Mata

Bismillah..

Kaca mata, cermin mata dan pastinya ada kaitan dengan mata. Mata untuk melihat.
How we see things, perspektif kita.melihat pada sisi baik atau sebaliknya.

Sebab selama ni diri sendiri cenderung untuk tengok apa yang dirasakan penting, sering kali malah acap kali miss benda-benda penting. Dalam tak sedar dah filter banyak benda yang sebenarnya perlu untuk diambil tahu.

I wish yang masih tak terlambat lagi untuk gantikan kaca mata ni. So that, filtration tu boleh di buat dari angle yang berbeza dan lebih bagus dari sebelum ni. Biiznillah.

Friday, 7 March 2014

Fikir-fikir


" keputusan yang kita ambil tu melambangkan diri kita. bagaimana kita berfikir, adakah keputusan itu hanya berkisar pada faedah untuk diri sendiri semata-mata atau juga bermanafaat bagi yang lain"

Sentap

Yang mana buatkan diri sendiri fikir balik corak pemikiran.

Yang jadi baik, hanya nak jadi baik sorang-sorang. Itu sudah mencukupi katanya. Kubur lain-lain pulak tu.

Kebanyakkannya begini. Bukan menyalahkan. Tidak.

Sebab pemikiran dah dicorakkan sebegini. Dari menyalahkan, lebih baik mengubahnya. Pastinya ramai yang di luar sana sedang berusaha mengubahnya. ^^

Masa bergerak dan preference kita pun berubah.

Yang mahu ke syurga Allah bukan kita sorang je, tapi kita semua. in a way why not we help each other, help those who don't understand dan sampaikan fikrah kita. Which is fikrah Islam.

Manusia makhluk yang Allah berikan akal fikiran, dan bak kata seorang pak cik ni, seharusnya manusia tu meletakkan dirinya di tempat yang setara, sesuai dengan apa yang Allah berikan. Dalam bahasa mudahnya menggunakan sehabis baik akal yang diberikan.

Jom jadi orang yang berfikir. nak?

peace ^^







Wednesday, 5 March 2014

Umur yang Panjang

Bismillah.

Dua tiga hari ni dikhabarkan dengan berita orang-orang dalam keadaan kritikal. Ustaz masa sekolah dan ayah kepada mutarobbiku. Hati jadi sayu.

Umur yang panjang.
Umur yang panjang yang berkualiti setepatnya.

Moga kita yang sihat ni mampu menyumbang sesuatu, sekurang-kurangnya selagi ada masa. Mungkin yang pendek tu boleh jadi lebih baik jika kualitinya melebihi yang panjang. Tak siapa tahu bila sampainya masa kita.

dan berdoa dan berusaha menjadi golongan yang berkualiti. Masih belum terlambat yang pasti.

supaya kita tak jadi golongan yang menyesal di hari kemudian, jom! usaha sama-sama.


.........................
mendoakan agar Allah permudahkan urusan hamba-hambaNya ini dan diberikan kekuatan untuk terus, terus dan terus maju.

Tuesday, 18 February 2014

Durian ^-^

Bismillah.

Malam tadi.

Akak, ape benda yang akak suka? Buat masa ni. Benda yang buat hati akak flattered bila akak dapat benda tu. Hilang marah dan segala-galanya yang membahagiakan. Kalo kite durian.


Wow. 

Gitu lebih kurang.

Erm, apa eh? Setakat ni, akak akan rasa bahagia bila tengok benang-benang yang tersusun. Rasa bahagia amat bila boleh tengok walaupun tak beli. Musim tengah gila buat crochet kot.

Semua orang pun 

"oooo"

heh, pelik. Tapi korang kena terima la kan.

****

Tapi sebenarnya, dah terlebih gembira pun tengok adik-adik tu membesar. Bonding to each other. Boleh ajak circlemate yang lain tahun pegi pasar malam sama-sama even though I wouldn’t expect them to do that. They’ve grown up. I think they filled the gap.

Alhamdulillah. Bak kata kakak-kakak dulu, kalau mati pun,boleh tutup mata. (macam tu ke?) 

Gembira dan bersyukur.

Memang betol kata-kata pak cik puluhan tahun tu. Mereka penguat kita. Setuju 100%.

Macam-macam ragam dan masing-masing ada gaya tersendiri. Tapi yang penting, sayang tu sentiasa ade.


Peace.