Saturday 30 July 2011

Hulurkan tanganmu..

Bismillahirrahmanirrahim…

Orang tak tegur saya, saya pun tak tegur orang tu

“kalau orang tak kacau saya, saya pun takkan kacau orang tu. Atau pun yang lebih tepat, kalau orang tak tegur saya, saya pun tak tegurlah orang tu.” Jelas seorang siswi di pertengahan diskusinya bersama rakan halaqahnya.

Fasilitatornya hanya mengerling. Tidak memberikan sebarang komen, tetapi riak muka yang mungkin tidak bersetuju dengannya.

“aik? Salah ke?” getusnya di dalam hati.

“ ah, biarlah. Betul apa tindakan aku tu.”

Sesi itu, mereka berbincang perihal interaksi sesama manusia. Bagaimana perhubungan mereka dengan orang lain termasuklah dalam soal persahabatan.

Siswi ini tetap mempraktikkan prinsipnya meskipun apabila bertemu dengan rakan-rakan sekelasnya. Tidak nampak di mana harus dipersoalkan tindakannya itu. Masakan tidak, sudah bertahun ini yang dia praktikkan dalam hidupnya. Sejak mula bersekolah sehingga sekarang di universiti.

Sering saja dia menerima komen dari kawan-kawan yang dulunya mereka pernah berada di dalam kelas yang sama selama satu semester, tapi hanya sekali dua saja mereka bertegur sapa. Itupun kerana bertanyakan jawapan.

“ dulu, akak ingat kamu tu berlagak.” Begitu kira-kira komen kawannya itu.

Siswi itu hanya tergelak kecil mendengarnya. Sudah lali diperkatakan sebegitu oleh orang yang tidak rapat dengannya. Dia hanya menanti untuk ditegur, dan hanya sesekali menyapa itupun jika terpaksa. Tiada siapa lagi yang dia kenali di situ.

Malu

Alasannya malu dan tidak mahu mengganggu orang lain. Ya, malu memang perlu. Tidak mengganggu ketenteraman orang lain juga penting. Tapi praktikal kah digunakan dalam konteks ini?.  Praktikalkah digunakan apabila bersama rakan-rakan yang sudah satu semester atau lebih berada di kelas yang sama? Atau dengan jiran-jirang sebelah bilik? Cuba fikirkan..

Tak tahu nak tanya apa

 “ saya tak tahu la nak tanya apa kalau jumpa dengan orang yang baru kenal..” juga sering dia gunakan.

Logiknya orang yang baru dikenali yang terlalu banyak soalan yang kita tanya contohnya nama, asal, kerja ke belajar lagi dan sebagainya. Pendek kata kita hanya membina satu ruang yang besar antara kita dan mereka. Membuatkan kita terlalu susah untuk memulakan perkenalan.

Ego?

Ada dinding besar yang membatasi antara siswi ini dan mereka yang baru atau lama dia kenali. Terlalu memperjuangkan malu, tidak mahu mengganggu ruang orang lain dan tidak tahu apa untuk ditanyakan. Malu tak salah andai betul pada tempatnya. Dan alasan-alasan selainnya itu pun betul dengan syarat diletakkan pada tempat yang betul. Setuju?

Bersederhanalah dan sambunglah tali itu

Islam mengajarkan kita untuk bersederhana dan menyambung silaturrahim. Bersederhana dalam bertanya, tidak terlalu menjurus kepada sesetengah perkara yang mungkin tidak sesuai untuk orang lain ketahui. Kita hormati hak mereka yang kita kenali sama ada baru atau lama, rapat atau tidak.

ukhuwah fillah =)


Saya sendiri kadang-kadang menggunakan alasan malu. Tapi, fikirkan andai malu itu berada di tempat yang sebetulnya, teruskan dengan rasa malu itu. Pedulikan apa saja yang orang sekeliling nak kata. Andai tidak, mungkin rasa malu itu patut kita ketepikan.  Tempatkan alasan-alasan itu pada tempat yang sebetulnya. Yang pada ketikanya perlu digunakan, teruskan. ^_^



 Peringatan untuk diri saya juga, untuk kita sama-sama fikirkan asas tindakan kita. ^_^ selamat berpuasa, semoga ramadan kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ni..aminn..

No comments:

Post a Comment