Kembara diteruskan pada hari kedua, kali ini kembara bertemu dengan para belia, ke Sekolah Alam dan ke YAPIDH. semangat berkobar-kobar meneruskan perjalanan ditemani Pak Ade dan Pak Priono.
di sini, Be IUC ataupun Bekasi Islamic Youth Club, kami diberi pendedahan tentang kegiatan mereka. Nyata mereka adalah pemuda-pemuda yang banyak memberikan sumbangan dalam membangunkan masyarakat islam di sana.
Sempat diberikan pencerahan tentang peranan pemuda dan keharusan untuk sentiasa siap berada di hadapan. Meletakkan pemudah osem sebagai contoh iaitu sahabat-sahabat, Sultan Muhammad Al-Fateh, Salehudin Al-Ayyubi dsb kita inginkan semangat mereka bukan saja mengalir dalam jasad kita bahkan menggerakkan kita dalam dakwah.
bersama teman-teman Be IUC |
Seterusnya kami ke Bantar Gerbang melawat Sekolah Alam Tunas Mulia. Susah untuk digambarkan perasaan berada di sekolah tersebut. tak mustahil jika anda yang berkunjung mengalirkan air mata melihat mereka. Pagi mereka akan bersama-sama ibu bapa mereka bekerja dan petang mereka akan ke sekolah ini. Melihat keadaan sekolah yang sememangnya takkan kita jumpa di Malaysia tapi dengan pelajar dan guru-guru yang punya semangat dan motivasi luar biasa cukup untuk menundukkan hati.
Bukit di belakang sana adalah timbungan sampah dari pelbagai tempat di Indonesia, pondok-pondok kecil itu tempatnya mereka tinggal bersama keluarga masing-masing. |
Kita terlalu mewah dalam nikmat Allah. Mereka bak kata teman saya masih bisa senyum dalam kesusahan. Kesusahan bukan penghalang buat mereka. Semoga Allah permudahkan mereka menerima setiap pelajaran yang dipelajari.
"kak pusing ngak belajar matematik? saya pusing kak." Jannah
She's strugling. I know. Jauh lebih lagi daripada kita di Malaysia, lebih lagi dari adik hensem saya yang bakal ambik SPM tahun ni. tapi semangatnya? Kalau boleh saya nak stay kat sekolah tu sekejap lagi untuk ajar, tapi sayang agenda kami masih berbaki.
Rombongan bersama anak-anak dan staf Sekolah Alam |
Sekolah Alam Tunas Mulia- |
Perpustakaan kalau tak silap =D |
Kumpulan kecil kami- kami juga punya mimpi |
Destinasi terakhir kami di YAPIDH. Salah satu institusi pengajian islam yang menyediakan pendidikan tahfiz dari pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar dari segenap pelusuk Indonesia dan ada juga beberapa pelajar dari Singapura dan Malaysia. Menariknya tentang institusi ini, semua guru-gurunya wajib untuk mengikut halaqah. Yang mana sangat hebat bagi saya secara peribadi.
Potensi pelajar tidak dibiarkan berkubu begitu saja. Pelajar yang berpotensi akan terus digarap potensinya oleh pihak institusi tak kira potensi dari aspek sukan atau lain-lain.
...............................................
"syukur kita sepatutnya membuahkan amal."-Syida
"jangan lupakan Dia biar apapun situasi kita"-Pak Cik Zameran
-aku melihat potensi pada mereka, anak-anak Bantar Gerbang.
-aku juga melihat potensi bagi sesiapa saja yang ingin berubah.
-it's hard but it's not impossible. He's always there with us, even closer than our vein.
yabbi yassir ya Allah.
pic kredit to kak amal.