Sunday 3 April 2011

Mengintai Langit

Bismillahirrahmanirrahim..


mengintai langit

Pernah kita terfikir bagaimana pengakhiran kita? Adakah nanti kita mendapat pengakhiran yang baik atau sebaliknya. Dan bagaimana pula usaha kita menuju ke pengakhiran. Mana mungkin manusia menginginkan pengakhiran yang tidak  baik. Mustahil kita mahukannya.
Kita bercakap tentang mati. Adakah kita mendalami dengan sewajarnya kejadian itu? Ataupun hanya berlalu di tepi telinga  kita sahaja. Ramai yang takut mati, mungkin kerana tidak mahu meninggalkan nikmat duniawi yang sementara ini. Ramai yang bertanggapan, mati itu hanya untuk orang tua sahaja. Orang muda takkan mati. Jadi, untuk berbuat kebajikan pun, “tunggulah aku tua sikit”. Itu biasa kita dengar. Tapi hakikatnya mati tidak mengenal siapa anda, tidak mengenal berapa usia anda, tidak mengenal status kewangan anda. Mati boleh datang bila-bila masa. Tanpa kita undang.
Bertuahnya seseorang itu andai disebut tentang mati, hatinya terus insaf. Hebat bukan? “aywah!” bak kata ustaz saya semasa di pusat asasi dulu.Mati menjadi motivasi untuk menggapai kejayaan, menjadi booster untuk berbuat kebajikan. Sungguh, kenikmatan dunia ini, sukar untuk kita tinggalkan. Begitu lazat untuk kita lepaskan. Iyalah, sifatnya manusia suka akan kesenangan.
Mati hanya sementara. Barzakh adalah persinggahan sebelum kita dibangkitkan kelak. Kita akan dibangkitkan semula selepas mati untuk berada pada hari di mana semua amalan kita dihitung. Bagaimana perbuatan kita sepanjang usia kita, adakah kita sudah menggunakan usia yang dipinjamkanNya dengan sebetul-betulnya? . bagaimana hidup kita? Sepanjang 20 tahun lebih kita hidup di dunia ini. Dosa atau pahala yang lebih banyak. Wallahu a’lam. Allah saja yang mengetahuinya.
Hidup kita tidak hanya berkisarkan kegembiraan semata. Kesedihan dan ujian yang mendatang turut mewarnai hidup kita. Yang membentuk graf kehidupan kita, naik atau turun atau mungkin mendatar. Hidup yang bermakna bukan didasarkan pada pencapaian material kita ataupun selama mana kita hidup tapi pada bagaimana kita memanafaatkan kehidupan kita.
                Kita mahu pertemuan kita denganNya sebagai pertemuan terbaik. Pertemuan seorang hamba dengan Tuannya. Kita ingin persembahkan persembahan terbaik untuk Dia, hanya untuk Dia. Semoga hati-hati kita kekal padaNya. Semoga kita menjadi hambanya yang baik bahkan yang terbaik. Mari kita tunaikan hakNya.=) 

No comments:

Post a Comment