Saturday 26 November 2011

Maghrib 21.11.11

Bismillahirrahmanirrahim..

………….

Matahari kian beransur pergi membiarkan rembulan muncul bersinar. Malam memunculkan diri menggantikan siang. Indahnya aturan Ilahi. Maghrib hari ini tenang, damai. Alhamdulillah, aku masih dapat mengecapi nikmat kurniaanNya.

Bib.. 1 messege received.

Siapa agaknya, ah, telefon bimbitku entah ke mana. Cepat-cepat mengingat kembali di mana letaknya gadget kecil itu. Ya, di situ. Tertera namanya di skrin, insan yang kini jarang sekali dapat kutemui. Masing-masing dengan jadual masing-masing. Tak sabar rasanya untuk mengetahui isinya.

uhibbukifillah abadan abada..[kredit]


> Salam awak, pegi tak malam ni?

“Malam ni?” diriku bermonolog, ada apa malam ni? Laju jari-jemariku menekan punat memeriksa inbox. Oh, ada ceramah yang menarik malam ni. Sungguh, aku terlupa.

# Wslm, ehm, xtau lg la awk.hehe. Nape? 

> Xde, saje je, rindu nak duduk sebelah awak.heheh.

He.. berbunga hatiku, ya, aku juga rindu padanya. Sudah agak lama tak berjumpa, berbual mesra. Ini masanya.

# Haha, terharu3, nti sy cari-cari dulu geng ke sane, pape nati sy roger ye?

> Okeh. =)

Bukan senang nak dapat peluang ni. Kebetulan, minggu ni jadualku  dan jadualnya agak lengang. Malam hari di kampus banyak diselitkan dengan program-program bermanafaat. Pilihan terserah pada kami sama ada untuk menghadirinya atau terus saja tinggal di bilik.

Beberapa minit kemudian.

# Okeh, jumpa kat sana nti. Copkan tempat utk sy..hehe 

> Okeh, jumpa kat sana =D

Bersama kami harungi detik-detik di matrikulasi bersama, sudah dicop sebagai kembar bak kata kawan-kawan kami. Ya, di mana dia berada, di situ juga aku kelihatan. Rindu saat kami bersama. Kami masih lagi dekat, Cuma tidak sekuliyyah dan tidak sekolej. Jarang yang teramat untuk terserempak melainkan ketika di cafeteria.

Terkoyak senyuman pabila mengimbas kenangan lalu. Indah.

Dirinya istimewa padaku adalah kerana sikapnya yang sangat protective. Allah saja yang mengetahui betapa aku amat bersyukur dikurnia sahabat sepertinya. Kurasakan sungguh bertuah diri ini dikelilingi sahabat-sahabat yang protective. Kami bermula dengan minat yang sama, perangai yang hampir sama. Cuma dia lebih tegas dariku dan sudah tentu lebih protective dariku. Arif benar tetang sifatku. Aku selamat dengannya, tidak pernah pun terdetik kerisauan  bila bersama dengannya.
Dia tempatku mencurahkan suka dan duka, dan aku juga begitu padanya. Alhamdulillah.

Bib..

# Dah smpai? Sy msuk dulu k, nti cari sy ye. 

> Belum2. Okeh2. =)
…………………….

 Dah smpai, katne?

# Ni, kt blakg2 je.

Alhamdulillah. Jumpa juga akhirnya. Gengaman tangan kami berpaut. Pipi berlaga. Hehe, seronok dapat jumpa orang sibuk ni.  Celoteh kami bermula sementara menanti program bermula, terlalu banyak untuk diceritakan. Tentang kehidupan kami di menara gading, tentang hati kami, segala-galanya. Dalam hatiku, dia sahabat yang baik. Memang sahabat yang baik. Biar nanti kami kekal bersahabat hingga ke syurga abadi.

Diriku dan dirinya, masing-masing adalah expressionless. Segan nak mengungkapkan. Masing-masing buat cool je. Tiada kisah rajuk –merajuk. Bak kata dia “saya tak merajuk dengan orang pompuan”. Haha, jadi, layan je la. Memang tak pernah kami begaduh. Mengharapkan masing-masing faham apa yang nak disampaikan. Cukup dengan non-verbal communication. Bila dengar lagu-lagu pasal sahabat, dua-dua buat tak tahu. buat-buat tak dengar konon. =D 

Tapi sekarang, sudah ada sedikit peningkatan. Sudah ada perkataan yang diungkapkan, bila  salam nak laga pipi pun dah tak segan. Slumber je, sama bila dengan bersama orang lain. Kalau dulu pelik sangat bila nak dilagakan pipi. Entah pape je. =_=’

Selesai ceramah, kami disajikan dengan persembahan deklamasi sajak dan nasyid.

Kutoleh ke kiriku. Kuhela nafas dalam-dalam.

“rindu..kan?” kataku.

Dia senyum, mengangguk. “aah, rindu sangat.”

~kenangan lalu, masa tak mungkin akan kembali dan kenangan tu kami simpan kemas dalam kotak ingatan kami.

Perancangan Allah tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang dapat menduga. Berjauhan dengannya membuatkanku untuk jauh berfikir tentang persahabatan kami. Apakah haknya sudah aku penuhi?
Aku sendiri tertanya-tanya diriku, berapa banyak haknya yang sudah kuabaikan lantaran kejahilanku. Pengisian tentang hak-hak sahabat dari sahabat-sahabat lain amat terkesan di jiwaku. Antaranya:
  1.     Bersahabatlah kerana Allah
  2.        Isthar dengan sahabat (mendahului sahabat)
  3.        Jaga kehormatan sahabat kita (menjaga maruah, rahsia)
  4.        Bantu sahabat kita yang dalam kesusahan
  5.        Berusaha memberikan apa yang sahabat kita sukai.
  6.        Tidak memburuk-burukkan sahabat kita dibelakangnya.
  7.        Bersangka baik dengan sahabat kita

Dan banyak lagi sebenarnya. Dan sungguh persahabatan yang disertai dengan cinta padaNya itu akan bertahan.

Dua jam berlalu, hatiku kembang mekar. Berjumpa orang yang dirindui kerana Allah. Lewat pertemuan  kami,

“belajar molek-molek, jangan tensyen-tensyen.” Pesannya padaku. Kutersengeh bukan lagi tersenyum dan seraya mengangguk.

“insyaAllah, nanti jumpa lagi ye.”

Telapak tangan kami bersatu, erat mengenggam. Kami berbalas senyum, senyum dari hati untukku dan dia.

Ya allah, selamatkan kami, ampuni kami, rahmati kami. Semoga ikatan hati kami akan kekal hingga ke syurga abadi. Amin ya Rabb..

Allahua’lam.

No comments:

Post a Comment