Friday 30 September 2011

Baik :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Jadi baik oh jadi baik.

“saya nak jadi budak baik. ” saya terbaca ayat ni lebih kurang setahun lepas,ayat yang kawan saya tulis. Masa tu saya tertanya-tanya sendirian kenapa, kawan saya ni tak cukup baik ke? Tengok orangnya bukan dalam kategori nakal. Saya salin balik ayat dia, tak tahu kenapa saya salin semula.Tapi saya diamkan saja pertanyaan tu, biarkan bermain-main dalam benak sendiri.



Kita biasa dipuji dengan perkataan baik, contohnya  “ala, awak kan baik.” Ditakdirkan Allah, saya jumpa lagi ayat “saya nak jadi orang baik”. Ok. Jumpa dalam novel milik adik saya.  Novel Hlovate tajuknya Versus.

Jadi baik tu macam mana?

Kita tahu, kita nak jadi baik. Setakat ni tak pernah pulak jumpa orang yang nak jadi jahat. Tapi macam mana?

When you got stuck,get back to definition.” Pinjam ayat Dr Jesni sikit. Sangat mendalam makna ayat ni. praktikal dalam ruang lingkup kehidupan.

Jadi, kalau kita nak jadi baik, kita kena jugak tahu baik tu apa. Ciri-ciri dia macam mana. Sebab maknanya 
terlalu abstrak. Baik anda lain dari baik saya. Baik orang islam lain dari baik orang bukan islam. Baik bila kita ikut apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Tu apa yang saya dapat daripada buku tu. Tak ada apa yang lebih baik dari buat yang Allah suruh dan tinggal yang Allah larang.


Kalau kita berkawan, kita tahu macam mana kawan kita kan? Kalau contohnya kita nak jadi ahli matematik, mesti kita kena tahu ciri-ciri dia kan? Kalau nak jadi pensyarah, penyelidik, cikgu, kita memang kena tahu tentang perkara-perkara tu. Sebab bila kita kenal baru kita tahu kan?.

Tak semestinya bila kita pakai tudung, kita dah cukup baik. Tak semestinya kita solat kita dah cukup baik. Tak semestinya bila kita tak mencuri harta orang lain kita baik. Tak semestinya bila kita senyap kita baik. Sebab baik  kita tak dapat nak ukur, baik yang nampak di mata tapi bila orang tu ikhlas buat baik, baik tu akan menyentuh mesra hati kita. Tak semestinya yang baik pada kita tu baik pada orang lain.

Jadi, di situlah perlunya panduan kepada kita. Panduan yang Allah dah siapkan untuk kita. Panduan yang Rasulullah dah tinggalkan untuk kita. Panduan yang ulama formulasikan untuk kita. Segalanya dah tersedia. Cuma kita, terpulang pada kita untuk ambil atau untuk tidak mempedulikan panduan-panduan itu.

Betapa aman dan damainya kita apabila dikelilingi orang baik. Rasa selamat bila berada di sekitaran mereka. Itu pentingnya kawan-kawan yang baik, tapi bukan bermakna orang yang kita kata tak baik itu perlu kita tinggalkan. Sebab kita bukan nak jadi baik sorang-sorang. Kita nak ramai-ramai jadi baik. Jadi baik yang dalam erti kata yang sebenar.

Allahu a’lam.





No comments:

Post a Comment