Friday 9 March 2012

Pilihan Kita.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kebelakangan ni kerap kali persoalan pilihan timbul. Sebelum cuti tiga minggu, masa cuti tiga minggu dan lepas cuti tiga minggu. Dengan kawan-kawan, dengan adik-adik memang tersangat popular isu pilih memilih ni. Tambahan pula salah seorang adik saya sedang menunggu keputusan SPMnya.

 Persoalan biasa yang timbul,

‘Kita amek ni untuk apa eh?’
'Kenapa kita amek benda ni eh?'

Life is about choosing.

Kalaupun kita ambil benda yang kita tak nak, but still, kita dah pilih benda tu.

Seorang kawan bertanya,

‘Macam mana kita nak datangkan minat kita dalam satu-satu bidang?’

 Memang payah untuk saya jawab, sebab saya tiada jawapan yang tepat untuk soalan itu tapi yang pasti, saya juga melaluinya.

Mungkin buat benda yang menggembirakan kita bila ada kaitan dengan bidang tu, bersihkan balik niat kita, emm mungkin cuba bertahan untuk insan-insan yang kita sayang contohnya mak dan ayah kita.

‘ Aku tiba-tiba je terfikir, betul ke ni minat aku.’ Katanya.

Tak ada pilihan lain selain daripada meneruskan apa yang kita dah pilih (bagi saya dan tentunya untuk benda-benda yang tidak bertentangan dengan agama ye, jika bertentangan dengan kehendakNya batalkan saja hasrat itu).  Kalaupun kita rasa kita tengah buat benda tu untuk orang lain. Tapi hakikat yang pasti, kita dah pilih benda tu.

Teringat kata-kata Kak Hanis, 'hati-hati yang menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaraniman mereka yang akan filter setiap keputusan yang bakal mereka ambil.' 
Betul, hati yang sentiasa dijaga, iman yang akan menapis setiap tindakan mereka. ini solusi terbaik kita untuk menjaga setiap keputusan yang bakal kita ambil.

Take it or leave it.

Tapi perlahan-lahan, saya rasa bahagia dengan pilihan saya ditakdirkan untuk ambil. It is just the matter of time. Dan saya tak menyesal malah bersyukur. Sebab saya dah jumpa permata dalam hidup saya, lebih berharga dari permata. Ya.

Walaupun pernah suatu ketika, saya dalam keadaan menerima pun tidak, menolak pun tidak. Hanya terbit kata-kata dari mulut yang saya akan ikut apa yang Allah letakkan pada saya. Hati entah mengiyakan entah tidak.

Going with the flow.

Tapi tak pasti sejauh mana saya dah ‘going with that flow’ tu. mungkin hampir tenggelam lemas agaknya.

[kredit]


Hampir.

Cukup ke hanya dengan going with the flow?

Saya kata ikut arus tu (going with the flow) kadang kala tak cukup. Ia perlukan lebih daripada itu. Nak ikut arus, juga perlu usahanya. Perlu juga disesuaikan mengikut keadaan, contohnya bila arus deras apa yang harus kita lakukan, bagaimana jika ada batu besar di hadapan. mungkin kepala kita akan terhantuk pada batu tersebut jika kita tidak mengawal pergerakan kita.

Begitu juga apabila arus perlahan, adakah kita akan turut ikut perlahan? Perlu juga untuk kita lihat apa di hadapan kita. Untuk persediaan kita juga. Hakikatnya pada saya, going with the flow itu tidak semudah itu.

Jadi bagaimana?

Yuk,kenali diri kita. Kita perlu tahu apa yang kita perlukan dan jelas dengannya. Kenali potensi anda bak kata orang supaya kita boleh sumbangkan sesuatu untuk orang lain, untuk agama kita, untuk negara kita. Jangan hanya menurut semata-mata.Cari permata anda.

Masa muda kita, bukan untuk bersuka ria tanpa tujuan. Masa muda hanya sekali, itu pun belum tentu kita dapat habiskan masa muda kita. Mungkin akan dipanggil olehNya sebelum tamat masa muda kita. Sungguh, kita tak mahu jadi insan-insan yang berada dalam keadaan rugi kan?

Jangan beralasan lagi. Jom, kita balas yang terbaik pada Allah sebab Dia dah terlebih dahulu berikan yang terbaik untuk kita. Maknakan setiap detik dalam hidup kita, maknakan syahadah yang kita ucapkan dan maknakan islam yang kita kata kita letak di hati kita. Semoga perjalanan kita dipermudahkanNya. Amin.

Allahua’lam..  

No comments:

Post a Comment