Saturday 22 December 2012

Transformasi

bismillahirrahmanirrahim.


Baru tadi terbaca post teman tersayang, yang kita ini berubah kurang-kurang dari segi fizikalnya. Kalau dulu, dengan selamba je cakap kat kawan-kawan yang dah bawa hala tuju masing-masing yang diri ini masih sama, tiada apa yang berubah. Tapi hakikatnya, diri ini bukanlah 100% diri yang pernah mereka kenali suatu masa dahulu. Dan saya percaya mereka juga begitu, walaupun peratusan berubah amatlah kecil tapi tetap signifikan.

Hanya kita empunya badan dan Allah saja yang mengetahui sebanyak mana dan sejauh mana perubahan yang dah kita lalui. Sejauh mana diri kita dah belajar untuk menyesuaikan diri dalam keadaan yang kita hadapi kini. Sejauh mana kita pastikan yang peperangan dalaman yang berlaku dalam diri kita ni tidak dimenangi oleh pihak yang tak sepatutnya.

Perubahan yang berlaku ni kadang-kadang memerlukan kita untuk meinggalkan kebiasaan yang pernah kita buat. Ya, bukan senang untuk meninggalkan sesetengah perkara yang dah sekian lama sebati dalam hidup kita, tapi itu bukan alasannya. Bukan begitu orang-orang beriman sekalian?

Dalam kita menempuh transformasi ni, segala mehnah dan tribulasi akan datang berkunjung. Bahkan tak jemu-jemu mereka berkunjung. Kadang-kala tersenyum sendiri memikirkannya. Sudahlah ujian/tugasan akademik dan kerjaya menimbun dihadapan, datang pula dugaan yang tak terduga oleh kita. Tapi, harus kita ingat yang ujian/cabaran inilah penanda aras mengukur ketahanan kita. Adakah kita ini mampu mara ke peringkat seterusnya atau tidak.

Siapa mahu tetap di takuk lama? Tentu lah tak nak kan?

Belum termasuk dengan golongan-golongan yang tak dapat menerima cara kita. Lalu dihunusnya pedang tajam yang menusuk jantung. 

"awak kejam"
"awak tak patut buat macam tu"
"awak dah keterlaluan"
"saya tak faham la dengan awak ni!"

don't cry


Dan sebagainya. Sabar, sabar dan teruslah tetap dengan sabar. Sebab, kita tahu kita buat itu dan ini dengan bersebab. Faham? 

Mungkin mereka tak melalui apa yang sedang kita lalui sekarang dan bila sampai masanya, dengan izinNya mereka akan faham. Atau mungkin saja cara kita menerangkan pada mereka agak tidak bersesuaian dengan keadaan mereka, mungkin perlu diperhalusi lagi method kita. 

Akhir kalam, transformasi itu usahanya perlu banyak, masanya juga bukan sebentar, fikiran bakal sibuk menepis dan menapis bidasan orang, iman pula turun naik bak roller coaster. Tapi percayalah, ia sememangnya berbaloi-baloi untuk kita rasai, untuk kita letakkan sebagai azam. Dan jiwa kita bukan jiwa yang lemah dan kosong bila transformasi kita itu untuk Allah. Kita mampu lakukannya. 

Allahuakbar.

Allahu a'lam.



No comments:

Post a Comment